Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jom Pekena Cucur Ikan Bilis


Cucur Ikan Bilis

Selepas solat Asar saya cuma duduk rehat rehat sahaja. Agak petang sedikit, baru saya akan ke laman untuk menyiram pokok pokok dan memberi makan ikan ikan. Itulah rutin saya seharian terutama kalu di hari minggu seperti ini. Saya lebih suka berehat di rumah dari keluar ke mana mana melainkan ada urusan penting.

Tiba tiba teringat daun kucai yang masih berbaki dalam peti ais, kalau tak digunakan hari ini, pasti ianya akan jumpa dengan Cik Pah. Nak buat lain lain masakan pun, yang tinggal hanya sejemput jer. Nak buat cucur udang, udang pulak tak ada. Yang ada hanya udang harimau, kalau nak dipotong pun besar besar sangat. Selebar 2 jari, pasti tak sedap kerana udang kecil lagi manis untuk dibuat cucur udang. 

Akhirnya teringat ikan bilis Langkawi yang sedap sangat tu. Yesss jadi cucur ikan bilis. Guna bahan bahan mana yang ada sahaja. 


Cucur Ikan BilisCucur Ikan Bilis


Kebetulan semasa sedang menggoreng cucur, Nelly balik dari asrama. Beliau telah menamatkan peperiksaan semester akhir dan cuma tunggu untuk latihan praktikal sahaja sebelum menamatkan pengajian. Jom kita tengok resepi yang saya gunakan tadi. Sedap tau resepi campak campak Cik Zah ni... Rangup dan sedap dimakan begitu sahaja. hihihi layaann....

Cucur Ikan Bilis

Cucur Ikan Bilis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis - belah 2 kalau besar
1 ikat daun kucai
¾ cawan bawang besar putih - potong kecil
1 biji cili merah - potong kecil
¼ sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ cawan air panas thermos
½ cawan air biasa

Cara cara:
Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya. Jika terlebih cair, tambahkan ½ cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Biarkan seketika.

Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.  Angkat dan tos.

Sedap dimakan panas panas. Cicah dengan sos cili atau mayonis atau apa apa yang disukai.

Cucur Ikan Bilis

Cucur Ikan Bilis

Atau dimakan begitu sahaja. Sedap nyer digandingkan pula dengan Teh O kegemaran saya, apalagi Ahmed Tea la...


Cucur Ikan Bilis

Cucur Ikan Bilis


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

22 ulasan for "Jom Pekena Cucur Ikan Bilis"

  1. wahhhhh lg sekali kiter bertembung ek Azie, hehhe Azie buat cucur bilis D5 buat cucur jagung..D5 lom post lg tgh malas nk menaip hehhehhehhe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, itu tandanya serasi bersama. Kalau ada jagung, sedap juga dimasukkan dalam cucur bilis ni. Tapi tak ada stok. Cepat lah postkan tu, lama D5 tak post masakan ni.

      Padam
  2. Salam sis Azie. kalau cucur mmg laku buat minum ptg....lagi enak sambil nonton tv...tak sedap sepinggan dah licin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamasya, kalau hari minggu rasa rugi kalau tak memasak sesuatu sebab hari hari ni tak perlu berkejar dengan masa, apalagi nak mengejar cahaya matahari... Sambil menggoreng, sambil masuk mulut. Saya memang suka makan kosong jer, dah cukup sedap

      Padam
  3. Hidangan evergreen... dulu, kini dan selamanya! Memang cucur ikan bilis sungguh istimewa... buktinya, kerap kali buat untuk sarapan, anak-anak tetap makan habis, tak sempat cucur sejuk! Licin....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. sesuai utk semua masa, pagi petang dan malam. Ingat lagi masa SIL buat open house, cucur yg panas panas habis dulu dan lebih sedap

      Padam
  4. Cucur ikan bilis ni mmg fav i.Kalau letak sepinggan yang panas2 tu sekejap aje licin....mmg sedap.Diluar garing dan didalam lembut...tak tahan tgk cucur yang azie buat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Norzie. Tapi bentuk cucur tu tak bulat cantik kerana saya ni kurang sikit dalam bab berseni seni, asal sedap dimakan. Semua mesti nak cepat jer...

      Padam
  5. Semestinya sedap klu cucur ikan bilis dicicah dg sos cili...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahel, saya guna sos pencicah keropok. Tapi cucur ni sedap diratah begitu jer

      Padam
  6. Assalamualaikum Azie..wahh sedapnya cucur ni..mieza pun suka cucur ikan bilis..tapi tak leh la nak pasangkan dengan kucai sebab suami tak leh makan kucai..selalunya mieza cuma pasangkan dengan bawang besar je la..
    Azie, terima kasih sudi visit blog mieza..sebenarnya nasi serai mentega tu mieza makan dengan gulai darat tulang rusuk dan ayam kuzi kering..jemput la tgk resepi gulai darat tulang rusuk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mieza, wah gulai darat tulang rusuk dan ayam kuzi. Best nyer sebab dua dua tu lauk Kelantan kegemaran saya

      Padam
  7. woww.. nice shot darling.. cucoq pon sedapnyer nampak.. terasa lapar memalam ni singgah.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, nnt bagi feedback how to make it better ya. Masih tak sharp spt gambar karipap pusing you tu. really appreciate it..

      Padam
  8. Oh, ini mesti sedap! I love any kind of cucur and used to eat the cucur udang at the school canteen (that was 30 years ago. Adoi!) and I must try to make this myself.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, must try. Sedap. Rangup di luar tapi lembut di dalamnya. You can see also the best ever cucur udang in my blog. Can follow the exact measurement, turn up so nice

      Padam
  9. Salam perkenalan .Saya ni peminat setia blog kak Azie.Dah try masak banyak resepi-resepi kak Azie.Semuanya menjadi!Nak try masak cucur ikan bilis ni pula.Mesti sedaaaap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal. Cucur ni mmg feveret anak anak. Ikut sukatan tu, mmg secukup rasa

      Padam
  10. thank u for this recipe, saya baru cuba tadi.. tp sbb kat rumah xde daun kucai dan cili.. bawang pun ada sikit je.. kalau semua bahan ada mesti lagi sedap =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daun kucai menjadikan ianya tambah sedap, rasa manis

      Padam
  11. Cik J: Terima kasih atas resepi yg memang sedap dan umph ni...Ada sedikit cadangan...Air yang akan dimasukkan bolehlah dinyatakan "satukan", saya ni kali pertama nak belajar memasak, kawan recommend website ni best, mana tahu tepung yg dah disatukan dah dituang dengan air thermos dan dah mengumpal tepung tu, kena dibuang...terima kasih

    BalasPadam
  12. Mek buat yg ksg je kak azie. Doh lebih buat lempeng :)

    BalasPadam