Percutian di Cairo
Rujuk catatan sebelum ini di SINI. Selepas balik dari melawat pyramid, kami dah berkejar pula untuk menaiki cruise. Aduhai melayan budak budak muda ni. Tapi sebab takut kesuntukan masa untuk sampai di sana, kami terpaksa mengambil bot menyeberangi Sungai Nil iaitu sungai terpanjang di dunia.
Walaupun pengalaman menaiki bot itu sangat best tapi sebab jantung dah kencang berlagu dek dihambat waktu kerana mesti sampai on time sebelum cruise mula bergerak, pelayaran dengan bot tak dapat dinikmati sepenuhnya. Semasa di dalam bot, dapat dilihat semasa berselisih dengan bot bot lain, ada macam acara makan makan dan tarian di dalam bot yang mundar mandir di Sg Nil.
Dalam cruise itu, ada lah show yang mengancam juga seksinya. Sambil makan makan kami dihidangkan dengan tarian gelek ala ala padang pasir. Kebetulan Nana dan kawan kawan juga meraikan harijadi Liza.
Semalam semasa di Asfour Crystal terserempak dengan beberapa orang Malaysia. Saya memang ringan mulut kalau bab bab gini. Bila dah berkenalan, rupanya Datin Rohani isteri duta Malaysia Ke Cairo iaitu Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, satu kampung juga dengan saya walaupun tak kenal. Kakak beliau berkawin dengan guru saya semasa di Form 6, SMB.
Apalagi beliau terus menjemput kami ke majlis Maulidur Rasul di kediaman rasminya keesokannya. Jadi memandangkan Nana dan kawan kawan dah rindu nak merasa masakan Malaysia, kami meluangkan masa juga untuk mengunjungi rumah Datin Rohani.

Selepas itu, kami ke Asfour crystal untuk finalise the purchase of the chandeliers. Lama juga lah kami di situ dan solat juga di situ. Semua cantik dan murah murah sehingga tak tahu yang mana satu hendak dipilih.
Lepas ke Asfour Crystal, kami ke bandar Cairo mencari kedai lampu kristal kot ada yang lebih murah lagi dari Asfour Crystal. Memang murah tapi masalahnya mereka tak reti nak packing untuk dibawa dalam penerbangan. Jadi susahlah kerana kristal ni sesuatu yang fragile. Bob pula mula menunjukkan minat untuk menjadi pengedar lampu kristal di Malaysia.
Malam itu, kami makan malam dengan burung merpati yang disumbat dengan nasi goreng. huhuhu saya tak suka rasa daging burung merpati, bukan seperti rasa burung yang pernah saya makan di mana isinya kental dan ala ala itik serati. Tapi daging burung merpati ni macam lembik lembik dan kenyal sikit. Bercinta nak memulakannya tapi hubby pujuk supaya cuba kerana ini adalah makanan exotic di sini. Aduish gerenti ini yang pertama dan terakhir lah untuk saya.
Selepas itu jalan jalan dan ronda ronda lagi sebab esok kami dah nak berangkat balik. Bila nak membeli apa apa, depa lah yang jadi jurubahasa untuk tawar menawar, kami hanya main bahasa isyarat jer.
Saat yang menyedihkan telah tiba bila kami terpaksa meninggalkan Nana dan kawan kawan dan meninggalkan Cairo dan bumi Egypt. Memang sedih sangat sangat melihatkan mereka melambai lambai ke arah kami yang masuk dengan beg dan barangan yang berbondong bondong. Lebihan muatan banyak dan lebih dari RM2 k juga.
Masalah komunikasi juga satu hal kerana mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Dengan segala kepayahan, akhirnya doa kami diperkenankan apabila ada sorang staff yang boleh berbahasa Inggeris telah sudi menolong dan membawa saya untuk urusan claim VAT. Tanpa pertolongan dia, memang susah kerana tempatnya agak jauh dan kalau bertanya, belum tentu ramai yang boleh membantu. Urusan claim selesai just in time sebelum check in masuk untuk penerbangan ke Dubai dan seterusnya ke KLIA.

looking forward utk jumpe aunty lagi bulan 10 nanti. insyaAllah. :)
BalasPadamDear Honey, aunty pun sama. Looking forward for your convocation. Hope we can visit pyramid again this October
Padam