Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai
Oleh kerana malam tadi ada lebihan nasi yang dimasak untuk makan malam, saya sediakan nasi goreng untuk sarapan sebelum berangkat ke Segamat untuk menghantar Boy ke UiTM bagi meneruskan pengajian tahun kedua beliau pagi tadi.
Mana mahu nasi tak berlebihan sebab petang petang hari saya memasak Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut hingga Aween bertanya kenapa mama masak makanan untuk makan pagi di waktu petang. Jawab saya, mee hoon ni sama jer dengan mee, boleh dipesan anytime jer di kedai mamak tu. Hahaha sebenarnya saya pun tak tahu kenapa tiba tiba jer semalam terasa nak makan mee hoon goreng pulak walaupun dah petang hari.

Saya juga menyediakan Kuih Kaswi Durian pagi tadi. Sambil sambil menyediakan Kuih Kaswi Durian di SINI, saya menyediakan bahan bahan untuk Nasi Goreng Ikan Masin Ala Thai. Bila kuih kaswi sedang dikukus, baru saya mula menggoreng supaya nasi goreng dapat dihidangkan panas panas.
Bahan wajib untuk masakan ala Thai ialah sos ikan. Oleh kerana saya dah beli sebotol besar sos ikan, terpaksalah memasak masakan ala ala Thai untuk cepat dihabiskan. Masakan melayu pun sedap juga dimasukkan sos ikan ni, bukan masakan Thai jer. Malah apa apa masakan pun sedap jika dimasukkan sedikit sos ikan seperti kerabu mangga di Chicken Rice Shop yang sedap tu.
Saya memang suka Nasi Goreng Ikan Masin ni tapi tak bolehlah selalu selalu kerana bahan utamanya ikan masin tu tak sesuai untuk orang berusia kerana kandungan garamnya yang tinggi boleh mengundang pelbagai jenis penyakit pula.
Untuk hidangan pagi ni, saya goreng telur mata kerbau untuk hiasan. Nak cepat tadi, cari daun sup pun tak jumpa, tak sempat nak hiris cili merah atau nak tabur bawang goreng pun... Semua terkocoh kocoh sebab hubby kata pukul 9 nak bertolak takut jalan jam sedang kuih saya masih atas kukusan. Sebelum dihidangkan saya cepat cepat snap beberapa keping gambar sebelum hubby bising kerana dah terlambat...

Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
Nasi secukupnya
1/2 labu bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih -di ketuk
8 biji cili padi - diketuk
3 keping ikan tenggiri masin- buang tulang
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
2 helai kailan
1 btg kacang panjang - dipotong kecil
Karot - hiris panjang
2 biji telur
Sedikit garam - rasakan dahulu
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis ikan masin, tekan tekan sikit dgn sudip supaya hancur. Bila ikan masin nak garing masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau masukkan sos tiram dan sos ikan.
Masukkan kacang panjang, karot dan kacau hingga karot lembut.
Ketepikan rencah dan tuangkan telur. Masukkan nasi dan kacau supaya telur bersalut dengan nasi. Boleh letak garam sikit kalau belum masin.
Bila nasi dah nak masak baru letak daun kailan.
Siap utuk dimakan....
rase mau terbang ke umah Azie hehheheheh terliur sungguh..
BalasPadamD5, jom kita sama sama bersayap. I pun berfikiran sama dg D5, kalau kita berjiran dengan sama sama food blogger, best kan. Boleh bertukar tukar masakan. Makan yang homemade ni tak sama dengan yang beli di kedai walaupun di 5 star hotel.
BalasPadamHah tul tu hehehhe tambah lg nk pose nie best nyerrr...Semenjak dua menjak D5 masak mkn kat umah nie pun happy jer dpt lak idea resepi dr kawan2 food bloger terbaek sgt :D
PadamInsya Allah, puasa tahun ni kita cuba masak lauk yang best best terutama yng simple dan cepat disediakan.
PadamInsyaallah Azie, kalau tahun nie d5 jual kuih raye (kalau jd ler) d5 akan bg resepi kuih raye heheh masak tu musti yg simple2 org bujang ler kannn slalu nyer bukak pose d5 mkn kuih jer yg hebat2 d5 mkn tang sahur hehehhe...
PadamI pulak kalau sahur makan simple jer. Tak lalu. dapat ikan goreng atau telur goreng dengan nasi putih pun dah cukup
PadamSalam Sis. suka nasi goreng ikan masin...sedap tp anak2 tak pandai lagi mkn ikan masin...jadi jrg masak nasi goreng gini.
BalasPadamre; sypun suka kalau bercuti atau ke mana2 tempat, selain tengok view...tengok apa makanan mrk yg special....kalau dpt tengok cara mrk masak lagi bagus.nantilah jika ada kesempatan kongsi lagi makanan Arab.
Mamasya, itulah nasi goreng mcm ni selalunya budak budak tak berapa gemar. Selera depa lain sikit. Saya suka sgt nadi mandi jibal riddan di Madinah. Sedap sgt. Depa masak dlm tanah. Kalau you berkesempatan, ambil gambar step by step ya.
Padamnak try masaklh
BalasPadamAssalamualaikum.. Sis sos ikan cap apa.. Up pic bole
BalasPadam