Puding Pisang Emas
Saya teringin sekali nak membuat Puding Raja resepi tersohor dikatakan berasal dari Pekan Pahang. Seumur hidup, belum pernah lagi merasainya. Teruja sebab dikatakan sangat sedap. Tapi dah puas mencari jala emas, antara bahan utama puding raja, tak juga berjumpa. Tak best lah buat puding raja tapi tak cukup bahan bahan utama.
Jadi dek nak menghabiskan pisang emas dibawa belayar yang dibeli dari Segamat hari tu, saya bertanya lah dengan Encik Google. Antara resepi yang dicadangkan adalah Puding Pisang Emas yang berbeza sedikit dengan puding raja yang kuahnya cair tapi puding ni, kuahnya agak pekat.
Resepi ini diambil dari Mylittledapur2 dan melihatkan gambarnya, nampak sangat sedap menjadikan saya lagi tak sabar untuk mencuba sendiri.
Resepi ini diambil dari Mylittledapur2 dan melihatkan gambarnya, nampak sangat sedap menjadikan saya lagi tak sabar untuk mencuba sendiri.
Puding Pisang Emas
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
1 sikat pisang emas – dibuang kulit
1/2 cawan badam – digoreng (tak letak)
1/2 kismis - goreng
2 sudu besar minyak sapi* (tak letak)
Minyak untuk menggoreng*
Untuk Kuah Puding
1 tin (410 g) susu cair/sejat
1 biji telur – diambil kuning sahaja
Daun pandan – disimpul
1/4 tin susu (100 g) air
1/4 cawan gula (ikut rasa)
4 sudu besar tepung kastard
Esen vanila
Cara memasak:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Goreng badam dan kismis.
Pukul kuning telur bersama susu cair, tepung kastard dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Kemudian taburkan kismis dan badam.
Tuangkan kastard ke atasnya dan sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan sejuk sejuk. Sendukkan ke dalam pinggan untuk dihidangkan.
Aduhai....telan air liur nih=D
BalasPadamLP, sedap makan sejuk sejuk. Kalau makan siang hari lagi sedap. Ini malam malam, saya makan puding kerana akan outstation beberapa hari
PadamSalam...
BalasPadamsedapnya!!!
Wslm IeRA, memang sedap. Rasa pisang yang bergoreng manis tu bila kena dengan puding kastard, lagi lah sedap
Padam