Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Coklat Puding Karamel Pada Hari Jadi My Hubby


Kek Coklat Puding Karamel
  

Selamat Hari Lahir, to My Darling Hubby yang menyambut hari lahirnya pada hari ini. Kalau dulu, bila hari lahir, kami akan beli kek untuk meraikannya dengan acara memotong kek dan makan makan di rumah. Tapi itu dulu, selepas anak anak dah besar, mereka bukan lagi menggemari kek seperti masa masa dahulu dan tidak lagi sukakan acara potong potong kek. 

Jadi kami menukar kebiasaan itu dengan keluar makan malam di mana mana restoran pilihan anak anak yang dirasakan lebih praktikal dan sesuai dengan citarasa mereka. Kebiasaannya western atau japanese food restaurant. Tiada lagi juga birthday card atau bunga, cuma ucapan sayang melalui bbm, sms serta ciuman mesra sudah memadai. 

Berbalik pada kek ini, sebenarnya saya bercadang untuk membuat kek ini dan dibawa ke pejabat sempena birthday saya dalam bulan April yang lalu. Tapi last minute, saya tukar pada Kek Coklat Kukus di SINI. Sejak itu, asyik tertangguh sahaja kerana anak anak tak berapa menggemari kek. Saya kena cari waktu yang sesuai seperti bila ada tetamu yang akan berkunjung, baru boleh dibuat kek sebagai hidangan. 

Hari ini saya mempunyai tugasan luar pejabat dari pagi sehingga petang dan sampai di rumah agak awal dari biasa. Oleh kerana hari ini ialah hari lahir my Laling Hubby, terasa ingin membuat kuih ke atau kek ke. Walau pun bukan untuk meraikan harijadi hubby tapi sebagai ingatan dan kenang kenangan. Bak kata Yuna, setiap lagu ada cerita, maka versi saya pula, setiap masakan ada cerita. 

Tapi memikirkan kek semata mata, tentunya tak ada yang akan memakannya. Jadi fikir punya fikir, akhirnya saya memutuskan untuk membuat Kek Coklat Puding Karamel yang memang dah lama tertangguh. Sebab ada karamel, boleh lah saya makan sendiri kalau hubby dan anak anak tak mahu makan. Saya beli silikon mould hari tu pun, memang untuk tujuan membuat kek ini. 

Akhirnya saya gagahi juga sehingga... Yeaay akhirnya menjadi kenyataan. Saya ingin juga supaya entri ini dipublish pada tarikh 4 Julai walaupun tiada gambar kek diambil kerana hari sudah malam. Lagipun saya sangat kepenatan dan mahu masuk tidur lebih awal. Selepas mengambil gambar, saya akan update lagi entri ini... Insya Allah.

Resepi Kek Coklat Puding Karamel ini saya ambil dari blog Ummi. Saya juga membuat rujukan di blog Spices Journey. Ummi juga yang memberitahu saya boleh mendapatkan acuan silikon seperti yang dia gunakan di Pantry Magic. Terima kasih Ummi atas email yang dihantar kepada saya dan banyak juga tips yang dikongsi pada salam pertama tersebut. Saya sangat menghargainya...


Kek Coklat Puding Karamel

Kek Coklat Puding Karamel 
Oleh: Azie Kitchen

(I) Bahan (Gula Karamel) 
2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek)

Cara-Cara:
Taburkan  pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 160 C selama 5-6 minit sehingga gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jangan pelik lak yea...xpa kejap jer)




(II) Bahan Puding Karamel
3 biji kuning telur
1 cawan susu cair
¾ cawan susu pekat manis atau 50 gm gula kaster
½ sudu kecil esen vanila

Cara-Cara
Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer) supaya tidak berbuih. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.



Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (set suhu 160 C je dan guna api atas bawah).

Ketepikan dan sejukkan puding lebih kurang 30 minit. Sementara puding di bakar, sediakan adunan kek coklat.


(III) Bahan Kek Coklat

Bahan A - masak hingga larut
1 cawan serbuk koko 
1 cawan susu cair 
¾ cawan susu pekat manis (guna ½ cawan)
¾ cawan gula (guna ½ cawan)
1 cawan minyak masak *
2 sudu besar mentega yang dilembutkan* (bahan* disebatikan bersama)

Bahan B - ayak bersama
¾ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder 


Bahan C - blend halus
4 biji telur 

Cara-Cara
Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar. 

Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.

Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.

Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).


Bakar pada suhu 160 - 180C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. 


Sejukkan lebih kurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai. Sedap di makan sejuk sejuk.


Kek Coklat Puding Karamel

Kek Coklat Puding Karamel




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

30 ulasan for "Kek Coklat Puding Karamel Pada Hari Jadi My Hubby"

  1. Wahhhh sedap nyer... Romantik nyer bake sendirik best2.. Azie cer tunjuk pic kek tu dah terbalik teringin nk tgk atas dia camne hehheheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, malam tadi letih sangat. Insya Allah hari ni akan di terbalikkan. Harap harap menjadi lah sebab ada degil sedikit malam tadi. Tak baca betul betul arahan tuan tuan punya resepi

      Padam
  2. Assalam kak Azie.. sedap molek napok kek tuh ! birthday saya pun bulan 7 jugak..
    selamat hari lahir utk suami akak.. beruntung dia ada isteri cam kak Azie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Selamat hari jadi in advance to Siti ya.

      Padam
  3. Slmt ulangthn buat husben sis. moga murah rezki selalu.
    pasti menarik bentuk kek karamel dibakar dlm mould berbentuk gini.kek nipun dah lama masuk dlm senarai...entah bila nak buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Mamasya. Harap harap kejadiannya menarik. Balik ofis nanti, baru boleh diterbalikkan dan ambil gambar

      Padam
  4. happy bthday wat ur hubby yer..dah buat jgk akhirnya sis..mmg sedap kan..nak tgok pic yg dh di terbalikkan mesti cantik nie:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Zila. Harap harap begitulah. Malam tadi, lupa nak sejukkan puding tu sekejap sebelum dituang kek. Harap ianya tidak tercampur sangat kek dg karamel tu. apa apa pun kena tunggu petang nanti...

      Padam
  5. Happy birthday utk hubby Azie....semoga panjang umur dan dirahmati Allah dunia n akhirat.
    Saya belum pernah buat lg kek yang ada puding karamel diatas,teruja tgk kek Azie ni nampak menarik sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norzie, terima kasih atas ucapan dan doa. I dah lama nak buat kek ni, tapi asyik bertangguh jer

      Padam
  6. hepi bufday buat abg zie..hahaha romantis gitu..akak nikee dah berkali-kali masuk blog ummi ni tak terbuat lagi sbb yaya tak suka makan kek coco..apaer pun harapan nikee cun melecun bila dah terbalik nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Nik atas ucapan hari lahir. I sendiri pun tak berapa gemar kek coklat tapi hanya sekadar ingin mencuba. Hubby dan anak anak pun tak berapa suka kek juga. Nnt kena bawa ke pejabat lah

      Padam
  7. Salam...
    nk tnya,mahal x harga acuan kek tu?.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Myda, tak mahal lah. Rasanya dalam RM55 gitu. Kalau tak silap lah. Tapi saya nak cari yang besar sikit supaya muat satu adunan kuih di atas

      Padam
  8. Selamat hari jadi buat suami kak Azie... kalau kat rumah saya Alhamdulillah semua ska kek...cuma puding jelly depa tak suka...pelik... tu laaa jarang buat puding kat rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. FnF, terima kasih atas ucapan hari lahir for my hubby. Seronok lah kalau semua suka makan, kita nak membuatnya jadi seronok juga.

      Padam
  9. Azie, the step by step tutorial is very good. Easy for me to follow. Will try this cake for my birthday :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, if you follow the the recipe and steps, it should turn up OK. My caramel is a bit soft as I added some water in order to make for 1 cup of milk. The lesson learnt is never modify the recipe if you are doing it for the first time.

      Padam
  10. Alahai, tergoda tengok kek ni kak...Eishhh..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, I buat ni sebab gara gara tergoda

      Padam
  11. Salam Azie. Cantik nya kejadian kek Azie ni, acuan nya pun cantik. Along belum berkesempatan mencuba respi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Along. Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjenguk dapur Azie yang tak seberapa ini. Saya sgt suka melawat dapur rumah Along juga. Sgt menarik dengan resepi resepi yang best semuanya...

      Padam
  12. Assalam Azie.. samalah kita.. i made this on my hubby's birthday too.. Happy birthday for yr hubby.. :)

    BalasPadam
  13. kak, bekas biru tu plastik ke? bole bakar ye dlm bekas plastik..ingtkan xboleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Yang ni memang blh dibuat utk membakar kek juga.

      Padam
  14. Balasan
    1. Saya tak pernah cuba, rasanya susah kerana kukus susah menghasilkan kek yang sempurna kerana kepanasan dan kedua kerana titisan air dari penutup pengukus

      Padam
    2. Terima kasih share resepi..jadi saya buat, sedap

      Padam