Udang Mamak
Lauk yang dikenali sebagai Udang Mamak ni saya dah buat seminggu yang lalu tapi lupa pulak nak postkan. Saya ambik resepi ini dari blog Secubit Garam masa tengah memikirkan apa lauk yang nak dimasak untuk makan malam budak kecil 2 orang kat rumah tu.
Bila tanya Pak Cik Google keluarlah bermacam macam cadangan masakan. Jadi kerana melihatkan bahan bahannya, macam cukup jer, saya pun terus salin resepinya.
Udang harimau ini dikirim dari my friend di KK sebelum saya ke States lagi dan belum pun dimasak lagi sehingga kini kerana Boy tak suka udang, jadi tak ada lah pulak saya memasak udang masa dia ada di rumah hari tu.
Aween seperti biasa setiap kali selepas makan apa apa lauk yang saya masak, akan berkata "Mama, tanya sedap tak?". Selagi tak ditanya, selagi itu dia akan mengulang ungkapan feveret dia tu berkali kali. Bila kita dah tanya, "Sedap tak?" Dia sendiri yang akan jawab "sedap".
Kemudian dia akan bertanya lagi "Mama nampak macam penat jer". Nanti dia nak kita jawab "tak penat puun". Selagi tak jawab begitu, selagi tu dia akan bertanya soalan yang sama. Alahaai Aween, macam macam, layan jer lah. Hilang rasa penat pun bila ada anak yang boleh melayan kita camtu... Jom tengok resepi dulu...
Kemudian dia akan bertanya lagi "Mama nampak macam penat jer". Nanti dia nak kita jawab "tak penat puun". Selagi tak jawab begitu, selagi tu dia akan bertanya soalan yang sama. Alahaai Aween, macam macam, layan jer lah. Hilang rasa penat pun bila ada anak yang boleh melayan kita camtu... Jom tengok resepi dulu...
Udang Mamak
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
1 kilo udang
1 kilo udang
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan (guna sos ikan)
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kisar (letak 2 sb)
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah dan jus limau untuk seketika.
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan (guna sos ikan)
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1-2 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kisar (letak 2 sb)
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah dan jus limau untuk seketika.
Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau. Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari dan cili kisar. Goreng seketika.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, sos ikan, garam, gula secukup rasa dan digaul sebati.
sedap nyer nampak sungguh mengliurkan isk isk isk nnt d5 nk cube lah ;D..
BalasPadamD5, apa apa masakan ala ala mamak, memang kegemaran my hubby and children
Padam