Tat Nenas Gebu
Walaupun sebelum sebelum ini saya tidak berapa gemar memasak tetapi tidak dengan kuih muih dan biskut raya. Sejak darjah lima, saya dah mula masuk dapur untuk menyediakan biskut raya. Pada masa itu, bila buat biskut raya menggunakan resepi dari majalah memang jika dibaling di kepala anjing, boleh benjol jadinya.
Hahaha itu joke seposen saya lah tu. Memang banyak resepi yang tak boleh dipercayai. Depa hanya meletakkan tepung gandum semata, bila dah dewasa baru saya tahu yang kena letak tepung jagung, kastard atau ubi menjadikan biskut raya yang lembut dan gebu.
Selepas berkeluarga sendiri, lagilah saya gemar menyediakan biskut raya. Jarang sekali saya membelinya. Hampir 6 atau 7 jenis biskut disediakan dengan dibantu oleh pembantu rumah. Mula mulanya hanya menggunakan oven letrik bulat, lepas tu oven letrik yang dibeli dengan harga RM1200. Hubby tak terus bawa masa pindah, dah diangkut si penyangat. Sayang sebab hanya beberapa kali saya menggunakannya sejak dibeli terutama di musim perayaan sahaja.
Tapi kini bila anak anak dah besar, mereka mempunyai citarasa sendiri dalam membuat biskut dan mencari resepi sendiri. Jadi saya tidak lagi masuk dapur dan membiarkan mereka membuat kuih raya sendiri. Lagi pun setiap tahun, berlaku pembaziran kuih raya. Saya pun jadi malas nak buat atau order, cuma menghidangkan biskut yang dapat free dalam hamper jer.
Tapi biskut tart gulung ini, memang saya angkat bendera putih kerana saya tak reti membuatnya. Saya hanya pakar membuat biskut tart menggunakan acuan bunga itu sahaja. Tart gulung kalau buat, mesti doh patah bila dipicit dan digulung. Hari ini pun separuh mati dibuatnya, tak sanggup nak menulisnya di sini....
Saya memilih resepi anymz my kitchen selepas tertarik dengan apa yang ditulis. Terserlah sungguh keikhlasan anymz untuk berkongsi resepi bagi sesiapa yang ingin menambah pendapatan. Tiada langsung risaukan persaingan, malahan memberi pelbagai tips bagi menghasilkan tart yang benar benar gebu.
Saya membacanya dengan rasa terharu. Betapa keadaan sudah berubah di mana sebelum ada nya teknologi, ramai yang lokek ilmu. Saya amat terharu bila ditulis sebagai resepi ini yang berjaya membawa dia melancung ke merata tempat di dalam dan luar negara. Terima kasih anymz kerana perkongsian ini. Semoga rezeki anymz bertambah tambah dan ganjaran pahala yang melimpah juga. Ameen.
Saya juga mengumpul petua petua dan tips bagi menghasilkan tart yang gebu dari beberapa blog bagi rujukan pembaca semua, terutama mereka yang baru belajar untuk membuat tart gulung. Hahaha seperti saya sendiri lah.
Saya sengaja membuat Tart Nenas ni sekarang sebab kalau dah puasa, dah tak boleh nak makan semasa panas panas. Lagipun, saya tak mahu membuat apa apa biskut raya pun tahun ni. Tahun ni hari raya kami tak akan semeriah tahun sebelum nya kerana tak cukup quorum sebab Nana akan berhari raya di London. OK lah jom layan resepi dan tips seperti di bawah ya...

Tart Nenas Gebu
Oleh: Azie Kitchen
Bahan pastri:
4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi -115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum - 450 gram (saya guna 408 gram)
Sedikit garam
Air sejuk
Cara cara:
Pecahkan telur di dalam bekas adunan, masukkan butter dan minyak sapi.
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan dan tekan adunan. Terbalikkan bahagian berjalur di bahagian bawah. Masukkan inti tart yang telah dibulat bulatkan dihujung doh, kemudian gulung perlahan menggunakan hujung jari. Potong lebihan doh.

Sapu permukaan tart dengan kuning telur. Untuk memudahkan sapu kuning telur, boleh simpan doh yang telah siap dalam peti sejuk untuk beberapa minit atau sehingga keras sedikit, baru disapu kuning telur.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal. Bakar pada suhu 150C-180C selama 15 -20 minit.
Untuk Inti, boleh gunakan seperti biasa samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai kedai jualan bakeri.
Inti Tart
Inti Tart
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
Sedikit pewarna kuning
Cara cara
Kacau nenas dan gula. Bila hampir kering masukkan pewarna kuning. Kacau hingga kering dgn api yang perlahan. Bentukkan inti memanjang untuk diletakkan di dalam pastri.

Petua dan Tips Untuk Kuih Tart:
Mulakan dengan perlahan lahan dulu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, jangan masukkan sekaligus. Tak perlu habiskan tepung.
Doh tat ni memang lembut. Tidak menggunakan air sejuk, kecuali andai adunan menjadi keras di sebabkan angin dan sebagainya. Oleh itu, jangan mengadun doh di bawah kipas angin. Untuk mengelakkan doh mengeras ketika proses memicit, tutup bekas doh dengan tuala atau cling wrap.
Doh jangan terlampau lembik dan jangan pula terlebih tepung. Setelah digaul dengan sedikit tepung, cuba masukkan ke dalam acuan dan cuba picit. Jika sukar dipicit, ertinya doh dah terlebih keras.
Kulit tart mesti nipis dan inti tebal, itulah rahsia keenakan tart. Tengok tart saya di bawah...

Salam sis. kalau tat yg gebu mmg sedap bila masuk mulut..rapuh.tat gulung antara kuih raya yg tak pernah miss....anak2pun suka.
BalasPadamDear, sebenarnya first time buat tart gulung. Kenapa susah nak tekan dari acuan ya. Licin. Aduh separuh mati menekannya... Kelakar pun ada kalau ingatkan tadi
BalasPadamWah wah! Dah start resepi biskut raya:) Tak makan plak tart nenas ni.Sebab mmg xmakan nenas..Hihi:)
BalasPadamAbah suka sangat biskut ni:)
LP, sedap nenas ni. Apa kata cer try sekali. Mesti nak lagi nyeer. Tapi tart ni bukan untuk kuih raya lah. Untuk dimakan saja saja di rumah
BalasPadamAssalam Azie.
BalasPadamKalau saya pi jln raya kuih tart ni saya cari dulu....mmg fav saya.
Norzie, samalah kita. Kuih ni macam kuih wajib ada kalau raya kan? Orang mesti menjelingnya...
BalasPadamAssalam Azie.. sedapnyer nampak tart nenas tu.. saya baru semalam buat inti jem tu teringin nk makan tp tak taulaa bila jadinya tart tu..
BalasPadamDear Sheila, I pun macam tu juga. Dah hampir sebulan bertangguh jer. Tapi macam mana Sheila picit doh dari acuan ya. Susah sangat nak membuatnya tadi..
BalasPadamsalam..
BalasPadamSaya tertarik dgn resepi tart Azie di atas, tapi saya nak tanya Azie air sejuk tu masa bila nak masukkan ke dalam doh tersebut....
As,
PadamBaca bahagian tips. Air diguna jika adunan keras sebabkan kena angin
Assalamualaikum....hi azie...mmg sy nk puji...resepi nih mmg terbaek ...mmg gebu ...thumbs up!...sy dh men'curi'@mencuba resepi ni dari blog anymz...maaf ye....hehehehe....
BalasPadamape2 pun sy bgitu tertarik dgn keikhlasan kata2 dari anymz yg sudi sharing tidak kedekut ilmu...ermmm...syabas !
AidaNureen
Nk tau....telur putih dan kuning sekali ker...
BalasPadamKalau resepi tak sebut pasal asingkan telur, maknanya guna sebiji telur. Kalau guna merah atau putih sahaja, resepi akan tulis
PadamSalam kak... Nak tanya, butter tu guna butter brand ape ye? Terima kasih...
BalasPadamBrand apa apa pun boleh. Guna pure butter lagi sedap wp harganya mahal
Padampure butter mcm scs atau anchor tu kan kak? ok kak... tq so much sebab sudi reply.. :)
BalasPadamMmg sedap resepi ini :) Alhamdulillah
BalasPadamApe kgunaan minyak sapi....adew resepi xguna...mohon pncerahan
BalasPadamAs salam kak azie..doh tu xpayah guna gula ke.
BalasPadam