Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pandan Layer Cake


Pandan Layer Cake

Malam tadi walaupun badan penat, mata dah tak boleh buka tapi saya ni degil giler. Masih juga nak meneruskan projek menyiapkan Kek Pandan Layer yang dah memikat hati. Akibat degil saya tu, sukatan 100gram nampak 10gram. 

Hairan kenapalah kastard ni tak pekat pekat, bila semak resepi barulah tersedar. Dah tahu buat salah, panik semacam pulak. Campaknya baki 90gram lagi gitu gitu jer, mahu lah kastard nya tak berketul ketul. Inilah kalau buat kerja dalam keadaan separuh hati dan separuh minda. Ini kes keupayaan badan dengan keupayaan minda tidak sekata. 

Pandan Layer Cake

Saya ambik resepi ini dari CMG my resepi, setelah tertarik dengan komen komen yang diberi oleh pembaca yang telah mencubanya. Bila rasa nak mencuba jer, dah tak boleh tunggu esok lagi, mesti nak malam ni juga. Memang tang hal hal gini, kesabaran saya agak kurang sikit tapi kalau lain lain, memang sanggup bersabar walaupun bertahun tahun lamanya... 


Pandan Layer Cake

Suatu masa dulu, suatu ketika dulu, kek Pandan Layer ini pernah menjadi pujaan hati. Sedap sangat terutama bila dimakan sejuk sejuk tapi kini dah bertahun tahun juga saya tak memakannya. Apa orang kata? Kemaruk semusim jer. 

Dari dulu pun, memang saya tak lah giler giler sangat dengan kuih kuih moden ni, kalau ada di depan mata, saya akan menjamahnya tapi kalau nak kena beli, rasanya idak leerr. Kampung girl lah katakan. 

Anak anak saya kata saya orang kampung sedang mereka orang bandar. Memang pun, tapi saya bangga sebagai anak kampung, mempunyai semangat yang jitu dan rajin berusaha untuk memiliki apa apa jer dengan titik peluh sendiri. hahaha memuji diri pagi pagi ni sebab malam tadi tidur dengan muncung...


Pandan Layer Cake

Pandan Layer Cake
Saiz kek: 8 x 8 x 3 inci
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan Kek:
5 biji telur Gred A
160 gm gula
125 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder* (*disatukan dan diayak)
75 gm minyak jagung
15 gm ovallate
1 sudu kecil paste pandan
2 sudu besar susu segar/cair

Bahan bahan Kastard:-
1050 gm santan ( 200 ml santan kotak + air)
225 gm gula
10 gm serbuk agar agar
1 sudu kecil paste pandan
100 gm tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 daun pandan dgn 75 ml air dan tapis)
Secubit garam

Untuk Kek:-
Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.

Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.

Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. 

Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bahagian tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong secara horizontal menjadi 3 keping dengan pisau bergerigi. 




Untuk Kastard:-
Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Matikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.

Untuk Membuat Lapisan Kek Pandan:-
Gunakan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit.




Tuang lagi 1/3 kastad di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.

Pandan Layer Cake


Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering, jika suka. Dengan cara itu, kita bolehlah tutup kekurangan kek yang ada.

Bahagian yang berkastard tu di atas dan kek di bawah. Ini bermakna kek ni dimulai dengan bahagian kastard dan akhir dengan kek..

Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam dan potong serta hidangkan semasa sejuk sejuk.

Pandan Layer Cake
Nota:
Gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yang tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yang kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yang telah dilapis dengan kastard utk dikeluarkan...



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

16 ulasan for "Pandan Layer Cake"

  1. mcm best......na try...

    BalasPadam
  2. nak tanye..kalo buat kastard tu tak gune double boiler takleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa tak nak buat? Kan mudah jer membuatnya. Saya tak pasti kerana tak pernah cuba. Saya ikut resepi jer

      Padam
  3. Nk tnye kalu selain tepung hoen kwee boleh gnti dgn tepung aper lg?

    BalasPadam
  4. sebelum ni tak pernah rasa puding pandan layer ni.. minggu lepas kwan bagi rasa memang sedap sngat.. alhamdulillah terjumpa blog sis tentang cara nak buat puding tu.. mohon share yer sis...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum azie:) tqsm for this resepi..akak dh mencuba dn menjadi..alhamdulilah..tnx for sharing dear..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...Nk tya..air +santan kotak tu nk dlm 1 ltr ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satukan santan dg air secukupnya sehingga sukatan santan yg diperlukan.

      Padam
  7. Salam.. Nk tnye la.. Kenapa kastad saya lembik ye.. Walopun da semalaman dibiar dalam chiller..

    BalasPadam
  8. Aslkm..klau kek tu nk kukus bole x

    BalasPadam
  9. sye da cube kebanyakkn kek dri blog azie.. alhamdulillah semua menjadi. terima kasih share resepi2 yg best2 . mohon share ye..

    BalasPadam
  10. Salam aka saya da cuba, alhamdulillah jadi dan sedap...tak manis sgt saya suka

    BalasPadam
  11. Salam kak saya nak tanya kalau pandan layer ni atas dia kita buat cheese leleh okay tak?

    BalasPadam