Las Vegas Part 4: Dinner di Restoran Halal di Las Vegas
Hari ini saya tak masuk dapur. Dapur tak berasap kerana balik lambat, ada tugasan yang perlu disiapkan. Balik sempat singgah makan sate di Gulam Mee sambil membeli makan malam untuk budak kecil 2 orang kat rumah. Jadi hari ini nak sambung lagi, catatan perjalanan dan percutian kami ke Las Vegas.
Sekembali dari lawatan ke Grand Canyon, sebelah malam nya kami peserta muslim berkumpul untuk makan malam di restoran Pakistan dengan menaiki bas kecil, satu satunya restoran makanan halal di Las Vegas. Sedap masakannya tapi kerana keletihan, kami makan pun macam tak berselera jer.
Bermacam lauk yang disediakan seperti ikan talapia, daging, sambal tumis udang, sayur dhal. Semuanya dihidangkan dengan nasi ala ala beriani dan juga minuman Manggo Lassi. Sebenarnya makan tengahari kami di Grand Canyon dah lambat, jadi bila makan masa lapar, dah termakan agak berlebihan. Jadinya bila waktu makan malam tiba, perut masih kekenyangan dan dok terasa lagi ikan bilis Brahim. Itu pun ya juga.
Balik dari makan malam, minta diturunkan di The Forum Shop, untuk mencari fragrance body mist Victoria Secret yang dipesan oleh Nellisa. Sewaktu menaiki escalator, terpandang handbag Coach berwarna merah yang sangat saya inginkan.
Dalam hati terfikir kalau saya perlu mebelinya sebiji lagi, tapi Alhamdulillah, Nik Faris memberitahu yang kita boleh menukar handbag yang dibeli selagi masih belum digunakan dan mempunyai resit. Nasib baik Miwa, pekerja dari Jepun memudahkan semua urusan pertukaran.
Selepas itu, kami ronda ronda di sekitar The Forum Shop yang sangat cantik dengan siling yang dicat seolah kita berada di tempat terbuka dengan warna langit yang cantik kebiruan. Sofa yang disediakan untuk pengunjung pun amatlah gebu. Kalau kaki dah penat, jumpa jer tempat duduk pun dah kira OK sangat
Sebelum balik hotel, sempat singgah menikmati keindahan fountain show di hadapan The Bellagio Hotel dengan lagu lagu yang sungguh romantis. Alahaai sesuai untuk pasangan yang sentiasa di alam cinta. Romantis giler.
Happy reading...
Dalam hati terfikir kalau saya perlu mebelinya sebiji lagi, tapi Alhamdulillah, Nik Faris memberitahu yang kita boleh menukar handbag yang dibeli selagi masih belum digunakan dan mempunyai resit. Nasib baik Miwa, pekerja dari Jepun memudahkan semua urusan pertukaran.
Selepas itu, kami ronda ronda di sekitar The Forum Shop yang sangat cantik dengan siling yang dicat seolah kita berada di tempat terbuka dengan warna langit yang cantik kebiruan. Sofa yang disediakan untuk pengunjung pun amatlah gebu. Kalau kaki dah penat, jumpa jer tempat duduk pun dah kira OK sangat
Sebelum balik hotel, sempat singgah menikmati keindahan fountain show di hadapan The Bellagio Hotel dengan lagu lagu yang sungguh romantis. Alahaai sesuai untuk pasangan yang sentiasa di alam cinta. Romantis giler.
Happy reading...
Salam Azie,
BalasPadamsalam kenal dari akak..
Terima kasih ye sudi singah dapur akak.
waaa.. teruja akak singah blog Azie, banyak ilmu dan pengalaman yang menarik..
nak kena baca satu persatu.. ni
seronoknya ke Las Vegas, bilalah akak nak dapat sampai ke sana..
Wah seronok saya malam ni kerana menerima kunjungan idola saya. Rasanya saya lagi berumur dari Ita. Terbawa dalam mimpi ni. Saya selalu mengunjungi dapur Ita bila rasa stress. Memang rasa terhibur dapat tengok gambar yg cantik cantik. Seronok baca entri Ita ke Gua Hira'
Padamsonok nyer sumer happy je tetibe rase mau terbang je kesana hehehhehhe..
BalasPadamD5, LV panas di siang hari tapi I suka sebab shopping malls are within walking distance jer. I pun rasa nak pergi lagi wp sebelum tu cakap dg hubby tak mahu ke LV lagi. So happening in LV, kalau rasa nak sewa porsche pun boleh
PadamSalam Azie...
BalasPadamwah wah..ke LV...hebat tu...gue dapat berangan-angan je..hehe..
terima kasih sudi singgah dapur Rahel...
Terima kasih atas kunjungan balas. Kagum tengok bakat dan kreativiti Rahel dalam bab deko mendeko. Memang berseni. Nnt nak cuba buat kek pelangi
PadamAsalamualaikum Azie,
BalasPadamreturning ur visit diseripayaku n salam kenal dari kak rose jugak. tq sudi singgah kat dapur kak rose tu ya.
seronoknya dapat ke LV tu... entah bila la kak rose ni dapat kesana... gamaknya dalam mimpi je kot!
Saya pun amat gembira menerima kunjungan balas Kak Rose. Memang LV sangat sangat happening. Kalau ada rezeki, umur panjang teringin untuk ke sana sekali lagi. Jom kita sama sama ke sana.
PadamAsslm kak Azie...alahai best nye g LV...len kali ajak sy ye kak...nak ikuttt... hihi ;)
BalasPadamFnf, jom buat rombongan cik kiah ke LV. Best sangat2
PadamSalam kenal dan kunjung balas kak azie ^^
BalasPadamtq dtg jenguk2 dapur tun.. seronoknya jalan2 ke las vegas.
Terima kasih dg kunjungan balas. Blog Tun pun menarik dan banyak resepi di dalamnya. Lama juga saya singgah malam tadi.
PadamSalam sis. best dpt baca pengalaman sis di LV dg hidangan beriani yg sedap itu....
BalasPadamcantik view malam kat sana...
Dear, dapat makan nasi beriani di LV tu dah kira mewah, bukan senang nak dapat makanan yg femes tempat kita. LV spt syurga dunia di malam hari
PadamSlm kenalan kak...thanks sudi dpr asz juga....best sgt pngalaman ke LV tue kak...:))
BalasPadamDear As, terima kasih atas kunjungan balas. Memang pengalaman di LV sangat best. Saya peminat Mazuin Hamzah. Dulu masa Mazuin masih berkahwin dengan Pengiran Sufri dari Brunei, mereka selalu ke LV terutama utk menyambut tahun baru. Kini bila saya sendiri menjejak kaki di sana, barulah saya tahu betapa happeningnya LV. Casino is legal in LV.
Padam