Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sira Pisang Raja


Sira Pisang Raja

Teringat semasa kecil, arwah ayah memang rajin orangnya, segala macam anika pokok buah buahan di tanam dan dia pun punya green fingers, tanam apa pun menjadi. 

Kalau pisang sekali ditebang dapat 1 atau 2 tandan. Biasanya ayah akan memeramnya di dalam rumah/pondok (saya panggil tepah padi) tempat menyimpan padi. Ayah saya seorang petani yang bertanam padi. 

Jadi saya selalulah menjenguk ke pondok itu untuk mencari pisang yang dah masak yang biasa ditutup dengan guni. Di situ juga tempat saya selalu main sorok sorok, suka berguling atas padi padi tu. 

Zaman zaman tu, mana ada game lain yang nak main. Saya banyak berkawan dengan budak lelaki jiran jiran saya. Jadi kalau ada sebiji dua yang dah masak, saya lah yang akan memakannya dulu. 

Biasanya pisang yang ditanam adalah pisang abu atau pisang kebatu dan pisang bunga yang ala ala pisang montel tu. Zaman dulu, itulah makanan kudapan yang ada pun. Bukan ada duit nak beli kuih muih. Nak makan kuih kena tunggu bonda saya memasaknya sendiri.


Sira Pisang Raja

Pisang Raja yang saya beli di Segamat memang cantik, besar dan segar. Kenapa ianya dipanggil Pisang Raja ya? Mesti ada yang istimewa dengan pisang ini. Saya sebenarnya macam ada satu persepsi, bila sebut jer pisang raja, saya akan membayangkan ianya pisang yang eksklusif, mahal dan sedap. Kalau di mana mana terjumpa pisang raja, mesti saya tak lupa untuk menyambarnya beberapa sikat. 

Sedap dimasak sira selain dimasak pengat dan dijadikan pisang goreng. Pisang Raja yang saya beli di Segamat hari tu, ada banyak biji pisang dan bersaiz agak besar, jadi sebelum ianya menjadi terlalu masak, menu hidangan petang kami hanyalah yang berasaskan pisang raja sahaja. 

Malam tadi sempat berbalas komen dengan sahabat yang baru kenal tapi mesra bak bertahun lama mengenali, Mamasya yang mencadangkan Puding Raja. Saya memang teringin nak buat puding tu tapi belum ada jala emas. Resepi pun dah ada, ambil dari buku Air Tangan Tengku Puan Pahang. Dari malam tadi, menanya di merata tempat kat mana ada jual ready made jala emas. Terima kasih atas cadangan tu ya, Mamasya. Kalau nak tengok entri Pengat Pisang Raja dengan Sagu boleh klik di SINI


Sira Pisang RajaSira Pisang Raja
 
Sedap sangat sira ni, apalagi selepas disimpan di dalam peti sejuk. Punya buruk perangai, sebelum keluar rumah pagi tadi, sempat lagi memakan beberapa ketul sira pisang yang diceduk dari periuk dalam peti sejuk. Hahaha pagi pagi dah makan sira dek teringat ingat kesedapannya.


Sira Pisang Raja


Sira Pisang Raja
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
4 biji Pisang Raja - belah 2 dan potong 2
1 senduk gula
Air secukupnya
1 helai daun pandan
3 kuntum bunga cengkih
Secubit garam
Pewarna kuning

Cara cara:
Masak kesemua bahan di dalam periuk kecuali pisang sehingga gula hancur dan mendidih.

Masukkan pisang dan masak dengan apu perlahan sehingga air gula kelihatan likat dan berkilat.

Bolehlah tutup api. Disejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Sira Pisang Raja

Sira Pisang Raja



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Sira Pisang Raja"

  1. terbaik la kak....mmg sedap nie...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syifa, sedap dan tak menjemukan. Terutama di makan sejuk sejuk

      Padam
  2. Azie puding raja mmg sedap d5 penah mkn, isk isk isk awat ler asyik terliur je nie best tul lah sira pisang Azie nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, hari ni dok terliur kat pisang lemak manis pulak sebab terbaca Puding Raja Pekan Pahang menggunakan pisang lemak manis

      Padam
  3. Salam, Kak Azie. Nak tanya, kalau saya guna gula Melaka instead okay ke? And kalau saya tak letak pewarna kuning, warna gula putih tu nanti cukup kuning ke lepas gula tu dah caramelised? Thank you, kak! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya sira menggunakan gula putih. Dan letak sikit pewarna

      Padam