Agar Agar Milo Lapis Oreo Untuk Boy
Pagi pagi lagi hari ni, saya bangun terus ke dapur. Macam bermimpi ke. Kebetulan hari ini saya masih lagi bercuti separuh hari pagi kerana kepenatan dalam perjalanan semalam.
Resepi ini saya jumpa pagi semalam semasa berbaring malas di Gurney Hotel Penang, saya terpandang Agar agar Milo Lapis Oreo yang dipost oleh Along Home Creation, nampak sungguh cantik.
Oleh kerana Boy memang suka milo, saya fikir ada baiknya saya mencuba resepi ini. Malahan semasa di Penang, Boy selalu order Ais Milo setiap kali kami singgah makan dan minum.
Boy makan agak cerewet tetapi tidak lah meminta minta, bila dia tak suka akan sesuatu, dia tak makan lah tanpa banyak komplen. Boy pun akan menamatkan cuti semester selama 2 bulan dalam beberapa hari lagi. Akan kembali ke kampus bagi memulakan pengajian tahun kedua beliau. Hmm definitely going to miss him sebab selama cuti, dia banyak menolong saya menyiram pokok dan juga vaccum rumah.
Sesampai Kota Damansara, terus minta hubby belikan setin Milo dan juga biskut Oreo. Oleh kerana sampai rumah malam tadi dah agak lewat, saya cuma sempat menyediakan kuih Puteri Ayu sahaja. Klik di SINI. Jadi itu yang hari ini pagi pagi lagi masuk dapur menyediakan Agar Agar Milo Dengan Oreo kerana rasa macam lama tak masuk dapur siang hari. Asyik ambik gambar waktu malam menggunakan lampu jer. Gambar agak kekuningan, tak cantik gitu.
Tapi saya kena admit lah, kejadian agar agar ini kurang cantik kerana adunan putih belum betul betul keras, saya dah tuang adunan Milo yang last tu. Biskut oreo pun tak tenggelam cantik. Lapisan milo pun tak sama ketebalannya. Belum keras lagi, saya dah potong kerana lepas ni nak ke pejabat pula. Ya lah, pagi pagi sangat, tu yang agak mamai sikit. Jom layan resepi dulu....

Agar Agar Milo Lapis Oreo
Bahan bahan:
10 gram serbuk Agar-Agar
750 ml air
160 gram gula
1 tin (400 gram) susu cair
¾ cawan serbuk Milo
1 bungkus (137 gram) biskut Oreo - patah2kan tapi biarkan sandwich 2 lapis
Cara cara:
Masak serbuk agar agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.
Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan milo mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan putih mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

Tips Melapis:
Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat. Jika membeku semua, guris guriskan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dengan baik.
Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dengan baik.
salam Zie..aduh sedapnya nampak ni yg best ada oreo tu buat bagi lazat sangattt bak lah sepotong
BalasPadamZie...geram nengok kan.
Kak Noor, macam mimpi jer. Bangun terus ke dapur, macam dah miss sangat sangat sebab last weekend dapur tak berasap. Kak Noor pun tiap hari menghidangkan masakan yg buat kita menelan air liur jer
Padamasslm Kak Azie...bestnye..bru smlm tgk resepi ni...akak dh try dlu..rajinn...Tahniah blog masuk mjlh yer...hihi
BalasPadamQH, saya masuk entri QH nak tengok apa resepi dalam majalah tu. sekali terkejut bila nampak macam my blog ada juga dalam tu. betul lah kata QH, blog kita plain jer, tak ada prop bagai. Apa apa pun tahniah untuk QH juga.
Padamtahniah Sis blog muncul di majalah.sypun berkenan dg puding milo ni....nampak sedap mkn sejuk.
BalasPadambaca entry sis bercuti di Cairo,sy belum sempat lagi belayar waktu mlm....hanya waktu siang. burung merpati mmg makanan traditional Mesir...biasa hidang utk tetamu.
Dear, memang mengejutkan kerana saya tak pernah diberitahu apa apa pun. Hanya masuk Qasey Honey sahaja untuk melihat resepi beliau dalam majalah Jelita, bila terpandang blog Azie Kitchen juga ada di dalam tu. Alahaai, blog sempoi jer.
PadamInilah kali pertama buat agar agar, habis dalam masa sehari. Biasanya kalau dibuat agar agar, 2 hari belum habis lagi. Maknanya anak anak sukakan rasa milo dan biskut oreo tu. Mungkin kurangkan sikit milo kalau tak suka manis.
kak azie dah tak tunjuk step by step ke skang?
BalasPadamIra, anak I yang kecik tu asyik dok komen, jangan letak gambar cara cara memasak tu, tak cantik. Jadi letak step step terpilih jer. Step mudah mudah tu tak letak. Dulu I saja letak kerana suka tengok gambar adunan sedang dituang dsb.nampak unik
Padamsedapnye agar2 milo nie ada oreo lagi..
BalasPadamTapi kalau tak pakai agar-agar yang jenis serbuk tu, sukatan dia macamana pula ya?
BalasPadammmg sedap jeli ni..nk buat pun senang..hihi
BalasPadamAnak2 saya pun suka agar-agar milo tambah lagi dengan oreo...lagilahhhhh tk berkongsi resepi..:)
BalasPadamJemput ke blog saya
http://www.mamavitashoppe.wordpress.com