Creamy Pasta, Sausage & Tomato Skillet Meal
Selamat berhari minggu semua, seperti biasa saya tak ada rancangan ke mana mana di hari minggu selain dari memasak dan mengemas. Al maklumlah saya ni menjadi suri rumah sepenuh masa di hari minggu.
Penat tau buat kerja rumah ni, lebih baik saya bekerja di pejabat. Cuma guna minda jer tapi di rumah ni, kena guna kedua duanya, guna minda dan juga tenaga sekali. Hebat sesiapa yang menjadi suri rumah sepenuh masa ni. Memang saya salute. Kerjanya tak tentu masa, tiada cuti tahunan pulak tu.
Saya kalau hari minggu macam ni, adalah masa melayan karenah dan selera anak anak. Hmmm rasa macam dah lama pula, saya tak memasak pasta. Saya tahu pasta adalah makanan kegemaran anak anak tetapi bila bahan yang diperlukan tidak mencukupi, mula lah rasa malas melanda diri. Malam semalam semasa ke Giant, saya mengambil lah beberapa bahan bahan untuk dibuat pasta. Jadi hari ini berpasta lah sarapan kita ya. Lagipun pasta ni adalah menu yang sihat berbanding dengan mee dan kue teow....

Jom layan resepi yang saya ambil dari website omputih. Melihat cara menyediakan yang ditunjuk dalam video sangat mudah, saya pun terus menyalin dan membuat terjemahan...
Creamy Pasta, sausage & Tomato Skillet Meal
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 cawan mini tie pasta
2 cawan mini tie pasta
1 sudu besar olive oil
8 oz smoked turkey dinner sausage - potong kecil
1/2 cawan bawang besar - potong kecil
1 ulas bawang putih- cincang
Secubit red pepper flakes
1 1/2 cawan tomato - potong kecil
1 cawan heavy whipping cream
2/3 cawan mozarella cheese
1 sudu besar parsley flakes
Garam & pepper
Cara cara:
Panaskan minyak olive dan masukkan sosej. Masukkan bawang putih dan bawang besar serta paprika.
Masukkan tomato dan kemudian heavy cream. Kacau rata. Masukkan pasta dan tabur cheese serta daun parsley.
Masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.
Masukkan garam dan black pepper secukup rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.
Sedapnya.. Jarang makan pasta ni.. Selalu makan spaghetti je..
BalasPadamNur, sekali sekala tukar selera. Spaghetti memang feveret kalau utk pasta
PadamSalam, saya seronok tgk gambar2 resepi mcm chef plak. Tahniah... Nak try la yg pasta ni...biasa pakai susu jer...
BalasPadamBest nyer nak try plak mggu ni
BalasPadam