Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

French Toast


French Toast Azie Kitchen

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana semua umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan esok dan akan mula bersolat terawih malam nanti. Mudah mudahan kita dapat mengambil kesempatan untuk menambahkan amal ibadat kita di bulan yang mulia ini. 

Saya akan mengurangkan aktiviti memasak kecuali di hari minggu kerana seperti biasa, anak anak akan lebih suka membeli di bazar Ramadhan. Lagi pun agak menjimatkan bila dibeli terutama kuih muih kerana kita hanya perlu sebiji dua sahaja. Manakala lauk pauk mungkin akan ditambah satu dua sahaja jika dirasakan perlu. Dengan cara ini juga, kurang masa dihabiskan di dapur. Al maklumlah saya tiada mempunyai pembantu untuk membantu mengemas dapur selepas itu. 

Di samping itu, puasa kali ini, banyak memberi cabaran untuk saya kerana saya perlu mengambil ubat ubatan selama sebulan yang menghadkan pengambilan makanan makanan pedas, berlemak, bersusu, bersantan dsb. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. 

Saya redha dan akan berusaha ke arah itu. Saya perlu menukar diet yang diambil atas sebab sebab kesihatan. Makanan yang berlemak perlu dielakkan, atau jika tidak dapat dielakkan dikurangkan. Atas nasihat doktor, saya perlu mengambil lebih sayuran, buah buahan dan ulam ulaman. Mungkin susah untuk ditukarkan secara sekali gus tetapi saya boleh memulakannya secara berperingkat peringkat.

Oleh kerana banyak sayuran segar yang tiada dalam simpanan yang boleh dimakan sebagai breakfast, hari ini saya menyediakan salah satu menu yang sesuai untuk mereka yang berdiet. Walaupun tak memenuhi saranan doktor sepenuhnya untuk saya mengambil hanya kuih dan lauk yang dipanggang, rebus atau stim.

Jom layan resepinya. Kiranya hari ini sarapan saya adalah berupa American breakfast....

French Toast Azie Kitchen

French Toast 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
2 keping roti 
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil gula 
¾ cawan susu - skip sebab perlu elakkan susu buat sementara, ganti dengan air
1½ sudu kecil ground cinnamon
Unsalted butter
Secubit garam 

Cara cara:
Pukul telur, susu, cinnamon, vanila dan gula bersama sehingga sebati dan ringan.

Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter. 

Celup roti ke dalam telur sehingga tenggelam dan letakkan atas kuali. Selepas 1 minit, diterbalikkan. Masak kedua dua belah sehingga menjadi perang keemasan. 

French Toast Azie Kitchen

French Toast Azie Kitchen

Hidangkan bersama syrup yang disukai.

French Toast Azie Kitchen


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

18 ulasan for "French Toast"

  1. sedap gk ni...ni menu bila xsempat nk wat breakfast pgi2..kihkih..senang, cepat n sedap di makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adda, ini sepatutnya menu sarapan kita kan. Hari hari kita makan nasi lemak, mee hoon sebagai sarapan. Lepas ni memang kena tukar diet dan pemakanan

      Padam
  2. Oh, I love this French Toast! When I was small, I like to tabur gula on top. Sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, American breakfast utk orang kurang sihat

      Padam
  3. Slmt Manyambuat Ramadan dan berpuasa buat sis Azie sekeluarga.
    jaga kesihatan dan pemakanan....moga sis tambah baik selepas ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Berpuasa utk Mamasya dan keluarga. Nnt jgn lupa post suasana berpuasa di sana. Ada ke kedai memjual lauk pauk macam tempat kita ni.

      Padam
  4. kak zie..kena kolestral ker...hmmmm..hati-hati yer..kak banyakkan makan sayur..kalau boleh akak tukar masakn sihat sahaja..akak..apa pun selamat berdiet..kalau tinggi akak cari bunga ratu pari..dibuatkan air baik tu kesihantan dan turunkan tahap kolestrol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, I kena ulcer dalam usus. Itu yg kena ambik antibiotik dan kena berpantang. Kena cari buah dan sayur juga untuk dimakan ...

      Padam
  5. Alhamdulilah Azie dah kuar hospital... N dapur azie pun dah mula berasap best2 leh kiter bertukar2 resepi bulan pose nnt ek hehhehhe.. Salam Ramadhan dr D5 tuk Azie sekeluarga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, saya akan kurangkan aktiviti memasak di bulan puasa ni kerana anak anak suka membeli di bazar ramadhan. Dapat bermacam macam lauk. Tapi kena masakkan untuk makan sahur jer. Itu pun tak perlu berkuah kuah, cukup goreng goreng dan masak kicap

      Padam
  6. salam ramadan Azie..
    semoga Ramadan kalini menjadi yang terbaik buat kita..

    French toast, hubby saya suka betul kalau breakfast dengan FT ni..
    senang pun senang, kenyang sampai petang he..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menyambut Ramadhan untuk Balqis dan famili juga. Hari ini saya letak sedikit serbuk cinnamon, lagi sedap. Kalau guna olive oil lebih baik dari guna butter

      Padam
  7. salam Ramadhan buat azie sekeluarga.Insyallah semuanya akan dipermudahkan olehNya jika kita berpuasa semata mata keranaNya.Cm doakan agar Azie dapat mengamalkan diet yang doktor syorkan tuInsyallah....Selamat berpuasa:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. CM, terima kasih. Ameen semoga saya dan kita semua dipermudahkan utk menjalani ibadah puasa. Insya Allah, kita sama sama mengejar pahala yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini.

      Padam
  8. Balasan
    1. Terima kasih, Gee. Selamat menyambut Ramadhan utk Gee dan keluarga juga. Semoga kita memperolehi ganjaran yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini.

      Padam
  9. kak zie jgn ambik masakan yg pedas..akak..mmg tak elok ulser ni...kak cuba yg sup2 jer ya....kalau boleh jgn yg pedas-pedas..take care

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu sedih malam tadi makan sup cendawan dengan ikan bakar garam kunyit jer. Macam makanan orang lepas bersalin pulak

      Padam