Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Petola Masak Lemak Putih



Petola Masak Lemak Putih

Masak lemak putih adalah resepi yang sentiasa menjadi hidangan kami di kampung untuk memasak sayuran, tak kiralah sawi ke, bayam ke, kacang panjang atau timun. Ini juga resepi yang terawal dimasak oleh saya. 

Teringat lagi masa baru baru belajar, saya letak asam keping di dalamnya. Bila Kak Nik Bidah, sepupu saya dok ketawa di jendela sambil mengatakan mana ada orang letak asam dalam sayur lemak. Memang masa tu, saya tak faham apa maksudnya sehingga lah diberitahu my mom kalau masak lemak tak letak asam. Hahaha apa apa pun kita belajar kan? 


Petola Masak Lemak Putih

Ini pun masakan yang lama saya tidak memasaknya. Entah kenapa semasa di Giant semalam, ternampak cantik jer petola ni, saya pun ambillah sebatang. Kalau di kampung, pernah juga my mom buat solok dengan menggunakan petola ni. Inti solok di sumbat ke dalamnya. 

Masa dulu dulu, kami masak lemak putih dengan menggunakan ikan rebus yang ditumbuk dengan bawang merah tapi sejak akhir akhir ini, saya letak ikan bilis jer kerana bukan sentiasa ada ikan rebus macam zaman zaman dulu yang wajib ada di dapur masing masing.

Jom tengok resepi dulu...

Petola Masak Lemak Putih

Masak Lemak Putih Petola 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Petola - hiris nipis serong
5 ulas bawang merah - hiris
Sedikit ikan bilis - tumbuk kasar
Cili merah - hiris
Santan
Garam

Masak santan bersama bawang dan ikan bilis sehingga hampir mendidih. 

Masukkan petola sehingga agak lenbut, masukkan cili merah dan garam serta serbuk perasa. Bila petola lembut, angkat.

Petola Masak Lemak Putih


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Petola Masak Lemak Putih"