Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ayam


Kari Ayam

Memang lama betul saya tak memasak Kari Ayam. Lama sangat. Teringat untuk membuat Kari Ayam selepas terpandang masakan Kari Ayam di blog kawan kawan lah. Kari Ayam ni antara masakan pertama yang saya belajar. Pendek kata tak perlu tengok resepi lah, semua dibuat secara automatik jer. Tahu semua apa yang dimasuk selepas satu satu bahan.

Tapi boleh lah kita share di sini sebagai rujukan anak cucu di masa akan datang. Bukan Qasey Honey jer bercakap pasal cucu, hahaha kita pun nak cakap pasal ni juga. Kari ayam ini dimasak untuk makan tengahari hari ini bersama dengan petola masak lemak putih dan ikan jenahak goreng cili padi. Tambah pula ada sambal Kelantan, aduhaai bertambah berselera makan. Apatah lama tak pekena Kari Ayam yang dimasak sendiri...

Jom layan resepi versi kita seperti berikut:

Kari Ayam

Kari Ayam 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ayam - potong kecil
Santan secukupnya
3 sudu besar rempah kari ayam
5 ulas bawang merah -hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
1/2 biji bawang besar - kisar
1 biji ubi kentang - potong 4
1 sudu besar kerisik
Rempah penumis
Air asam jawa secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa

Panaskan minyak dan masukkan rempah penumis iaitu buah pelaga, kayu manis, cengkih dan bunga lawang. Masukkan bahan hiris dan goreng sehingga wangi. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air serta kentang. 

Masak sehingga air kering dan garing. Masukkan sedikit air asam jawa dan letakkan ayam. Masak sehingga air ayam kering, baru dimasukkan santan. 

Masak sehingga pecah minyak dan masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan ...

Kari Ayam




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Kari Ayam"

  1. Salam, hari ni saya pun buat kari ayam, belum masuk blog lagi. Nanti upload.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ELC, kari ayam ni dikira masakan evergreen orang Malaysia kan? Kalau makan nasi dengan kari ayam bersama sambal belacan, mesti best nyer

      Padam
  2. Assalamualaikum Azie

    Salam Kenal Dan Salam Ramadhan...Kak Lin dah follow blog ini dan Kak Listkan juga dlm blog Kak Lin...
    Sedap Kari Ayam ni...nak cuba petang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lin, terima kasih kr follow. Nnt I lawat blog Lin ya

      Padam
  3. Salam, ni kali pertama saya nak cuba utk buat kari ayam. Nak tanya, boleh jelaskan kuantiti bahan penumis (cam berapa buah pelaga, kayu manis, cengkih dan bunga lawang yg akak guna utk recipe ni)? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. 1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga. Cengkih tu selalu saya tak letak pun.

      Padam