Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Udang Sedap

 Mee Udang Sedap

Entah kenapa malam tadi Aween minta saya membuat Mee Udang dan Chicken Pie lagi. Saya fikir kalau Mee Udang bolehlah dimasak hari bekerja tapi kalau Chicken Pie kena hari minggu kerana agak remeh sedikit menyediakannya. 

Resepi ini saya ambil dari blog Diari Zaliedana yang nampak gambar yang ditempek macam sedap sekali. 


Mee Udang Sedap

Semalam saya mengambil cuti separuh hari petang, jadi selepas pergi body massage, balik rumah memasak mee udang yang diminta. Saya pernah sekali membuatnya dengan menggunakan resepi yang sama. Klik di SINI jika ingin melihat mee udang yang dibuat sebelum ini.

Jom layan resepinya....

Mee Udang Sedap

Mee Udang Sedap 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 ekor udang besar (ikut suka)
6 ekor udang kecil buang kulit
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji tomato buah
1 biji ubi kentang - rebus
Garam, gula, serbuk perasa
sos tomato
sos cili

Bahan hiasan:
telur - rebus
sawi - celur
cili merah - hiris
bawang goreng
daun bawang - hiris
Mee - celur

Cara cara:
Blend bawang putih dan bawang merah hingga halus dan tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng hingga garing.

Sementara itu, ubi kentang direbus sekejap dan di kisar bersama udang kecil, udang kering yang ditumbuk terlebih dahulu, tomato buah hingga halus.
Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.  

Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan serbuk perasa. 

Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

Ada juga yang masukkan fish ball sebagai bahan rencah mee udang. ikut suka masing masing.

Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai.

Mee Udang Sedap

Mee Udang Sedap

Mee Udang Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

27 ulasan for "Mee Udang Sedap"

  1. asslm Kak Azie...mmg nmpk sedap tu..myelerakan tgk...kuahnye pon nmpk pekat tu...tliur sudah kak...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, I mmg suka mee udang yg kuah pekat macam kat Mee Udang Salwa di Teluk Kumbar. Kalau mee udang di Sungai Dua, cair cair jer.

      Padam
  2. Mak aiii kuah dia...lelehhhh!!! tq Azie sebab selalu nyinggah dapur saya..kadang2 mmg x dan nk bawak tipuware pow makanan kat sini...:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga pada Chah kerana sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni. Saya suka tengok blog Chah dengan prop pelbagai, pinggan mangkuk yg pelbagai bentuk dan gambar gambar yg berseni sekali. Saya banyak pinggan mangkuk tapi tak ada yang pelbagai shape. Share lah mana beli semua tu. i baru nak buat collection

      Padam
  3. First class punya mee udang......!!!! memang memikat hati ni...!!..baru beli udang yesterday, klu sempat nak try buat ikit recipe mee udang cik azie lah kali ni...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shima, licin satu kuali. Anak saya siap minta gi beli mee lagi 1 pek. Yummy

      Padam
  4. Salam sis. sedap nampak mee udang...sy mmg suka mee udang. nanti boleh cuba resepi ni pula....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Mamasya, memang sedap mee udang esp kalau guna udang fresh. Cuba lah

      Padam
  5. Ini utk berapa org? Sis boleh x bagi resepi mee udang yg bahan2 nye utk 10 org..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti sb dibuat utk makan sendiri. Makan berulang ulang. Blh cuba double kan

      Padam
  6. Salam Kak Azie,

    Terima kasih banyak kongsi resepi ni ya. Alhamdulillah memang menjadi. Saya minta izin copy paste ke blog sy ya kak. Kalu senang2, lawatlah blog sy di mrscancer.blogspot.com :)

    BalasPadam
  7. Salam Kak Azie

    Saya bersyukur dapat belajar banyak resepi dari blog Kak Azie ni, especially resepi Mee Udang. Saya buat resepi ini masa open house di rumah mertua dan rumah mak, sambutannya memang luar biasa!!! Kuah licin dan tak cukup, semua kata sedap dan saya pun promotelah blog Kak Azie :) alhamdulillah gembira sgt bila org puas hati makan :)

    BalasPadam
  8. Tadi kebetulan g pasar beli udang... tiba2 tekak ni teringin pulak nak makan mee udang... rasa nya nk mencuba resepi cik azie malam ni... harap2 menjadi lah... tq cik azie sbb bnyak bagi info resepi... rasanya dah bnyak resepi cik azie yang saya dah follow... mintak halalkan ilmunya ye...

    BalasPadam
  9. baru nak mncuba masak mee udang untuk hubby..harapnya menjadi ari ni...

    BalasPadam
  10. Boleh tau cili kisar tu cili boh ke atau cili fresh diblend?sy budak bru belakar.tq!

    BalasPadam
  11. Kebetulan baru rebus kaki tgn udang galah ytk d buat kuah.cari menu terus click yg ni...tkaseh pn azie

    BalasPadam
  12. sy dah try.. alhamdulillah sedap sgt2.. mmg kna dgn slera rasanya..puas makan :-D
    tq so much sis azie! <3

    BalasPadam
  13. Assalam.. tq share rcepi yg maveless ni.. sy dh try mmg sedap sgt2 .. ayh la request nk mkn utk berbuka.. mak ayah puji sedap! rasa mmg tiptop puas ati makan..hehe
    Mekaseh ye sis azie ;)

    BalasPadam
  14. Baru nk cuba buat ptg ni....kak azie, terima kasih atas resepi...

    BalasPadam
  15. Sedap.da cuba buat ptg td. Tq tuan empunya resepi

    BalasPadam
  16. saya dah buat.. memang sedap. =)

    done follow

    BalasPadam
  17. This was a really great contest and hopefully I can attend the next one. It was alot of fun and I really enjoyed myself.. http://theluxehouse.com/treatments/body-massage-singapore/

    BalasPadam
  18. Salam sifu Azie. sy mulai mengikuti resepi2 blog ni yang kebyknnya mudah & sedap. Terima kasih krn sudi bkongsi ilmu.
    Utk resepi mi udg ni kalo guna spaghetti ok tak? RS akn brubh tak?

    BalasPadam
  19. Salam sis,
    Tq kongsi resepi..saya br buat tadi...mmg sedap... Saya pun jenis suka kuah yg pekat..
    Tq sis

    BalasPadam
  20. Saya dah cuba dan memang terbaik...ramai yg memuji...terima kasih Azie....
    Kak Lieza

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah. Sy dah cuba resepi ni. Satu family suka sebab sedap sgt. Tk sbb share resepi ni.

    BalasPadam