Sambal Tumis Udang Lagi
Hari ini memang saya benar benar buntu, tak tahu apa yang nak dimasak untuk kami 3 beranak. Sebaik selesai menyiram pokok pokok dan memberi ayam hutan serta ikan ikan makan, saya melayan layan internet membaca dalam Cari.com berkenaan kisah terbaharu Azrinaz Mazhar Hakim.
Apa yang dikatakan Azrinaz in person sangat cantik pastinya membuat orang lelaki menoleh dua kali. Tapi pendapat peribadi saya, Azrinaz tidak cantik dengan muka yang masam mencuka (bukan saya sahaja berpendapat gitu tau) tapi bila dia menjadi pilihan Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah, sultan yang handsome dan yang terkaya di dunia pula, pasti ada keistimewaan pada beliau.
Apa yang dikatakan Azrinaz in person sangat cantik pastinya membuat orang lelaki menoleh dua kali. Tapi pendapat peribadi saya, Azrinaz tidak cantik dengan muka yang masam mencuka (bukan saya sahaja berpendapat gitu tau) tapi bila dia menjadi pilihan Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah, sultan yang handsome dan yang terkaya di dunia pula, pasti ada keistimewaan pada beliau.
Sejak itu, saya mula mengikuti perkembangan beliau dan menyimpan semua gambar gambar beliau di dalam CD, dan ada back up di dalam external disc lagi. Saya tak mahu mengambil risiko kehilangan. Pakaian beliau yang memang cantik, pastinya direka oleh pereka terkenal di Malaysia. Beliau tidak memakai sedondon seperti kerabat diraja Brunei dari kepala hingga ke kain. Pakaian Azrinaz sangat elegan. Saya cari kain kain yang sama dengan Azrinaz. Setakat ini, saya menemui 2 pasang kain yang dipakai beliau sewaktu menghadiri majlis rasmi pertama selepas berkahwin.
Oish dah terlebih sudah bercerita pasal Azrinaz. OK berbalik pada masakan hari ini, sebenarnya saya kehabisan stok santan. Walaupun saya boleh drive tapi sebab dah lama tak drive, terasa lah kecutnya. Jadi saya cuba elakkan memasak masakan yang menggunakan santan kerana yang ada di dalam peti ais hanya setengah kotak santan baki semalam. Jadi saya fikir elok jika saya membuat sambal tumis udang. Udang ni kalau dimasak apa pun sedap. Kalau banyak dirias pun bukan sedap, hilang jadinya kemanisan udang tu.
Ini memang antara masakan feveret di rumah saya, jom lihat kejadian sambal tumis udang saya pagi ini...
Sambal Tumis Udang
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
8 ekor udang harimau
8 ekor udang harimau
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
Air asam jawa
Gula
Garam
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
Tumis pula bahan bahan kisar sehingga cili benar benar garing dan masak.
Setelah garing, masukkan sedikit gula. Kacau rata dan masukkan air asam jawa serta garam.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak.
Cerita tentang Azrinaz, tiba-tiba hati tercuit terkenang kisahnya itu....
BalasPadamSedap ni udang harimau Azie, isinya keras sikit dari udang kertas.
Ya, saya pun begitu juga. Bayangkan perasaan seorang ibu yang terpaksa berjauhan dengan anak anak yang masih kecil, hanya menyaksikan anak anak dipimpin ke sana ke mari. Pasti hati menjerit meronta. Harta boleh dicari tetapi dipisahkan dengan anak anak wp boleh menemui mereka tetapi situasi tidak lagi sama. Sedih jika membayangkan perasaan anak anak juga yang mungkin tidak mengerti apa yang telah terjadi pada ibu mereka.
PadamI suka udang kertas yg lebih manis. Udang harimau yang besar sesebenarnya tidak sesedap udang kertas.
Betul tu Azie udang kertas mmg sedap ermmmmm teringat lg mee udang kat penang tu hehheh... Isk isk isk biler tgk sambal2 Azie nie kan mmg mengancam tul lah nampak sedap2 belaka haiisshhhh rase nk cekup bang 2 ekor hehhehheh..
BalasPadamD5, bila nak mula memasak ni? I dah rindu masakan dg tag line orang bujang tu
PadamMuhahhahhahha tgh kumpul mood nk masak ler nie, lg pun brg dapur lom pi beli lg badan masih penat2
Padamxsempat lg nk pi pasar borong nnt biler dah ok nnt D5 sambung balik resepi org bujang ekkekkek
Ohh shopping pasar borong. Hmm pasti barang barang yg segar segar tu. dah lama tak pergi pasar borong. Teringin sangat, hubby selalu tak mahu ke sana.
PadamWow, best! Ini pun my feveret. Kalau ada petai even better.
BalasPadamDear, agree with you. It tastes great with petai. Unfortunately, I do not have stock of petai...
Padamkak zie minat kat azrinaz yer..dia tu kenalan rapat adik saya..biasalah kak...org kebanyakkan kawin dgn raja berdarahbiru mmg payag nk ngam lama-lamakan....naz dah byk berubah kak ,semuanya nampak lawa.....udang nmpk best.
BalasPadamBetul Nikee, bila berduit semua pun boleh jadi. Kulit bole mandi lulur, mandi susu dan macam macam. Muka dia biasa sahaja tapi kerana telah mendapat juru make up yang pro, hasilnya menjadi sgt cantik. Baju pun cantik bila berduit. Tapi dia mmg dikurniakan kulit yg cantik mulus kan. I ada byk koleksi gambar gambar dia semasa di Brunei
Padamair asam jawa agak2 byk mana yer.. huhu
BalasPadam