Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap


Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap

Agar agar Tembikai atau Puding Tembikai ini adalah kuih yang disediakan petang sabtu. Sedari kecil saya memang suka sangat dengan agar agar tembikai dan teringin sangat untuk belajar membuatnya. 

Dulu bukan mudah untuk mencari resepi dan belajar kerana bukan semua orang tahu cara cara membuatnya. Tapi kini dengan ada kemajuan teknologi di mana dunia menjadi tanpa sempadan, maka perkongsian ilmu sangat lah mudah. Antara rajin dengan malas jer.

Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap

Saya memang teruja melihat warna agar agar yang menyerupai buah tembikai yang merupakan buah kegemaran saya juga. Tembikai sangat berkhasiat, dek kandungan lycopene nya sangat tinggi yang bertindak sebagai anti kanser. Malahan ianya lebih tinggi dari buah tomato disebabkan warna kemerahannya itu. Bagus jika diminum atau makan tembikai sebagai sarapan semasa perut masih lagi kosong.

Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap

Teringat peristiwa masa di sekolah rendah, tiap hari berjalan kaki ke sekolah yang jauhnya dalam 1 batu. Setiap hari juga akan melalui kebun tembikai arwah ayah. 

Satu hari bila tahap naughty dah tinggi,  saya bawa kawan kawan ke kebun tembikai, kekonon nak petik buah yang masak. Tanpa disedari, arwah ayah ada di kawasan situ. Dari jauh, bila dia ternampak budak budak berpakaian sekolah di kebunnya, difikirnya ingin mencuri tembikai. 

Apalagi arwah my father menjerit dan mengejar. Kami lari lintang pukang sehingga saya kehilangan payung dan sehingga kini tiada siapa yang tahu kalau saya lah sebenarnya ketua pada hari itu... oh oh nakalnya saya dulu dulu. Hahaha itu dulu, tapi sekarang very the prim and proper...  hehehe


Agar Agar Tembikai Yang Sangat SedapAgar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap

Berbalik pada agar agar tembikai ni, saya telah pernah cuba membuatnya dulu tapi telah gagal dan kejadiannya mengeciwakan walaupun rasanya sedap. Kali ini saya mengambil resepi dari blog Mutiara Kasih. Tapi saya kena akui yang kejadian agar agar ni pun tak sempurna 100% tapi yang mana boleh sorok, kita sorok lah ya. Malu malu... Lepas dah siap, baru kita cari jawapan kenapa agar agar kita macam ada 2 layer terpisah, rupanya cik Zah dah tuang sekali gus adunan agar agar ke dalam putih telur. 

Alahaai patut lah. Itulah jawapan yang saya jumpa dari blog Citarasawan di SINI. Resepinya ditulis dengan jelas siap step by step lagi. Tapi yang pasti rasa nya sedap, satu persatu masuk mulut sendiri sambil berposing, yang ni tak boleh sorok sorok. Rasanya seperti agar agar buih gitu, ala tekstur buah tembikai pun macam tu juga kan. Tak apa lain kali boleh rujuk dan guna resepi blog Citarasawan pulak.

Jom layan resepinya...


Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap

Agar-Agar Tembikai
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 paket serbuk agar agar (10 gram)
4 - 4 ½ cawan air (1 cawan = 190 ml) - guna 4 cawan jer
¾ cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur gred A (asingkan kuning dan putih )
Pewarna merah, kuning dan hijau
Sedikit kismis 

Cara cara:
Masak agar agar bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla. Tutup Api. Sejukkan adunan agar agar hingga suam suam kuku (anggaran 15-20 minit).

Pukul putih telur hingga betul betul kembang (jika terbalikkan bekas, adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.

Tuang 1 senduk adunan agar agar dalam satu masa (yg dah suam suam kuku tu) ke dalam bekas adunan telur sedikit demi sedikit hingga suam dan rata. 

Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk. Ulang sehingga habis. Jangan masukkan adunan agar agar suam sekali gus kerana ianya akan menyebabkan lapisan terapung dan terpisah dari agar agar. 

Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan, masukkan 2 sudu kecil pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi atau chopstik. 

Kacau dgn berhati hati supaya warna tidak terkena dasar bekas. 



Letakkan kismis di permukaan agar agar (sebagai biji buah tembikai). Sejukkan ke dalam peti sejuk.

Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap

Apabila agar agar sudah beku, keluarkan agar agar dari bekas dan dengan menggunakan berus, warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai. 

Biarkan pewarna mengering sebelum disimpan di dalam peti sejuk dan dihidangkan.

Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap

Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap

Nota:
Bekerja dengan putih telur perlu dilakukan dengan cepat kerana ianya cepat membeku.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Agar Agar Tembikai Yang Sangat Sedap"

  1. Asslm kak azie... cantik sgt agar2 tembikai Kak Azie...mmg mcm tembikai dah ni... aduhai... sayang lak nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. FnF, memang nak potong terasa sayang. Cantik juga dibuat hiasan di meja makan kan.

      Padam
  2. Hai lah hai cam ade connection je antara kiter ek, br pg td D5 n kawan bincang camne ler org leh buat agar2 nie...Memacam teori kiterorg bincang hehehhe D5 tak penah buat so xde idea lah, lain lah kawan D5 tu penah kerja ngan kitchen hotel so camne pun dia musti penah tgk hehheh.. Thanks azie kongsi resepi nnt D5 cube buat k hehehhe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, cuba buat. Bahan simple sgt. Buat pun cepat. Rupanya cantik. Rasanya pun sedap, kalau sejuk sejuk tu, 4 potong sekali jalaann. Gerenti D5 suker nyeer.

      Padam
  3. Assalam Azie.. waaa.. canteknya agar agar tembikai ni.. cute jer.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sheila atas kunjungan. Cute kan? Sambil makan sambil menengok, makan pun jadi main main lak

      Padam
  4. Gambar pun cantek sangat ni Azie.. sungguh ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, saya memang suka sangat sangat gambar yg Sheila ambil. Gambar sharp dan cantik sangat. Nnt bolelah kongsikan cara mengambilnya dan setting kamera. Memang kamera mahal yg Sheila guna. Saya cuma guna Canon EOS1100D.

      Padam
  5. Mekasih Azie.. camera my hubby tu Azie.. tapi saya guna NIKON, mungkin agak berbeza dengan Canon. Saya rasa Canon pun cantek jugak gambar dia dan lebih mudah untuk mengendalikannya. NIKON pun saya cuma tau guna yg basic ajer sekadar keperluan pic makanan saya.. lebih lebih saya pun pening nengok.. hehee..

    by the way, tadi dok godek godek blog setting n dah dapat masukkan link Azie dlm my bloggers' list.. barulah senang nak skodeng kann.. Assalam dear.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sheila. Saya mmg meminati gambar gambar yg Sheila paparkan. Cth kek lapis tu, mmg nampak moist sgt. Looks so real

      Padam
  6. Salam sis.cantik sekali agar2 tembikai...sekali tengok mcm tembikai betul. suka mkn yg sejuk....nyamann...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mamasya, makan selepas berbuka puasa, lagi sedap nih. Sejuk dan lembut mencair dalam mulut spt agar agar buih

      Padam
  7. nostalgia sungguh kak zie ore kelate jer tahu makn puding ni..hahaha kecik kecik dulu mama selalu buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, mmg banyak nostalgia di zaman kanak kanak dulu. Puashati kerana melalui kehidupan yang sepatutnya dilalui oleh semua kanak kanak. Berbasikal berbatu batu jauhnya hanya utk membeli magazine, tak ada risau apa apa pun berbanding dg sekarang bila tiada lagi erti keselamatan dalam kehidupan.

      Padam
  8. Tersangat lah rajinnya kawan saya ni..... Cantik

    BalasPadam
  9. slm kak..yg warna hijau n putih tu mcm mn yer nak buatnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Baca resepi dan cara cara penyediaannya. Saya dah tulis di sana. Insya Allah sgt sedap

      Padam
  10. salam kak knp erk kismis tu sy bt kn tak terapung mcm dlm gmbr dia mcm jtuh ke bwah 😥😥😥

    BalasPadam
  11. kalau xpakai kuning telur xboleh ker?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum nak tya yg saya x fhm 4-4 1/2 cawan maksudye 4 cawan airla berapa miter agak2 saya buat mcm cair..

    BalasPadam