Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah


Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah

Saya belajar Nasi Goreng Sambal Belacan dari Wan Azian, kakak ipar saya lama dulu. Selepas mengajar pembantu rumah cara cara membuatnya, saya tak pernah lagi memasak sendiri. Jadi saya dah lupa bahan bahannya dan terpaksa agak agak jer. 

Yang saya ingat, bahan diguna tu ala ala sambal belacan jer. Itu sebab tak perlu dimasak lama kerana sambal belacan boleh dimakan begitu sahaja. Nasi ni akan menjadi sedikit kekuningan kerana menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam kunyit. 


Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah

Saya suka sangat nasi goreng ini terutama terasa bawang bawangnya yang cuma dihiris hiris. Memang lain dari nasi goreng yang biasa saya masak dan makan di mana mana. Nama pun saya tak tahu, jadi saya namakan Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah. Kakak ipar saya ni memang handal memasak. Apa yang dimasak semua sedap pada selera saya terutama sambal tumis udang dan kari ikan nya. 

Aduhaaaii. Kalau dengan dia, saya pasti tak akan memasak kerana apa yang saya masak, pasti tak menjadi. Saya ni jaguh kampung, memasak untuk hubby dan anak anak jer yang handal. Sebab suami saya seorang yang sangat memahami dan tidak cerewet. Apa sahaja yang saya masak, akan dimakan dengan tak ada banyak komplen. Kalau saya tak mahu memasak pun tak apa, dia akan beli makanan mengikut pilihan masing masing.

Nasi Goreng Sambal Belacan Kak NyahNasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah

Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, saya tak suka ke dapur kerana tak tahan panas tapi saya suka menyimpan resepi makanan kesukaan saya. Saya telah punya buku resepi sendiri sejak di bangku sekolah menengah rendah samada yang ditulis tangan atau dari keratan majalah yang digam di dalam buku resepi. Saya memang jenis yang cepat berpeluh dan bila dah panas berpeluh, mood pun jadi tak betul. Alhamdulillah, saya mempunyai ijazah yang melayakkan saya bekerja di pejabat dalam suasana dingin nyaman. Kadang kadang saya selalu terfikir bagaimana agaknya mereka yang bekerja di tengah panas terik mentari seperti menyapu sampah di jalan raya dsb. Kesian mereka yang tentunya terpaksa menahan kulit dimamah mentari yang panas terik seperti kedua ibu bapa ku suatu masa dahulu. 

Selepas berkahwin pun, saya tidak memasak kerana hubby tak mahu saya kepenatan lagipun kami makan berdua sahaja. Selepas berpindah ke rumah sendiri di USJ, saya mempunyai pembantu rumah yang melakukan semua tugas memasak terutama untuk anak anak kerana saya banyak makan di luar. Hahaha tak suka sangat masakan pembantu rumah ni. 

Bila berpindah ke Villa Nur Qaseh, barulah berjinak jinak ke dapur selepas melihat Nana dan Juita rajin ke dapur memasak masakan kesukaan mereka. Nana pula selalu bercerita bermacam macam masakan yang dimasak di Egypt. Haaa sekarang saya seolah budak yang baru mendapat game baru, hobi baru. Kalau sehari tak ke dapur, terasa kekosongan sangat pada hari itu. Rasa tiada pengisian... Badan pun akan jadi penat kerana tiada sesuatu yang mengujakan minda.

Jom kita layan resepi ini yang saya cuba recall satu persatu. Pagi ini saya tidak membuat ayam goreng, sebaliknya saya makan dengan keropok lekor yang diberi oleh sahabat baik saya, Yarina. Saya memang suka sangat sangat dengan keropok lekor terutama dari Terengganu..

Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah

Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5-6 tangkai cili merah
1 besar ibu jari belacan
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Ayam - potong kecil (opsyenal)
Segenggan Ikan bilis
Garam
Sayuran disukai
2 biji telur 
Nasi

Cara cara:
Tumbuk cili merah dan belacan kasar kasar. Ayam dibubuh garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan goreng ayam. Angkat dan ketepikan bila dah masak. Goreng pula ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan.


Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng sekejap jer. Kalau suka, pecahkan telur sebelum dimasukkan nasi. Masukkan garam dan dikacau rata.


Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah

Tutup api dan masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata dengan nasi yang digoreng. 

Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah

Boleh tabur bawang goreng dan daun bawang, jika suka. Makan nasi goreng dengan ayam yang telah digoreng.

Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah"

  1. Ya Allah sedapnya.. pagi2 tengok nasi goreng. Terliur dibuatnya.. Tq ya share resepi. boleh try ni.. :D

    www.mqvitashop.com

    BalasPadam
  2. Baru pas siap buat nsi goreng ni .. sedap .. btw tq share resepi ..

    BalasPadam