Majalah Jelita Jun 2012 - Ulasan Blog Azie Kitchen
Secara spontan saya ketawa mengekek ngekek pagi pagi lagi. Bukan apa, saya membaca entri di blog Qasey Honey untuk melihat apa resepi beliau yang dimuatkan dalam majalah Jelita Jun, apabila terpandang sesuatu yang biasa ku lihat. Haaa ... Ternganga jap, blog Azie Kitchen pun masuk juga dalam majalah Jelita bersama blog Qasey Honey dan blog Bila Chah Ke Dapur. Alamaaak, biar betuuul, kata kata yang terpacul dari mulut saya. Maklumlah blog saya tu blog sempoi jer, blog macam kelas dewasa zaman zaman dulu, bila orang tua masuk kelas untuk belajar ABC gitu. Itulah perumpamaannya diri saya dalam bab masak memasak ni.
Saya mula berblog pun secara tidak sengaja selepas sesuatu kejadian yang meruntun hati bila diri dipermainkan orang sesuka hati. Saya mula menutup website berkenaan yang sebelumnya saya buka siang dan malam, tidak lagi mahu menoleh ke belakang kerana percaya di hadapan, kebahagiaan sedang menunggu. Kebetulan hubby ada menghadiahkan ipad untuk kegunaan sebelum itu. Jadi bagi mengisi masa lapang, saya mula bermain main dengan ipad mencari maklumat maklumat dalam website, internet dan blog blog.
Sebelum ini, saya meletakkan resepi yang dimasak di dalam facebook. Bila terfikir untuk memasukkan ke dalam blog, seorang sahabat fb memberi maklumbalas untuk meletak dalam blog kena ada banyak resepi. Itu yang saya rasa tercabar dan seperti pelari marathon saya membuat pengisian. Tambahan lagi, saya memang meminati fotografi. Selepas memasak, saat meletakkan foto adalah saat yang paling disukai. Tetapi masa cemburukan saya kerana saya tiba di rumah setiap hari pun agak lewat, kadang kadang pukul 8 malam, jadi bila mahu memasak, bila mahu update blog dsb. Tapi kini hubby telah mendapatkan seorang driver untuk mengambil dan menghantar kedua dua orang anak yang masih bersekolah di USJ. Jadi saya tiba di rumah lebih awal dan sempatlah ber marathon di dapur dan sempat mengambil gambar sebelum sebelah malamnya membuat update. Hidup lebih bermakna bila pengisiannya adalah sesuatu yang kita cintai.
Aduhaai panjang lah pulak ceritanya ni. Tapi seperti yang saya tekankan sebelum ini. Blog ini bukan blog masakan semata, blog ini adalah blog gaya hidup Azie dan penghuni Villa Nur Qaseh. Apa yang dimasak di dapur Azie, apa yang dimakan di dapur Azie, apa yang dilakukan oleh penghuni Villa Nur Qaseh. Jadi jika sesuatu masakan itu, masakan kegemaran, tentunya ia sentiasa diulang masak demi mengembirakan penghuninya. Bukan hanya untuk tayangan tapi untuk dinikmati dan seterusnya dikongsi. Matlamat utama ialah Business Continuity Plan (BCP) untuk memastikan ganjaran pahala yang berterusan dengan berkongsi ilmu yang bermanafaat bersama sahabat sahabat dan pembaca sekelian...
OK sehingga berjumpa lagi, di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Norashikin M.Nor dari majalah Jelita kerana sudi membuat ulasan blog Azie Kitchen. Tahniah juga pada Qasey Honey dan Bila Chah ke Dapur. Qasey Honey seperti mentor pada blog Azie kerana dia banyak mengajar cara cara mengambil gambar, cara nak meletakkan signature dsb. Pendek kata dia langsung tak lokek dengan ilmu yang ada demi kebaikan bersama.
Salam sayang buat semua,
Azie Kitchen
Villa Nur Qaseh
salam Azie,wah tahniah lah ya masuk majalah lagi,semoga terus sukses dalam neghasilkan resepi2 yg hebat ya
BalasPadamTerima kasih Kak Noor. Semoga ianya sama sama menyuntik semangat kita utk terus menghidangkan hidangan yg lazat utk famili tersayang.
Padamasslm Kak Azie...TAHNIAH!!! semoga lepas ni lbh bsemangat untuk terus bkarya...tp tang mentor tu terharu lak rasanye...alahai malunye...pada sesiap yg btanye...InsyaAllah QH akan bgtau...*_^
BalasPadamAs salam QH, tahniah utk kita ya. Semoga kita sama sama belajar dan menyumbangkan ilmu pada pembaca semua demi kebaikan bersama. QH banyak membantu saya yang masih merangkak rangkak ini. Akan sentiasa dikenang....
PadamTahniah kawan....semoga terus sukses
BalasPadamHeee my coursemate, so happy to have you here, in Azie Kitchen blog. Thank you so much for your support. Do not forget to sign up as my follower ya.
Padamsalam Azie....
BalasPadamTahniah utk blog Azie Kitchen.....maybe resepi yg ada kat sini boleh saya cuba suatu hari nnati......
Myda, terima kasih. Cuba lah mana mana resepi yang berkenan di hati. Nnt boleh bagi feedback untuk rujukan kawan kawan yang lain pula. Saya amat mengalu alukannya.
PadamTahniah sekali lagi sis.moga jadi penyunting semangat utk terus berblog...
BalasPadamTerima kasih, my dear friend. Insya Allah semoga ia memberi lebih semangat lagi untuk kita menyediakan hidangan utk keluarga, berkongsi dengan rakan rakan dan pada masa yang sama mendapat ganjaran pahala dari perkongsian ini dari Allah Taala
Padamtahniah kak zie! ingatkan akak dah tau...wah,..memang suprise la ye.. teruskan berblog ye ;))
BalasPadamTerima kasih CW. memang tak tahu langsung. Terkejut sat sebab banyak lagi blog blog yang lagi hebat hebat. Malu lah tengok blog sempoi yang lepas snap gambar, terus hidang dan makan.
PadamTapi skrg lagi bersemangat ni, nak ambil gambar cantik cantik. Nak jadikan satu bilik kosong kat rumah tu sebagai studio, nak kena cari props dan segala keperluan yang satu pun belum ada skrg ni. I suka melihat gambar masakan yang cantik cantik. Memang leka dan mengasyikkan.
Wahhh tahniah Azie :D....Nnt leh lah ajar d5 lak cara2 nk buat blog ek heheh xpandai lg ekekekke.Nie pun dah lama tak menulis....
BalasPadamTerima kasih D5. Aduish buat malu jer, kita yang baru belajar ni nak ajar D5 yang memang dah terer merer tu. ish ish ish ada ka patut.
Padammuhhahhahah mane de terer adehhhh d5 br je 2bln blog byk lg yg belom d5 tau ekkeke inai pun xabis lg kat jari nie (cam org kawin ler pulak muahahhahahha);D...
PadamTapi resepi dah banyak. Masak pun dah pro. Kalau 2 bulan, maknanya lagi hebat, terus berlari, tak ada merangkak rangkak dulu macam saya
PadamTahniah.. Terima kasih jenguk blog saya yg x seberapa tu..:) miga kita sama2 terus success
BalasPadamJJ, terima kasih kerana sudi berkunjung balas. Ada ke tak seberapa? Saya terpegun melihatnya. Nnt ajar kita ambil gambar ya. Macam mana nak bagi cantik cantik macam JJ punya
PadamWah Kak Azie Congrats!!
BalasPadamYong suka steps akak memasak.
Cik Yong, terima kasih kerana sudi singgah. Semoga kita akan berkenalan dengan lebih rapat lagi di masa depan
PadamTahniah Kak Azie..
BalasPadamBlog akak memang layak. Semoga akak terus sukses pada masa akan datang. :)
Terima kasih, Nur atas penghargaan yg diberi. Blog ni dari segi persembahan sgt sempoi. Saya hanya mencuri ruang masa di rumah sebelum tidur untuk update blog. Ambik gambar pun dalam beberapa minit sahaja. Tak sempat nak sediakan prop macam blog lain.
Padam