Soto Ayam
Resepi ini ialah resepi yang saya gunakan untuk menyediakan Soto Ayam terutama untuk majlis rumah terbuka kami sejak berbelas tahun lamanya. Resepi ini saya perolehi dari Kak Yati, bekas rakan sekerja yang memang handal dalam bab masak memasak terutama masakan Johor.
Selain untuk majlis rumah terbuka, saya pernah juga menggunakan resepi ini untuk menyediakan soto untuk jamuan keluarga pada hari saya berangkat menunaikan Fardu Haji pada bulan November 2006. Bila saya menyebut saya sudah mengerjakan Haji, ada yang menulis kata saya takbur.
Sebenarnya dengan sentiasa mengingatkan bahawa kita adalah Hajah adalah lebih mengingatkan kita dalam bertingkah laku. Mempunyai duit berjuta, belum tentu dijemput Allah sebagai tetamuNya. Apalagi nak ber sms memburukkan orang lain, seolah kita lah yang terbaik.
Tinggalkan lah orang macam tu, Azie. Sabar jer lah, dalam hidup memang berlawanan baik jahat, syurga neraka, cantik hodoh kan. Mereka agaknya lupa, yang rezeki tu di tangan Allah. Itu sebab ada orang kawin tak dapat anak kalau rezeki belum sampai. Tak mahu saya mengikut rentak mereka yang jahiliah itu.
Ok berbalik pada resepi ini, setakat ini, saya memang berpuashati atau mungkin juga kerana saya tak pernah mencuba lain lain resepi soto kot. Jadi macam mana nak dibuat perbandingan kan? Hari ni saya jadi kembang semangkuk bila hubby memuji kuah soto saya yang sedap. Biasanya dia tak akan memberi feedback sehingga ditanya. Selain Soto Ayam, saya juga belajar membuat Masak Lodeh dengan Kak Yati di SINI.

Soto tidak lengkap tanpa begedil. Kerana begedil juga lah, hajat nak memasak soto selalu tertangguh. Kalau dulu, pembantu rumah saya yang akan ditugaskan memasak begedil. Walaupun membuat begedil tidak susah, tapi saya agak kemalasan untuk menyediakannya seorang diri.
Kalau dulu, begedil yang ditayangkan sebelum ini dibuat oleh Nana. Tapi semalam, tiba tiba jer ada bekas rakan sekerja yang datang ke office menjual makanan frozen. Saya pun terus membeli 2 pek begedil frozen. Dalam hati, terus terfikir untuk membuat Soto Ayam. Yeaay seronoknya... sorakan orang malas. Kalau sesiapa nak buat begedil sendiri, boleh tengok resepi di bawah atau resepi begedil saya dulu di SINI.

I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.

Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.
Sambal Cili
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Cuka
Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.
Bahan bahan Lain:
Taugeh – celur
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil
Begedil
7-9 biji kentang – rebus/goreng
1/2 kilo daging kisar
2 pokok daun sup - mayang halus
Bawang goreng
2 biji telur
Garam
7-9 biji kentang – rebus/goreng
1/2 kilo daging kisar
2 pokok daun sup - mayang halus
Bawang goreng
2 biji telur
Garam
as-salam sis..
BalasPadammalam2 nih terliur i tgk soto u sis, x tahan rasanya..terus perut munyi2..
Aduh sis, I tengah kembang semangkuk ni sebab dapat pujian dari hubby. Dia kata kuah soto ni sedap, sedap dimakan dengan nasi putih juga. Biasanya dia jarang bagi komen sehingga diminta.
Padamalhmdlhh sis..besar pahala dpt membahagiakan hati suami kan..
PadamAlhamdulillah, kita mahukan kehidupan abadi. Gunakan dunia sebagai vehicle to reach the destination. Semoga usaha kita mendapat ganjaran pahala dari Allah. Ameen
PadamLorr awat lak nk kate Azie takbur lak bukan ler guna pangkat hajjah pun isk manusia nie kalau nk dengki ngan org memacam benda leh jd punca tah ape2 tah..Btw sedapppppp nyerrrr soto tuuu isk isk isk mengancam jiwa sungguh lah..:D
BalasPadamD5,sahabat kesayangan ku. Terima kasih kerana menyokong dan mendampingi. Kebetulan pulak sebenarnya entri soto ni dimasak semasa kami bertolak ke Tanah Suci. Tak apa lah, semoga Allah tunjukkan dia jalan yang benar.
PadamSis, I baru lepas makan soto ni. Aduhai sedap lah sangat. 2 pinggan habis tadi, tak boleh nak stop.
SALAM AZIE.....NAMPAK SUNGGUH MENYELERAKAN SOTO TU....TANGKAP LELEH NENGOKNYA !
BalasPadamWslm Noor, terima kasih kerana sudi singgah. Jemputlah masuk. Nak bersila pun boleh
Padamrajinnya Azie buat soto ni rumit tau,kena banyak kaki tangan ni baru cepat,akak kalau buat tunggu raya hahaha baru ramai yg menolong tapi mmg sedap lah nampaknya ni..
BalasPadamKak Noor, memang lah best kalau ada pembantu. tapi kita sorang sorang jer bersilat kat dapur. tak ada siapa sudi bantu. sambil goreng nasi, sambil buat apam tepung beras, sambil juga buat soto. bergerak serentak gitu.
Padamsalam, best lah blog akak ni byk resepi yg sy nak cuba ada kat sini. utk resepi soto ayam ni untuk brp org mkn .sukatan air pulak camne?.klu kita x ltk santan x sdap ek?
BalasPadamAnazira, kalau seekor ayam utk makan 10 orang pun boleh. Kalau nak makan utk ramai orang, tambah jer bahan bahan rempah tu 2x atau 1/2x lebih dari sukatan biasa. Keunikan resepi ini adalah kerana ada santan. Ada resepi yang tak guna santan di dalamnya. Tapi saya suka sangat resepi ini. Hampir 20 tahun saya menyimpan dan menggunakan resepi mudah yg diajar oleh kawan saya dari Johor yg sangat pandai memasak.
Padamnak try la..lain dr yg lain sbb ada santan.:-)
BalasPadamIni resepi yg saya belajar dr kawan saya
PadamSaya dah lama cari resepi SOTO yang JUJUR.....dari bahan2 nyer saya dpt rasakan kesedapan sup soto nie...insyaalah akan saya masak utk keluarga hujung minggu ini..
BalasPadamTQVM for the recipe
Cubalah, berbelas tahun saya menggunakan resepi ini. Pada saya, ianya sangat sedap
PadamTerima Kasih kerana tidak guna rempah soto paket. memang resepi jujur ni.
BalasPadamResepi mudah boleh guna rempah soto. Kita cuma kongsi resepi yang kita gunakan.
PadamSalam..1st time tgk resepi soto ltk santan.klu nk msk utk 4-5 org je nk guna santan byk mne ye? Pas 2 x jd kuah lemak k klu bubuh santan? Hehe..sy mmg xpndai msk..name j org johor.xlme lg nk pndah phg, hsbnd request soto utk open hs.huhu..
BalasPadamWslm Hani,
PadamIni resepi yg saya belajar dari kwn yg berasal dari Johor yg memang handal memasak. Cubalah dulu, baru tahu sedap ke tidak.ini lah resepi yg saya guna bertahun tahun lamanya
salam.. ni resipi untuk berapa orang makan ye ??
BalasPadamTak pasti pulak. Saya hanya memasak dan makan berulang ulang. Memang banyak lah. Rasanya 10 orang boleh makan. Tengok mangkuk punya saiz lah
Padamsalam..mencari2 resepi soto..akhirnya bertamu di sini.. :)
BalasPadamemak sy handal memasak tp sy tak pernah nak kisah dan disebabkan handal maka semua takde sukatan..anaknya ini lagilah pening dan terkial2 mencari resepi...
t.kasih atas perkongsian dgn pix yg menarik.
eh.... guna santan jugak eh buat soto??? xtau pun hahahaha. neway ur soto looks delicious
BalasPadamVersi soto saya, ada menggunakan santan
PadamAssalamulaikum.. takut2 nak guna resepi dalam internet nie... takut tak jadi seperti yg dipaparkan.. saya tercari-cari resepi soto ayam.. nampak menarik n terlihat keikhlasan memberi resepi nie.. terima kasih kongsi resepi kat sini.. saya nak guna untuk open house hujung minggu nie bole...
BalasPadamSaya plak takut guna resepi dari majalah. Resepi dari blog, ada catatan tuanpunya blog, jadi lebih boleh dipercayai
Padamsalam kak..nak tya, berapa sukatan air tu ye?? nak try resepi ni utk open house this weekend,..
BalasPadamSaya tak pernah sukat tapi saya agak agak jer. Jangan banyak sangat hingga kuah jadi cair dan tak terasa rempahnya.
PadamTengah mencari resepi soto sebagai menu pada hari raya haji nanti. Selalunye mak yg masak,tp sekarang disebabkan mak ke mekah,sayalah take over dan terkapai-kapai cari resepi.heheh..
BalasPadamInsyaallah akan gunakan resepi ni untuk menu raya haji. :-)
askm Azie msti nak cuba tgk pun dah kecur sedapnya tq Azie for sharing ilmu...
BalasPadamAssalammualaikum sis!
BalasPadamSaya pun tak boleh angkat dgn pujian yg diberi oleh suami selepas mencuba resepi sis ni... Alhamdulillah dia suka... Mertua pun suka... Kata nya nanti nak bagi duit kat saya suruh masak lagi... Hehehe... Thanx sis for providing a complete recipe... Suami saya kata, wah ada sambal dan bagedil skali lah... Hehe!
Assalam kak..I hv tried one of your recipes - sup with fish bones. Sedap. My hubby said it was sedap too.
BalasPadamI believe that this recipe would work wonders too.
May Allah reward you for good dees, Aaaminn.
Assalamualaikum puan azie. Terima kasih resepinya. Sangat menyelerakan nampak. Saya baru beli bahan. Inshaallah nak masak esok. Semoga Allah merahmati puan azie.
BalasPadamSalam
BalasPadamKak azie,soto ni nampak sedap dan menyelerakan..saya nak try buat hrni..
Cuma nak tanya,brp sukatan air yg akak gunakan?ke main agak2 je?
as salam kak, saya org johor tapi tak tahu pula soto ni ada letak santan..heheh..tapi saya suka tengok soto akk ni, saya tgh cari resepi sbb nak buat buka puasa ptg ni, anyway, saya juga mohon share resepi ni dlm blog ye.tkasih kak.
BalasPadamSaya memang tercari2 resepi yg mudah ni..lgpun kawan selalu share resepi dr blog sis azie..mmg mudah n menjadi...tq sis
BalasPadamwan mie
Tq puan Azie.
BalasPadamsalam,, nk tnye ye.. kalau untuk anggaran 80 org, kira semua kena x8 ye? saya slalu guna resepi kak.. mmg sedap semua first time nk masak bnyak ni.. nk tnye tang serai, kunyit, dan halia.. pun x8 jgk ke.
BalasPadamSedappp sgt....mintak izin share respi.tq
BalasPadamTq puan azie..sy cari resipi utk ubahsuai jd soto vegetarian. Projek anak bongsu. Tq
BalasPadam