Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Talam Keladi


Kuih Talam Keladi


Haaa cantik tak warna purple ni? Cantik kan? Menyerlah sekali warnanya. Di samping Kuih Talam Pandan di SINI, saya juga membuat Kuih Talam Keladi untuk dihantar ke masjid. 

Kuih ini dibuat hari minggu yang lalu selepas rasa kekosongan sangat di pagi itu. Rasa kecewa melanda diri yang mengejar banyak waktu dan kesempatan yang telah tertinggal sebelum ini. Saya menyesali kerana tidak merebut peluang di masa lalu, jadi saya ingin menebusnya di Ramadhan ini. Namun saya tak dapat berkongsi sebab sebenar kekecewaan saya. Balik dari masjid, saya menyambung tidur melepas perasaan.


Kuih Talam KeladiKuih Talam Keladi


Sedar atau tidak telah 10 hari kita berada di dalam bulan Ramadhan. Saya memang tidak suka menghitung hari hari berpuasa kerana saya akan rasa bersedih bila mengingatkan Ramadhan akan berlalu pergi. Saya mesti mengakui bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang paling saya sukai kerana keberkatan dan pahala yang berganda di bulan ini, tetapi juga kerana hubungan kekeluargaan yang lebih erat dan pengisian ibadah yang sangat padat. Hidup terasa sangat bermakna di bulan Ramadhan. Sejak beberapa tahun yang lalu, saya memang tidak beria ia membuat persiapan raya, malahan baju raya pun dibuat ala kadar sahaja. Saya memang sentiasa mempunyai kain pasang yang belum berjahit di dalam simpanan. Sekali membeli saya akan membeli banyak pasang kain kerana saya jarang sekali berkesempatan untuk shopping selalu selalu.


Kuih Talam Keladi


Jauh pulak menyimpang topik ya, OK lah berbalik pada kuih Talam Keladi, ini adalah percubaan pertama saya membuat Kuih Talam Keladi dan sangat gembira kerana ianya menghasilkan Kuih Talam Keladi yang sangat cantik. Masalahnya yang timbul ialah lapisan purple ternipis berbanding lapisan keladi untuk kuih yang dibuat dalam bekas kecil untuk hidangan kami berbuka puasa. 

Lain lain saya memang berpuashati dengan resepi ini yang saya ambil dari blog Yatie yang diambil pula dari blog Ayu. Saya menambah sedikit gula dalam lapisan putih seperti yang dibuat oleh Yatie. Sedap sangat kuih ini, cukup lembut dan kemanisannya. Ketebalan lapisan atas dan bawah juga cantik seimbang. Bukan yang dalam gambar ni lah tapi yang dalam loyang. Saya pasti menggunakan resepi ini lagi di masa masa akan datang. 

Kuih Talam Keladi

Sementara masih di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, saya juga ingin berkongsi sedikit dari tazkirah sebagai pengisian ilmu kita. Dalam tazkirah malam tadi, disebutkan kita kena memohon supaya dijadikan sebagai orang beriman, orang yang beriman akan mendapat taqwa dan seterusnya ganjaran syurga. Antara ciri ciri orang yang beriman ialah:

  • Apabila mendengar nama Allah, akan bergementar hatinya. Bila melihat kehebatan ciptaan Allah, akan teringat kehebatan Allah.
  • Menjaga solat. Menetapkan waktu yang tetap setiap hari untuk menunaikan solat dengan sempurna, kusyuk dan faham erti ayat ayat yang dibaca. 
  • Bertawakkal kepada Allah Taala. Kerana hanya Allah sahaja yang boleh menolong kita. Diceritakan kisah kehebatan Omar Abdul Aziz yang hidup miskin dan tidak meninggalkan harta untuk anak anaknya sebaliknya menyerahkan mereka kepada Allah.

Semoga perkongsian ilmu dan juga perkongsian resepi ini mendapat ganjaran pahala dari Allah Taala juga. Jom layan resepi dulu...

Kuih Talam Keladi

Kuih Talam Keladi
Cuba oleh: Azie Kitchen
Loyang 10x10x3

Bahan Lapisan  Bawah 
Bahan (A)
220 gm tepung beras 
40 gm tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

Bahan (B) 
250 gm keladi - (saya letak 300 gm) 
Buang kulit, basuh dgn air garam supaya tidak hitam, potong kiub dan kukus selama 5-8 minit. Lepas kukus baru timbang

Cara-cara:
Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B.

Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10x10x3 yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 25 minit.


Bahan Lapisan Atas
150-180 gm tepung gandum (saya guna 160 gm)
250 gm gula halus
3-5 biji telur (guna 4 biji telur)
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple

Cara caranya:
Bancuh semua bahan bahan di atas dan tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap. 

Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit. Lap penutup pengukus 5 minit sekali.

Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong, jika boleh menggunakan pisau plastik.


Kuih Talam Keladi

Kuih Talam Keladi

Nota:
Untuk mengeringkan air di permukaan, saya terus mengukus beberapa minit terakhir dengan tidak menutup pengukus. Lap selebihnya dengan tuala dapur. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

36 ulasan for "Kuih Talam Keladi"

  1. Cantik warna kuih talam Kak Azie ni..

    BalasPadam
  2. Cantik... suka tgk kaler pepel tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha rasanya pun secantik warna. Cubalah buat. Resepi ni memang a keeper recipe for Talam Keladi

      Padam
  3. Assalamualaikum Azie,
    Sedap nampaknya Talam Keladi ni...cantik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lin, first time buat. Mudah dan rasanya pun sedap

      Padam
  4. salam syg kak zie,thnks sudi share tazkirah tue..perkongsian ilmu yg membawa manufaat kak..
    talam purple akk tu mmg cantik,pic yg jelas lg..suka tgok..zila keep resepi nie jgk yer kak..mybe 1 hari nnt teringin nk buat:) thnks alot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zila, terima kasih. Kembang hidup jap sb Zila komen pasal gambar. Nak cari papan buruk mcm Zila punya props tu

      Padam
  5. Salam ramadhan kak Azie, nampak menarik dan semestinya sedap kan.saya pun peminat kuih talam..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa utk Nieza juga. Saya gembira sangat dg kejadian dan rasa kuih talam ini. A keeper recipe

      Padam
  6. Assalamualaikum Azie,
    cantik dan kemas je kuih talam keladi akak ni, suka tngk...tq sudi mencuba dan salam ramadhan juga buat akak sekeluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang sangat sedap. Semoga Yatie dilimpahi ganjaran pahala kr berkongsi ilmu yg bermanafaat. Percubaan pertama yg tidak memberi banyak masalah pun.

      Padam
  7. Cantik combination white and purple dan tentunya menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hazila, mmg sedap sangat. Cubalah buat

      Padam
  8. Assalam Azie,
    wah cantik kuih talam dikukus dalam acuan ni..
    rajin azie, buat kuih dalam acuan ni dibuolan2 puasa ni..kita kalau buat kuih dalam bulan ni..terus dalam loyang..nak cepat punya pasal..hehe..terimaksih juga sudi mencuba ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu, kita sebenarnya buat dalam loyang 10x10 juga. Yang untuk berbuka puasa di rumah jer, dibuat dalam bekas sebab tak nak potong yang dalam loyang.

      Padam
  9. The purple color is so pretty. Keladi is yam, right? What type of acuan did you use? It is very nice.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, yes keladi is yam. This kuih is so yummy, worth trying. I use apam mould.

      Padam
  10. Cantik warnanya! Cantik rupa parasnya... itu belum lagi rasanya, tentu sedapkan Azie!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amie, rasanya sedap. Seronok sebab sekali buat terus jadi dengan cantik.

      Padam
  11. Assalamualaikum Azie, mmg cantik jek kuih bila kaler pepel gitu..lg berselera laaaa...Rajin Azie hantar kuih ke masjid...Ummi ni x sempat ler nak tumpang sedekah masakan...lain2 insyaAllah laaa...hehe. Teringin jgk nak rasa talam keladi, belum penah buat lgk pun....ngeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ummi, I ni tengah bersemangat nak memasak, sebab baru kenal dapur, baru tahu seronoknya memasak

      Padam
  12. Sungguh tegoda dengan kepepelan kuih talam ni.. teringin juga nak mencuba.. Insyaallah, one fine day.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, colour purple ni memang membuatkan makanan kita lagi cantik kan.

      Padam
  13. Assalam, cantik warna purple....kuih kegemaran saya...nk tanya sy tak paham .. 'kacau sampai naik wap'...makna nye kena pekat ke ? bleh sy copy resepi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambil dikacau, kita akan nampak wap keluar dari adunan, belum pekat. Bila wap keluar, bolehlah padamkan api

      Padam
  14. salam kak.saya silent reader.saya selalu bc blog akk n guna resepi kt blog akk,saya nk tnya klu xda tepung ubi bole x guna tpg lain?saya tingal di oversea.susah nk dptkan tepung ubi kt sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepinya mmg mcm tu. Belum pernah cuba tanpa tepung ubi. Boleh cuba guna semua tepung beras sebagai ganti tepung ubi. Nnt share kan bagaimana hasilnya. Menjadi pasti menjadi cuma rasanya lain lah sedikit

      Padam
  15. salam,nak tanye.. leh x bg sukatan cwn..kt umah xde timbang la..huhu..40gm tepung ubi tu,xpndi nk agak kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya dah buat kuih ni setahun lebih. Mcm mana agaknya saya nak bagi sukatan guna cawan. Resepi ni guna timbang. Beli lah satu timbangan kalau nak guna resepi guna sukatan ikut timbangan.

      Padam
  16. betul tu.beli aja penimbang
    bkn mahal pun yg digital tu bawah rm50 blh dpt

    BalasPadam
  17. Resepi ni sedap...first time bt terus menjadi..thanks for sharing the 'resepi talam keladi'

    BalasPadam
  18. Tengok gambar pun dah mnyelerakan... nk share resepi ye kak. tq

    BalasPadam
  19. salam akak.Thanks for the recipe.Saya nak tanya, akak guna keladi purple ke atau keladi biasa?confuse sbb warna purple.

    BalasPadam
  20. salam kak.kalo nk kukus terus dlm acuan tu, lapisan atas n bwh agak2 brapa ms kukus?

    BalasPadam