Alahai Sardin Roll Ke Sardin Puff Nih?
Kalau di Egypt, tempat anak sulung saya Nana belajar, mereka telah berpuasa hari kedua. Semoga Ramadan kali ini memberikan kita kesempatan untuk mengumpul sebanyaknya pahala dari Allah sebagai bekalan kita di hari akhir nanti. Hari ini saya hanya ingin berkongsi kuih yang saya buat petang semalam iaitu sehari sebelum berpuasa.
Sardin Roll memang kuih kegemaran saya. Saya boleh menghabiskan berapa banyak pun. Asal ada sardin, semua saya suka. Teringat lagi masa baru baru bekerja, saya menghadiri kursus Induksi bila dihidangkan dengan sardin roll sebagai hidangan semasa tea break. Memang sedap. Sejak itu, saya selalu minta mak cik di situ membuatnya untuk saya. Kalau saya berkursus, siap boleh berbisik lagi dengan staf yang in charge supaya memastikan kuih yang dihidangkan masa tea break adalah sardin roll.
Walaupun begitu, tak pernah pulak saya membuatnya sendiri sehingga lah Juita membuatnya sebelum ini. Tapi semalam semasa bersembang dengan Boy, terus dia katakan dia nak makan, kalau sardin roll. Jadi walau macam mana penat sekali pun, saya pasti membuatnya bila mengetahui anak anak menyukainya.
Tapi yang dibuat lain dan yang keluar dari oven lain. Macam mana kira kiranya tu. Buat sardin roll, masuk dalam oven juga sardin roll tapi yang keluar dari oven sardin puff. Magik kan? Yang sebenarnya saya menggunakan doh pastri ready made, ingatkan doh sardin roll, rupanya sardin puff.
Hmmm hajat nak makan sardin roll tak kesampaian lagi lah nampaknya. Apa apa pun asal sardin, habis juga sardin puff saya. Jom layan resepinya....
Hmmm hajat nak makan sardin roll tak kesampaian lagi lah nampaknya. Apa apa pun asal sardin, habis juga sardin puff saya. Jom layan resepinya....
Sardin Roll
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
300gm tepung gandum
120gm marjerin/mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)
Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah
1 biji kuning telur untuk glis
Cara-cara :
Inti Sardin :
Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata. Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.
Doh Pastri :
Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.
Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.
Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.
Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang) Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.
Nota:
Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air. Doh akan ranggup selepas dibakar.
Salam. Baru teringat ada puff pastry dlm esbox. Bagus utk bersahur ni.
BalasPadamZila, kempunan sardin roll ni. Nak kena lari masuk gua ni macam batu belah batu bertangkuk
PadamSalam sis. sardin roll ringkas tp sedap....
BalasPadamslmt berbuka puasa...
Terima kaih. Kami akan berbuka dlm beberapa minit lagi. Selamat berpuasa utk Mamasya dan famili juga
Padamakak pun ada pastri dlm esbok esuk lusa leh try ni Zie nmpak macam sedap ja.
BalasPadamSelamat berpuasa Kak Noor. I ni kalau ada sardin jer, mesti sedap nyer. Malam ni buat chicken pie. Senang ada ready made pastry kan.
PadamAssalam Azie.. hmm.. sedanyer sardine roll tu.. i love anything sardine too.. :-)
BalasPadamDear, nak buat sardin roll, keluar sardin puff. Salah pastri
PadamNak bakar sardin roll guna apiatas bawah ke?
BalasPadamtuu la azie i tngok pix nii mcm kulit puff pastry..tk pe yg penting nmpak menawan n yummy. thnks for d recipes
BalasPadamSis.. kalau buat frozen bakar 10 minit yg prtama je cukup x?
BalasPadampuff sardin sis.
Padam