Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Jagung Manis Berkrim


Agar Agar Jagung Manis  Berkrim

Agar agar ini dimasak secara kebetulan sahaja dan memang tidak dirancang langsung. Hari saya ingin membuat Lemang Jagung di SINI, puas hubby mencari jagung manis mentah tapi tak dijumpai kerana kedai runcit masih banyak belum dibuka pada hari raya ke4 tersebut. 

Agar Agar Jagung Manis  Berkrim

Jadi hubby beli jagung di dalam tin dan saya berpesan supaya beli jagung yang bukan berkrim. Hubby beli mengikut apa yang diberi oleh adik di kedai runcit dan bila dibuka tin, ianya memang jagung berkrim. 

Bila saya masuk ke kitchen store, terjumpa 1 tin whole corn yang saya perlukan untuk membuat lemang. Oleh kerana tin telah dibuka, tentunya tak boleh disimpan lama lama walaupun dalam peti sejuk. Itu yang saya menyediakan juga Agar agar Jagung Berkrim untuk mengelakkan pembaziran.


Agar Agar Jagung Manis  Berkrim

Sukatan air dan sebagainya saya ikut apa yang tertulis di bungkusan agar agar bertali, manakala untuk gula pula, saya masukkan sedikit sedikit dan merasa sehingga ianya menepati kemanisan yang sesuai dengan selera saya. Mudahkan? Lepas tu campakkan jagung manis ke dalamnya. 

Susu cair yang ada hanya 100 ml, jadi saya masukkan juga dan mengurangkan air supaya jumlah keseluruhan cecair tetap sama seperti yang disarankan di pek pembungkus. 

Jom tengok resepi dan kejadian agar agar saya hari ini. Layaaannn...


Agar Agar Jagung Manis  Berkrim

Agar Agar Jagung Manis Berkrim
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 pek Agar-agar bertali
1300 ml air 
¾ cawan gula pasir

3 sudu besar tepung kastard
1 tin jagung manis berkrim
100 ml susu cair 

Cara-cara:
Masakkan agar agar dengan air sehingga agar-agar hancur. Masukkan gula dan masak seketika sehingga gula larut. Rasakan kemanisannya.

Masukkan jagung dalam tin. Akhir sekali masukkan susu cair yang dibancuh dengan tepung kastard. Kacau rata. 

Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas dan biarkan sejuk.

Agar Agar Jagung Manis  Berkrim

Agar Agar Jagung Manis  Berkrim

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Agar Agar Jagung Manis Berkrim"

  1. Cara penyediaannya ringkas sajakan Azie.. tentu sedap makan sejuk-sejuk ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amie, ini kuih berjimat cermat, guna bahan yg ada tersedia jer utk elakkan pembaziran. Saya suka rasa jagung yg lemak manis berkrim tu

      Padam
  2. saya tgh mencuba resepi ni.harap menjadi:)nak hidang untuk kwn yg nak bertandang:)

    BalasPadam
  3. salam sis,

    thanx 4 recipe.. dapat je sy terus buat... alter sikit2 je tang air tu sbb agar2 mcm terlebih, takut keras :)

    BalasPadam
  4. Kalau tepung kastard tu berketul2 macam mana ya?

    BalasPadam