Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio


Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio

Semalam saya telah meminta sahabat saya Rohaya a.k.a Roy nama glamer di kalangan kami tapi saya memanggilnya dengan panggilan Aya untuk mengajar resepi resepi turun temurun keluarga beliau. Sebelum ini saya belajar resepi Rendang Daging Minang di SINI yang juga resepi turun temurun keluarga beliau yang dihidangkan setiap kali musim perayaan.

Walaupun banyak resepi Ayam Masak Minang a.k.a Ayam Kalio di dalam internet dan blog tapi saya mahukan resepi Minang original yang menjadi turun temurun. Menurut Aya, resepi ini yang sangat sedap memang kegemaran anak anak beliau. Mendengarnya lagi saya jadi amat teruja untuk mencuba. Katanya lagi resepi Minang Original tak menggunakan daun kunyit atau Daun limau purut, sebaliknya hanya menggunakan serai yang diketuk sahaja. Begitu juga, tiada bahan perasa dimasukkan, jika kita suka sangat bahan perasa, nasihatnya masukkan lah hanya secubit sahaja gula. Jangan banyak banyak kerana beliau tidak memasukkannya langsung.

Seperti biasa saya nak selitkan sedikit di sini berkenaan dengan intipati tazkirah malam ke 21. Diceritakan berkenaan tujuan Allah mensyariatkan puasa. Apakah tujuannya? Apa matlamatnya? Matlamatnya ialah melatih supaya kita dapat mencapai target menjadi seorang yang bertaqwa. Taqwa ialah bila iman kita meningkat setiap hari. Ciri ciri org yg bertaqwa ada 6 yang disebutkan di dalam Al Quran. Dengan ini, kita boleh menyemak diri kita sendiri untuk mengetahui kita dah capai tahap bertaqwa. Kita boleh tengok samada puasa kita telah membawa kita ke tahap taqwa atau hanya sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja. Dalam surah Al imran 133-135 terjemahan al Quran tentang ciri ciri org bertaqwa ialah:

  1. Orang yang berinfak ketika senang atau susah. Bukan setakat harta tapi bermaksud memberi, apa yg boleh diberi. Ada ilmu, bagi ilmu, bagi kemahiran dsb. Tak semesti harta. Apa yg kita boleh bagi manfaat pada orang. Sebaik baik orang ialah orang yang bermanfaat pada orang lain. Banyakkan menderma, banyakkan memberi.
  2. Orang yang mampu menahan marah. Jika dihina, jawab bahawa sesungguhnya aku sedang berpuasa. Bukan orang yang kuat boleh mengalahkan org lain tapi orang yang boleh kawal diri ketika marah. Cara kawal diri ialah kalu sedang berdiri, kita duduk, iaitu kena ubah posisi. Akhir sekali ambil wudhu sebab marah adalah dari syaitan yang berasal dari api. Jadi untuk melawan api ialah dengan menggunakan air. Marah itu satu fitrah.
  3. Orang yang memaafkan orang lain. Tak berdendam.
  4. Orang yang ehsan. Buat sesuatu lebih dari apa yang diminta. Contoh selain solat 5x sehari, dibuat juga solat solat sunat seperti witir, dhuha dll. Tambahan ini ialah ehsan.
  5. Ayat 135 disebut juga orang yang bertaqwa ialah orang yang apabila mereka melakukan perkara yang mungkar, dosa, atau menzalimi diri sendiri. Kita tak buat, apa yg patut dibuat. Sekiranya mereka buat perkara berdosa, terbabas spt zina mata, mengumpat dsb, mereka akan cepat cepat ingatkan Allah dan terus beristigfar.
  6. Mereka tidak lagi meneruskan perbuatan keji yang telah mereka ketahui akan salah dan akibatnya.

Kita juga diingatkan supaya bersegera untuk mendapat pengampunan dari Tuhan kamu dan untuk mendapatkan syurga. Berlumba untuk dapatkan pengampunan dan dapat syurga. Ikhlas dalam beramal, bukan setakat beramal pada Allah tapi juga beramal untuk mendapatkan pengampunan dan syurga Allah. Juga dikira ikhlas. Pengampunan bukan dapat dengan istighfar jer tapi dapat secara automatik apabila Allah mengampunkan dosa kecil kita dengan amal kebaikan, di mana kebaikan akan hapuskan kejahatan. Jadi jangan perlekehkan kemakrufan walau sedikit pun. Walaupun benda kecil, sekadar memberi senyuman, dah dianggap sebagai benda baik yg boleh selamatkan kita di akhirat. Apa saja benda baik, akan hapuskan dosa.

Cukuplah dulu untuk kali ini seperti mana kata Ustaz Don bila berpesan pesan pada jalan ugama, tak boleh terlalu lama dalam satu satu masa. OK jom kita layan resepi keluarga sahabat saya ini pula seperti di bawah....


Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio

Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio

Bahan bahan:
Ayam - potong ikut suka
4 serai - ketuk
Sedikit kerisik
Santan - dari 1 biji kelapa
Garam
Secubit gula - opsyenal, jika suka
Asam keping
Bunga lawang dan kayu manis
1 senduk cili kisar - ikut suka pedas

Bahan Kisar:
3 bawang putih
6 bawang merah
1 ibu jari lengkuas
1 ibu jari halia

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bunga lawang dengan kayu manis, masukkan bahan kisar diikuti dengan cili kisar sehingga naik minyak, masukkan ayam dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan santan cair sedikit dahulu untuk empukkan ayam. Kemudian masuk santan pekat. Akhir sekali, masukkan kerisik.

Masak sehingga naik minyak menggunakan api perlahan.


Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio

Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa...

Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio

Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam KalioAyam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio"

  1. Assalamualaikum Azie,
    Sedap nampaknya Ayam Masak Lemak Minang, masakan minang mmg sedap Kak Lin pernah makan rendang ayam minang masa gi rumah kawan kat Beranang Selangor tapi bila balik Kak Lin cuba tak sesedap yang dia org masak....huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minggu lepas dlm ceramah Ustazah Sharifah Hayati diberitahu supaya kita jgn kedekut ilmu memasak kerana air tangan lain lain, akan menghasilkan rasa yg tak sama. Cth, kita dari kecik belajar memasak dengan emak kita tapi apa yg emak kita masak, lagi sedap. Tapi jangan give up utk terus mencuba sebab mungkin dia dah selalu memasaknya, dah pandai adjust rasa.

      Padam
  2. Assalam Azie.. banyak hari saya saya tak sempat nak jenguk dapo Azie, sibuk sikit dgn my mom yg takberapa sihat. Arini terpandang masakan ni, amboiii.. sedapnyerrr.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shiela, saya pun jarang memasak bulan puasa ni. Cuma weekend buatlah sikit kuih muih utk hilangkan rindu

      Padam
  3. salam akk...
    akk kita memng asli org minang.... mintak mf nak ckp dan berkongsi2 sikit....
    klu org minang dia x pakai kerisik kak.... sbb nenek2 dulu x knl kerisik.. utk pekatkan kuah tambahkan buah keras...
    dan jgn ketinggalan daun salam, serai, dan klu pakai kunyit... x main kunyit serbuk.. pakai kunyit asli....

    tp menyelerakan tngk akk masak.... "kalau la sy dapat berjiran dgn akk kan bagus,... kenyang sy"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eliza,
      Saya mendapat resepi dari staf di pejabat yg juga turun temurun Minang. Tetapi memang diakui ada yg sedikit ditambah. Boleh share resepi penuh tak? Saya teringin untuk mencuba versi pure Minang pulak

      Padam
  4. Resepi minang pling pnting daun salam a.k.a daun bay,daun kunyit,serai....tu yg menyedapkan resepi sbnarnye

    BalasPadam