Agar Agar Lumut
Agar agar ini dikenali sebagai lumut kerana rupa nya yang umpama lumut. Saya suka makan agar agar kosong seperti ini dari makan puding yang agak heavy. Selepas siap memasak Ayam Gulai Limau Purut di SINI, saya gorengkan ikan kerisi.
Sambil sambil tu, saya memasak agar agar untuk dimakan sendiri hari ini. Sebab jap lagi nak buat operasi mengemas rumah. Pelik juga saya ni, masa muda semua dibuat pembantu rumah. Hatta pinggan pun saya tak pernah cuci. Sebaik sampai di rumah, dia akan menghantar segelas teh O panas pada saya di bilik.
Tapi dah umur begini pulak, saya kena memasak dan mengemas rumah, belum lagi dikira bertaman. Semuanya saya lakukan sendiri dengan sekali sekala dan jarang jarang akan dibantu hubby. Anak anak? Hmm puas memanggil, tak juga turun turun. Jadi terpaksalah kerana tak sanggup nak menengok rumah yang berhabuk di sana sini.
Rumah saya dilengkapi dengan central vaccum yang saya cuma perlu tarik hos sahaja ke sana ke mari. Memang mudah tapi mudah mudah pun, sakit lor pinggang selepas itu.
Saya berbelah bahagi samada untuk mengambil khidmat pembantu rumah lagi kerana saya rasa lebih privasi tanpa pembantu rumah yang bekerja full time. Lagipun ada pembantu rumah menyebabkan saya selalu sakit hati kalau melihat rumah berhabuk dan bersepah. Kalau ada yang balik hari, mungkin saya akan pertimbangkan. Dulu saya tak pernah bayangkan hidup tanpa pembantu rumah, malahan saya pernah memberitahu hubby kalau saya tidak lagi bekerja, saya tetap mahukan pembantu rumah...

Ish ish ish pagi pagi dok pok pek pok pek. Jom lah layan resepi agar agar mudah dan sempoi ni....
Agar Agar Lumut
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
20 gram agar-agar strip
4 mug/gelas air
¾ cawan gula (tambah jika suka manis)
2 biji telur - pukul sedikit
Sedikit jus pandan atau pandan paste
Pewarna hijau
sedikit garam
Cara-cara
Masak agar agar bersama air hingga larut, masukkan gula dan masak lagi sehingga gula larut.
Masukkan pewarna hijau, jus pandan dan secubit garam. Masak hingga mendidih.
Tuangkan telur sedikit demi sedikit dikacau dengan pemukul telur supaya telur bergaul rata dan halus serta tidak berketul.
Tutup api dan masukkan dalam acuan yang disukai. Setelah agak sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Sedap dihidangkan semasa sejuk.
Tak pe pok pek pok pek Azie... release tension, kalau disimpan tambah sakit hati he he hehh
BalasPadamAmie pun suka makan agar-agar, tapi kalau dah buat terlebih sukalah pulak bila tengok anak-anak yang makan hik hikhikk.
Amie, rasa macam kurang air lah pulak sb tak terasa kenyal agar agar tu. amie tahu ke berapa gelas air sesuai utk 20 gram agar agar ya
Padam7 gelas air kalo 20g agar2..
BalasPadamOh terima kasih. Nnt saya update
Padam