Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Part III: Sayap Kanan Istana Cinta


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Saya menyambung coretan bersiri berkenaan pembinaan Villa Nur Qaseh dari Part II, yang berbeza dengan Taj Mahal kerana ianya direka, dibina dan dihias sendiri dengan berbekalkan satu impian dan keazaman. Banyak keajaiban yang dikurniakan Illahi di dalam pembinaan rumah ini. Banyak pertolongan yang diberi satu per satu yang saya mahu simpan dan dibawa ke mati atau mungkin hanya dikongsi dengan anak anak sahaja. Syukur ke hadrat Mu, Ya Allah. Hanya itu yang mampu saya lafazkan.

Pembinaan bermula dengan sayap kanan yang menempatkan ruang tamu, foyer, powder room serta guest room yang bersekali dengan bilik air. Kami mula excited selepas dapat melihat ruang bentuk walaupun saya amat tidak berpuashati kerana ternyata ianya tidak sebesar yang saya mahukan. Saya mahukan ruang tamu yang luas yang boleh menempatkan 2 set sofa untuk tetamu wanita dan tetamu lelaki. Tidak ada apa yang boleh dilakukan kerana kawasan yang terhad. Namun saya masih sempat menambah bahagian teres selepas balik dari morning coffee rumah Encik Sani di Kajang. Walaupun bertahun lamanya sebelum dimuktamadkan rekabentuknya ternyata masih banyak kekurangannya. Alaahaai manusia mana pernah berpuashati. 


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen


Kerja kerja pemasangan besi semasa penyediaan beam dipantau sepenuhnya bagi memastikan besi dibengkok dan dicangkuk. Kekuatan besi adalah bila bersatu dengan simen  dan batu batu konkrit di dalamnya, tidak hanya bergantung kepada saiz besi semata mata. Itu yang diajar oleh my engineer. Konsultan yang dilantik untuk menyediakan pelan engineer, rasanya hanya menggunakan software khas sahaja. Itu sebab tiang porch kami memerlukan saiz Y16 disebabkan saiz tiang yang besar walhal ianya hanya satu tingkat sahaja. Tiada bebanan selain atap. Sedangkan menurut Anuar, engineer saya, besi saiz Y12 mampu membina bangunan berketinggian 4 tingkat dengan struktur yang kukuh. Hmmm tengok betapa dalamnya lubang dikorek untuk membina tiang porch dengan menggunakan besi saiz Y16. Haaa selepas dah pandai, saya akan berbincang dengan Anuar untuk menggunakan saiz besi yang lebih munasabah tanpa berkompromi dari segi ketahanan dan kualiti.  


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen


Selepas ground beam disiapkan, tibalah masa untuk memasang underground piping seperti saluran paip ke manhole dan sebagainya. Nampak tak yang berwarna oren di dalam gambar di bawah tu. Saya perlu menetapkan fikiran berkenaan dengan toilet yang akan digunakan kerana lubangnya yang berbeza antara satu design water closet dengan yang  lain. Tapi awal awal lagi kami telah ditipu dan mengambilnya sebagai iktibar atau peringatan dari Allah. Cina yang bersetuju untuk memulakan kerja keesokannya meminta wang pendahuluan sebanyak RM4000 untuk membayar pekerjanya apabila langsung tidak muncul dan tidak dapat dihubungi. Pelajaran pertama, jangan mudah percaya....


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Villa Nur Qaseh Azie Kitchen


Saya banyak membaca dan bertanya kerana terpaksa menyelia sendiri pembinaan. Saudara Anuar, hanya dilantik secara part time walaupun beliau selalu juga singgah dalam perjalanan balik ke rumahnya di Sg Buloh. Sebelum lantai dituang simen konkrit, tanah akan dipadatkan supaya tanah betul betul mendap dan padat. Selepas itu, disemburkan dengan racun anai anai sebelum dihamparkan plastik dan diletak besi BRC. Besi BRC mesti diikat pula ke ground beam. Setelah semua tersedia, barulah simen konkrit dituangkan. Kalau di Kelantan, ground slab akan dibuat akhir sekali dan berbeza dengan di sini. Setelah dijelaskan oleh Anuar, barulah saya akur dengan perbezaan itu.


Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Villa Nur Qaseh Azie Kitchen

Akhirnya lantai untuk bangunan sayap kanan berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Langkah seterusnya ialah pembinaan tiang konkrit dan dinding batu. Abang saya, Abang Zali mencadangkan supaya bata dipasang terlebih dahulu kerana dengan cara ini agak menjimatkan masa dan penggunaan kayu T. Selepas dinding disiapkan, barulah dibuat upper beam. Jika tidak, kayu T  terpaksa dipasang untuk membuat upper beam. Bukan sahaja kayu T perlu dibeli tetapi juga upah pekerja untuk memasangnya. Bila ini ingin dilakukan maka, frame pintu dan tingkap dari kayu cengal yang ditempah dari Kota Bharu perlu dihantar sekarang juga. 


Saiz tiang yang dilukis dalam pelan engineering seperti dalam gambar di bawah juga yang membawa banyak masalah dan menelan banyak kos pada kami. Jika sekali lagi, kami berpeluang untuk membina rumah, ini lah pelajaran kedua buat kami. Saya berkelulusan dalam bidang Ekonomi bukan bangunan atau kejuruteraan atau arkitek, jadi saya memaafkan diri saya sendiri atas kejahilan ini. Sekurang kurangnya saya lebih baik dari pelukis pelan engineering ini. Insya Allah, sambungan seterusnya di Part IV di SINI..





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Part III: Sayap Kanan Istana Cinta"