Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Part IV: Pembinaan Sayap Kiri

Pembinaan Sayap Kiri

Sekarang saya mahu menyambung entri pembinaan Nur Qaseh yang sebelumnya berhenti di SINI. Peringkat pembinaan seterusnya adalah mengorek tanah untuk membuat footing stump di bangunan sayap kiri setelah bahagian kanan disiapkan floor slab dan tiang. Tengok gambar di bawah di mana lubang yang digali agak dalam, tanah padat dan bertanah liat..


Pembinaan Sayap Kiri


Pembinaan Sayap Kiri


Setiap hari sebaik balik dari pejabat saya dan hubby akan singgah dulu di tapak pembinaan untuk melihat kerja kerja yang disiapkan. Begitu juga pada hari sabtu dan ahad, pagi pagi lagi kami ke sini. Anak anak juga akan mengikut kami untuk melihat bagaimana kerja kerja berjalan. Masa ini, hubungan kami dengan anak anak sangat rapat dan kami sering berbincang mengenai pilihan dekorasi bilik masing masing.

Pembinaan Sayap Kiri

Pembinaan Sayap Kiri

Oleh kerana banyak lubang yang dikorek bagi membuat banyak footing dan tiang, maka banyak jugalah tanah yang berlebihan sehingga meninggi seperti bukit. 

Pastinya detik ini tidak akan saya temui lagi dalam hidup saya. Saat anak anak berlari dan bermain tanah yang umpama bukit. Seperti permainan saya semasa kanak kanak. Tidak mungkin lagi saya dapat menyaksikan suasana ini, saya sangat yakin. Saya akan terus merindui saat lampau yang tidak mungkin kembali lagi. Walaupun pada masa kejadian, saya tak suka budak budak bermain pasir yang berdebu dan mengotorkan pakaian mereka...


Pembinaan Sayap Kiri

Seperti yang saya coretkan sebelum ini, saya terus memasang batu bata bagi menjimatkan masa dan kos untuk bahagian sayap kanan. Di bawah adalah gambar selepas siap ground slab di bangunan sayap kiri juga. Dapat dilihat di bawah, betapa banyaknya tiang tiang di rumah kami yang menelan belanja yang banyak sekali. Pengajarannya rumah jangan banyak sangat berliku kerana tiang banyak dan kos pasti tinggi. Pembinaan tiang dibuat menggunakan simen pre mixed bagi memastikan bancuhan yang betul digunakan....


Pembinaan Sayap Kiri

Peringkat seterusnya ialah pembinaan tingkat atas yang menempatkan bilik study dan surau, 3 bilik tidur dan walkway.  Pembinaan walkway amat mencabar kerana ianya tidak lurus tetapi menyambungkan 2 unit bangunan yang lurus dan yang sedikit menyerong. 

Di peringkat ini, khidmat Anuar diperlukan untuk membina walkway di tempat double volume. Selain dari walkway, pembinaan tangga juga mempunyai masalah disebabkan ketidakcekapan pekerja yang dilantik di mana setiap anak tangga terlalu kecil saiz nya dan tidak mempunyai saiz yang sama antara satu anak tangga dengan satu anak tangga yang lain. Atas sebab tak puashati, saya meminta ianya di hack dan dibuat semula. Di sini sahaja, beberapa ribu telah melayang kerana pembinaan tangga memang melibatkan kos yang tinggi...



Siri catatan pembinaan ini adalah untuk makluman dan pengetahuan anakanda anakanda kami berhubung keperitan pembinaan Villa Nur Qaseh yang pada masa yang sama, perkara perkara lain juga perlu diteruskan seperti biasa. Bukan mudah untuk membina rumah tanpa membuat pinjaman dari Bank. Tapi kami bertekad untuk mengambil staff loan yang minimum dan selebihnya ditampung dengan duit poket sendiri menggunakan gaji bulanan. Sehingga kita berjumpa lagi sambungannya di Part V di SINI
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Part IV: Pembinaan Sayap Kiri"

  1. suker baca tentang kegigihan Azie dlm pembinaan umah nie..Hasil nyer sungguh membanggakan..Tahniah Azie rasa cam xcaya je dr tanah kosong sampai jd mahligai indah terbaek lah :D...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul D5, I sendiri pun rasa tak percaya melihatkan batu bata bersepah dengan tiang di sana sini, akhirnya terhasil sebuah rumah kediaman kami.

      Padam