Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Terubuk Masin Sarawak Pembangkit Selera



Ikan Terubuk Masin Sarawak Pembangkit Selera

Kawan saya Rosnani mengirimkan beberapa ekor ikan terubuk masin dari Sarawak. Terima kasih, Nani. Oleh kerana saya bercuti sakit minggu lepas, petang tadi baru berkesempatan untuk mengambil kiriman itu. Balik ke rumah jer, terus dibasuh bagi mengelakkan ikan menjadi terlalu masin sebelum disimpan di dalam freezer. Tiba tiba teringat untuk menggorengnya sedikit sebagai hidangan berbuka puasa. 

Memang berselera saya makan bila ada ikan masin ni.  Anak anak pula hidangan penuh meja dengan pelbagai lauk pauk yang saya hanya mampu melihatnya sahaja. Itu yang saya katakan, saya malas nak memasak di bulan Ramadan kerana mereka lebih suka membeli lauk pauk di bazar Ramadan yang pelbagai jenis tu. Mereka memilih sendiri lauk yang disukai masing masing. Aduh kena kawal nafsu di bazar Ramadan kerana tengok apa pun, semua nampak sedap. hmmm camner tu. 

Ikan Terubuk Masin Sarawak Pembangkit Selera

Hmm bercakap pasal nafsu, tazkirah malam ini bercerita mengenai mengapa diwajibkan berpuasa. Ianya adalah untuk memerangi nafsu, melatih nafsu yang memang agak degil untuk dilawan. Kalau iblis syaitan, ada cara untuk melawannya dengan membaca ayat ayat Al Quran atau azan, tentu mereka lari lintang pukang. Tapi kalau nafsu memang sukar sekali. Jadi dengan melakukan ibadah puasa, dengan tak makan dan tak minum, nafsu menjadi sedikit lemah dan senang lah untuk mengawalnya dan dipertingkatkan. 

Berpuasa bukan perkara baru, bukan hanya disyariatkan kepada umat Nabi Muhamad tetapi juga kepada umat umat terdahulu.  Banyak kelebihannya dan tawaran istimewa bulan Ramadan ini. Antara lain ialah berpuasa, bersolat terawih, malam Lailatul Qadar, ibadah sunat disamakan pahalanya dengan ibadah wajib, manakala ibadah wajib pula menyamai 70x ganda pahala dan yang akhir sekali Allah membuka pintu keampunan sampai akhir Ramadan kepada sesiapa yang memohon ampun dan bertaubat.

Jom kita sama sama merebut ganjaran berlipat ganda yang ditawarkan dengan memperbanyakkan amalan seperti bersedekah, bersolat sunat, membuat amal kebajikan dan apa apa jer supaya Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam hidup, juga semoga kita menemui malam Lailatul Qadar. Baca dan renungkan lah kawan kawan yang dikasihi semua. Juga memberi peringatan pada diri sendiri yang selalu lalai sedang baki usia semakin hari semakin sedikit. Jika tidak di bulan Ramadan ini, bila lagi????

Ikan Terubuk Masin Sarawak Pembangkit Selera

Ikan Terubuk Masin Goreng 
Oleh: Azie Kitchen

Ikan terubuk - potong kecil
Bawang besar - hiris
Cili merah - hiris
Perahan air limau nipis

Potong ikan terubuk kecil kecil dan goreng sehingga masak. Masukkan bawang besar dan cili merah hiris. Bila bawang besar dah layu, angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Perahkan air limau nipis ke atasnya. Siaaap dihidangkan dengan nasi putih panas panas.


Ikan Terubuk Masin Sarawak Pembangkit Selera


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Ikan Terubuk Masin Sarawak Pembangkit Selera"

  1. tubik air liur tgk ikan terubuk masin tu kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zura, mmg berselera sgt ada ikan terubuk masin ni. Apalagi kalau dimakan bersama sayur lemak atau kuah kari. Saya makan dengan sup cendawan, kurang ngam lah sikit wp tetap menyelerakan..

      Padam
  2. Assalam,

    Mohon izin puan utk copy & paste gambar serta resepi terubuk masin ini utk dimuatkan ke dalam fanpage saya. Backlink entry ini turut saya sertakan :)

    https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152856521810284&set=a.10150534516360284.635374.324656380283&type=1&theater

    Terima kasih

    BalasPadam
  3. mkn pulak dengan ns pns dan kicap...
    terangkat!!!!

    BalasPadam
  4. Kebetulan. Saya pun dpt terubuk masin tu drpd makcik yg ziarah anak menantunya di Sarawak. Saya pun masak mcm kak azie masak ni. Sedap. Menyelerakan. Tq kak azie. 👍

    BalasPadam
  5. Wow!! Dengar pun dh terliur..nak minta istri buat kan lah..pasti bertambah nasi saya makan. Huhu

    BalasPadam