Udang Goreng Butter Langkah Demi Langkah
Hooray hooray hari ini kita berjaya memasak Udang Goreng Butter setelah banyak kali percubaan bertahun lamanya tak pernah menjadi. Semua nya masuk bakul Cik Pah jer. Tapi hari ini selepas terbaca kejayaan Shiela memasak Udang Goreng Butter, saya jadi sangat teruja dan yakin untuk mencuba sekali lagi.
Sejak dari USJ lagi saya mencuba kerana anak anak termasuk Nana meminta saya memasak Udang Goreng Butter yang memang mereka gemari. Frust sangat bila terpaksa memberitahu mereka, yang saya gagal membuatnya bila mereka datang bertanya dengan penuh harapan, mana lauk udang butter yang saya masak. Saya dapat merasakan kekeciwaan mereka. Sejak itu, saya tak berani lagi untuk memberi harapan. Bila diminta memasaknya, saya akan memberitahu yang saya pernah mencuba tetapi tak menjadi.
Alhamdulillah, hari ini sangat berpuashati kerana akhirnya dapat menghidangkan Udang Goreng Butter yang dimasak sendiri untuk makan malam anak anak. Walaupun kejadiannya tidak sehalus yang dihidangkan di restoran, tapi rasanya sama sahaja. Anak anak juga makan dengan berselera kerana memang lauk ini adalah antara lauk kegemaran mereka.
Saya tersenyum puas melihat mereka menjamu selera dan rela tidak memakannya langsung demi memastikan mereka cukup dan makan sepuasnya... Boleh klik di SINI untuk melihat satu lagi hasil percubaan kedua yang telah menjadi dengan cantiknya.
Udang Goreng Butter/Buttered Prawn
Oleh: Azie Kitchen
Sarang Telur
2 biji kuning telur
1 senduk mentega/margerin
1 cawan minyak masak
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega/margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.
Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
1 senduk mentega/margerin
1 cawan minyak masak
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega/margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.
Udang:
12 ekor udang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
¼ cawan susu cair/susu segar
Sedikit mentega/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan mentega/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab mentega atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann..
¼ cawan susu cair/susu segar
Sedikit mentega/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan mentega/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab mentega atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann..
salam Zie, wah ada udang butter lah akak selalu buat tpi belum puas hati sampai kini,kalau boleh nak bertali yg panjang2 tu belum sukses insyaallah nnti nk try resepi Azie lagi mana tau sukses
BalasPadamSebenarnya yang dalam gambar tu halus jer tapi masa masuk dalam penapis, dah cair. Terpaksa buat lagi sekali. Itu yg kejadian floss yang di udang tu agak kasar
Padamdulu 1st buat kurang menjadi,.....lepas2 tu x pernah buat lg....pernah mkn sekali,my hubby bawak balik dr hotel....
BalasPadamI pernah buat beberapa kali dan semua tak menjadi hingga lah kali ini, baru menjadi selepas melihat cara cara membuatnya dengan betul. Seronok sangat sangat. Nanti nak buat, sotong pulak
PadamWahhh.. sudah cuba yer Azie.. Alhamdulillahh.. saya pun tumpang gembira dapat berkongsi resepi ini. Cantek tu sarang dia..
BalasPadamShiela, selepas memasukkan semua telur, ia menjadi berbuih. Macamana nak pastikan ia tidak melekat satu sama lain ya. Sebab masa berbuih tu, ia mula melekat dan tak jadi berjurai
PadamTerus kacau dgn memusing laju laju tu Azie sampai dia garing, then tuang jer ke talam tapis.. leraikan dengan garpu perlahan lahan.. camtulah saya buat..
PadamShiela, tak berbuih ke? Saya punya berbuih, jadi memang tak nampak kejadiannya. Main agak agak jer bila terbau seperti garing
PadamMemang tara dia nak garing tu, dia akan berbuih buih.. saya pon camtu.. Saya tak masukkan pulak pic masa dia berbuih buih tu sbb taknampak apa yg nak ditunjuk. saya pon main agak agak jugak. sesekali angkat sikit cepat cepat nak nengok dah garing dan bertukar warna ker belum. Tapi Azie punya ni pon dah cantek dahh..:)
BalasPadamOohh sama lah, saya pun buat macam tu. sekurang kurangnya, saya dah jelas tentang cara caranya. Kejadian Shiela lagi cantik. Nnt nak cuba lagi sebab anak anak suka sangat. Tapi kena buat resepi lain yang menggunakan telur putih juga.
Padamwah nak try la jugak... :D
BalasPadamTry lah. Tak sesusah yg kita rasakan
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamfirst cuba. tak berapa nak jadi. tapi the taste tu blh tahan la. nak buat sarang telur tu kurang menjadi. huhuhu cantik mama azie buat ;)
BalasPadamReplyDelete
Tengok sarang telur yg sedang disediakan dalam kuali tu sgt halus. Yg dalam gambar tu kurang halus.
Padammohon share yer :)
BalasPadamSilakan. Tiada halangan
Padamsepertinya susah bikin sarang telurnya ya...
BalasPadamIkut cara caranya, Insya Allah pasti menjadi
PadamTq azie saya dah berjaya....sekali try dah jadi...hhmmm mmg sedap
BalasPadamTahniah. Lepas ni boleh cuba lagi sehingga perfect. Jimat jika dimasak sendiri
PadamI baru try akak...tp td pg tak baca betul betul jd i cuma pake satu sudu minyak biasa dan dua sudu margarin... Patut sarang burungnya hancuuur hihi. Tp dlanjut aja. Sedap jugak.
BalasPadamBoleh cuba lagi. Pasti ia akan menjadi lebih baik
Padamsalam azie.....yani nk tanye telur tu jadi garing x or ranggup??sbb yani penah makan kat hotel telur nyr garing/ranggup...sedap sgt...cube buat sendiri mcm tu tpi x penah jadi...selalu telurnyr jadi lembik aje....
BalasPadamGaring. Tinggikan lagi supaya jatuhan telur halus dan garing
Padamokie....nnt saye try....tq azie..;-)
Padamkak azie...saye dh try buat dah...jadi sedap...huhuu berjaye...tpi kan...knp daun kari saye kecut layu jdi nye....daun kari akak nmpak garing jew....:-P
Padamhuh...sedapnya. nak google kedai makan yg menyediakan "butter prawn" terjumpa link ni
BalasPadamKena cuba memasaknya sendiri, boleh makan puas puas
PadamSalam Azie, nak tanya last step tu.....
BalasPadamTak soggy ke sarang telur bila dicampur udang+susu? atau udang dimasak hingga susu kering baru dicampur kedalam sarang telur?...Niza:)
Tak. Garing jer
PadamTQ ... InsyaAllah harini akan ku cuba ..... hhehehe ... Harap2 menjadi ....Niza...:)
Padampenah cuba wat ni..tp x penah jd...nnt nk cuba lg guna resepi Azie ni
BalasPadamCubalah. Insya Allah menjadi
PadamTerima kasih. Menjadi!!!!
BalasPadamAqidah
Alhamdulillah, so happy for you.
PadamAskm.... puan azie, masa nk buat sarang floss ke, goreng udang ke,guna api yang slow ke atau api yang sedan2 jer.... kdg2 nk wat sesuatu tu tgk juga keadaan api masa nk masak tu?
BalasPadamdah cuba tadi..walaupon x menjadi tapi kenyang dan sedap makan
BalasPadamKakak2 sekalian..bg kita2 yang memasak/mencuba utk membuat egg floss tu di rumah, selalunya takkan menjadi, ataupun, kurang menjadi..tak mcm yg kita selalu makan kat kedai, hotel dan sbgainya. Why? sebab kat rumah, almost 100% of us menggunakan dapur gas biasa..trick disebaliknya kejayaan membuat egg floss ni adalah satu je..menggunakan high pressure gas..yg dapur biasa takkan cukup panas utk membuat perfect egg floss n klu panas pun at the begining tp panas dia tak maintain n consistent, so thts why we always wondering why we continuously failed n why kat kedai continuously succeeded!
BalasPadamHappy cooking everyone :)
bru je try wat... egg floss x menjadi.. huhuhu.. rupenye kene goreng smpai garing... ni angkat2 still lembut lg... xpe.. esok wat lg.. btw, thnks utk resepi ni... :)
BalasPadamsalam ukhwah..
BalasPadamterima kasih untuk resepi ni. hubby da lama request na makan prawn butter ni. last friday buat untuk berbuka. alhamdulillah menjadi. repeat lagi untuk berbuka hari sabtu.. hihi.. thanks a lot..
goreng telur pakai benda kuning yg buat roti jala tu. confirm jadi halus floss telur tu
BalasPadamSalam kenal...
BalasPadamSinggah dan folo...:)
p/s Blog yang menarik , suka saya baca setiap catatan tentang hiasan taman dan rumah...:)....
maybe kurang minyak.biasa kalau letak minyak banyak senang.dia xmelekat akak
BalasPadamthanks sbb kongsi resepi..saya dh try buat, tp hubby kata xjd..huhu, xtau r sy sbb sy xpnh rasa yg original..sarang telur die pn sy buat mcm tergaring sikit..hehe..but my hubby request guna sotong xguna udang..bolehlah first try kn..huhu..anyway, jemputlah singgah blog sy.. http://permatahatibidadariku.blogspot.com/
BalasPadambutter atau majerin..mana yg lebih menjadi.
BalasPadam