Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Kaswi


Kuih Kaswi

Sementara saya masih berada di Langkawi untuk program Teambuilding jabatan, saya cuma nak tayangkan Kuih Kaswi yang menggunakan resepi Yatie juga. 

Hari itu, saya membuat kuih kaswi dengan menggunakan acuan Kuih Lompang, maka jadilah ia Kuih Lompang dan juga dengan menggunakan acuan loyang untuk menjadikannya Kuih Kaswi. Hahaha satu adunan boleh jadi macam macam kuih ya. Alaaa saja saja jer seronok nak pelbagaikan nama kuih ni dengan menggunakan resepi yang sama. 

Kuih KaswiKuih Kaswi


Walaupun dari adunan yang sama tapi bila dihidangkan dengan cara berbeza, maka rasanya pun jadi berbeza. Kalau kuih lompang, kelapa parut diletak di atas sahaja ala ala topi jer. 

Tak pernah pulak saya tengok kuih lompang digolek sepenuhnya atas kelapa parut. Bukan kuih lompang namanya, kalau diperlakukan begitu. Tapi kalau kuih kaswi, terus dicampak untuk bergelumang dalam kelapa parut gitu.

Kuih Kaswi

Kuih Kaswi Durian
Oleh: Azie Kitchen


Bahan A
½ cawan gula pasir
1 cawan gula merah
½ cawan air
3 helai daun pandan


Bahan B
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
½ cawan tepung beras
Sedikit garam
3 sudu besar air kapur
3 cawan air


Loyang 9 inci disapukan dengan sedikit minyak masak
Kelapa parut + garam


Cara-Cara :
Masak bahan A sehingga gula larut, tapis dan sejukkan. Masukkan 3 cawan air, air kapur dan garam ke dalamnya.

Ayakkan ke semua tepung dan masukkan ke dalam air gula tadi. Kacau rata.

Tapis bancuhan tepung ke dalam kuali untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(boleh juga di blend kesemua bahan).

Kacau seketika di atas api yg kecil sehingga kelihatan agak pekat. 

Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan dan panaskan loyang di dalam pengukus seketika. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak. 

Kuih Kaswi

Biarkan kuih betul betul sejuk, barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik. Tengok warnanya yang coklat kehitaman berkilat sangat menawan. Rasa nak terus ngaap jer...lagipun kuih ni ada rasa kenyal kenyal sikit isinya. Itu yang uniknya.

Kuih Kaswi

Hidangkan bersama kelapa parut + sedikit garam yang dikukus sekejap supaya tahan lama.

Kuih Kaswi

Kuih Kaswi

Taadaaa ...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

13 ulasan for "Kuih Kaswi"

  1. azie..cantik kejadian kaswi tuuu!!! sedapnya gedik2 kenyal2 tu..mmg perghhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chah, salam dari Langkawi. Kejadian kaswi dh cantik tp kejadian gambar, ada kureng sikit. Nak kena belajar dg Chah ni. Gambar unik dan berseni semuanya, yg penting gambar gedik gedik gitu

      Padam
  2. asslm Kak Azie..nmpk sedap la kuih kaswi tu...kenyal2 gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, sedaaap bak kata Chah gedik gedik kenyal

      Padam
  3. org trg kelate panggil kuih kosu...betul tak kak? sedap ni. cikwan suke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, ore Klate panggil kuih kosu. Sedaaapp

      Padam
    2. Assalamualaikum kak azie.. temeh kasih utk resepi nyer..
      Sya dah cuba dan menjadi..
      mcm mne nk follow akk ye

      Padam
  4. salam Azie...
    jamu mata utk pepagi nie....saya mmg suka beno kuih kaswi nie....
    kalau dulu2 x pandai nk wt,main beli je....skrg nie bila dh mengenali blog msk2 dan sifu2,wt sendiri je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Myda, betul skrg ni masak sendiri lagi best walaupun kuih tradisional. Dulu nak makan, gi beli. Skrg nak makan, masuk dapur. Sedap dan jimat.

      Padam
    2. Betul, Myda. Skrg kalau nak makan, masak jer sendiri. Lagi sedap dan jimat

      Padam
  5. salam.. klau dkt sandakan kuih nie kmi pgil kuih kusshui..lbih kurang g2 lar bunyinya...trima kasih sgt2 sudi brkongsi resepi..hampir smua bahannya mudah didapati & enak..(:

    BalasPadam
  6. kak azie....mcmna klo buat kaswi tanpa tepung ubi...menjadi ke,klo hanya ada tepung beras dan tepung gandum.

    BalasPadam