Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Part V: Penambahan Ruang Di Tingkat Atas



Sementara saya masih berada di wad Tropicana Medical Centre, saya ingin menyambung siri catatan pembinaan Istana Cinta kami. Sebagaimana berliku likunya kisah percintaan kami dahulu, begitulah juga panjang dan beronaknya kisah pembinaan rumah yang diberi nama Villa Nur Qaseh. 

Nama bersempena dengan nama anak anak perempuan kami yang semuanya bermula dengan Nur yang bermaksud Cahaya. Boleh rujuk entri Part IV di SINI. Peringkat seterusnya ialah pembinaan sayap kanan bangunan rumah dan diikuti dengan pembinaan tingkat atas keseluruhannya.


Penambahan Ruang Di Tingkat Atas

Penambahan Ruang Di Tingkat Atas

Gambar di bawah adalah pembinaan ruang dapur belakang di mana terletaknya Azie Kitchen. Ruang dapur adalah antara ruang yang banyak dibuat penambahan melibatkan lakaran baru untuk kitchen store, ruang laundry, bilik pembantu rumah dan bilik airnya serta dry yard. Tapi dalam keadaan tergesa gesa, ada juga yang tercicir seperti tempat untuk meletak freezer yang tidak difikirkan pada masa itu. Dapur kering kami tidak dilengkapkan dengan dapur memasak kerana pengalaman lalu membuktikan tiada aktiviti memasak di dapur kering. Saya tak sanggup untuk mengelap minyak yang memang sinonim dengan masakan orang Malaysia.  

Penambahan Ruang Di Tingkat Atas


Gambar ini pulak adalah pembinaan ruang pejalan kaki di tingkat atas dan kelihatan juga lanai di bilik utama. Ruang pejalan kaki secara double volume dengan melihat ke bahagian ruang guest dining di bawahnya. Ruang ini adalah antara yang mencabar pembinaannya kerana ianya tidak lurus, sebaliknya sedikit berlekuk di tengahnya. Namun kami berpuashati dengan hasilnya yang menepati apa yang dikehendaki...


Penambahan Ruang Di Tingkat Atas


Gambar my hubby dan Juita di ruang pejalan kaki berhadapan tangga yang kemudiannya terpaksa di pecahkan dan dibina semula. Cantikkan ketika ini, masih bersilingkan langit biru anugerah Illahi. Juita juga anak yang comey dan manja yang sangat sayang pada ku..

Penambahan Ruang Di Tingkat Atas

Gambar ini pulak adalah gambar dari tempat mengambil wudhu di surau terus melalui ruang pejalan kaki menyambung ke ke bilik tidur Juita di sebelah kiri dan kamar tidur utama di sebelah kanannya.


Penambahan Ruang Di Tingkat Atas

Bilik tidur utama telah ditambah menjadi begitu besar yang mungkin berukuran seperti sebuah apartment yang dilengkapi dengan ruang katil yang luas, ruang dressing, WIC, bilik air yang besar, pantri, lanai dan ruang menonton yang mengadap tasik.

Keputusan untuk menambahnya dibuat pada saat terakhir apabila engineer kami, Saudara Anuar memberitahu penambahan sekarang lebih menjimatkan berbanding dengan membuatnya di kemudian hari. Tempat di mana hubby berada di dalam gambar di bawah ialah ruang menonton yang boleh mengadap terus ke tasik yang kelihatan di belakang.

Penambahan juga melibatkan pembesaran bilik air. Pada awalnya saya mahukan bilik mandi yang separuh terbuka, beratapkan langit seperti zaman kanak kanak apabila mandi air telaga di halaman rumah. Selain ruang terbuka, terdapat juga ruang bertutup untuk memberi pilihan. 

Di sini juga akan diletak jacuzzi, table top yang panjang dan bangku konkrit untuk duduk di kala menggosok dan mengurut badan. Namun semua itu terpaksa dilupakan kerana selain saya yang memang penakut, tapi juga aspek keselamatan. Jacuzzi juga dilupakan kerana saya seorang yang sangat praktikal, saya tidak punya masa berlebihan untuk berendam lama lama di jacuzzi. Lagi pulak di usia begini, tidak lagi sesuai dari segi kesihatan pun, badan pun tak tahan berendam lama.


Tapi semua itu berbayar kerana saat yang menyeronokkan kini adalah semasa mandi. Saat bermandian adalah saat menghiburkan apabila saya dijamu dengan pemandangan tasik yang indah ini. Bila berkesempatan mandi di siang hari, memang saya akan menjamu mata sepuasnya, selain tasik juga bukit bukau menghijau dan kecantikan rumah rumah jiran saya diseberang tasik yang tersusun indah. Indahnya alam semulajadi yang dapat saya nikmati semasa bermandian...
  

Peringkat seterusnya ialah pembinaan dinding bata dan atap bumbung yang juga banyak menghadapi keperitan. Kita saksikan entri berkenaan pembinaan bumbung dalam entri akan datang. Boleh klik di SINI untuk Part VI. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Part V: Penambahan Ruang Di Tingkat Atas"

  1. wowwww besar nya..bila la nk ada rezeki nk duduk umh cmtu yer...verangannnn jer...hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adda, doa banyak banyak mudahan dimurahkan rezeki. Semuanya boleh jadi kenyataan

      Padam