Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Udang Goreng Garam Kunyit Dengan Kacang Panjang






As salam semua, hari ni hari kedua saya masuk dapur dan memasak. Ceewaah membilang hari konon, hehehe saja lah. Janganlah mengutuk pulak. Sekali sekala nak juga buat lawak petang hari, kan kan? Walaupun badan masih rasa lesu tapi Aween dari malam tadi dok menyebut nyebut pelbagai jenis masakan untuk saya masak. Ayam Masak 3 rasa lah, Lala Masak Cili lah, entah apa apa lagi yang disebutnya. Saya hanya mengiyakan sahaja. Sebab kalau tidak, dia akan terus ngok ngek ngok ngek kat telinga  kita. Aduhaaaii...

Baru teringat dalam peti ais, masih terdapat baki 1 ikat lagi kacang panjang yang hubby beli di Subang Jaya untuk saya masak Kacang Panjang Goreng Dengan Telur.  Lihat di SINI. Kalau tak terus dimasak, pasti lama lama ianya layu begitu sahaja. Al maklumlah saya masih kepenatan untuk ke dapur sekarang ni. Mood memasak belum sepenuhnya lagi nih. Hari ni hari kedua masuk ofis, boleh tahan juga banyak kerja yang nak dibereskan. 

Sebelum bertolak ke US, saya ada membeli udang dari Kota Kinabalu tapi tak sempat dimasak sebelum berangkat pun. Jadi saya dok berfikir apa yang nak dimasak samada masak lemak cili api udang dengan kacang panjang macam yang Liza masak di rumahnya tempohari, atau memasak udang goreng garam kunyit dengan kacang panjang sahaja. Akhirnya saya decide untuk digoreng sahaja udang dengan garam kunyit serta kacang panjang. Lagi pulak saya memang suka udang yang dimasak simple bagi tidak menghilangkan kemanisannya.



Resepi ini adalah resepi sempoi yang dimasak sejak dulu dulu. Pendek kata, resepi yang tak perlu belajar lah. Resepi yang boleh dicampak campak jer, apa yang disukai. Lebih lebih lagi arwah my father dulu memang menangkap udang dengan menggunakan bubu yang dipanggil gogah. Gogah dimasukkan  isi kelapa yang dibakar sebagai umpan dan kemudiannya diikat di batang batang pokok nipah. Jadi semasa kecil, kiranya kami ni mewah lah kalau bab makan udang sungai ni termasuk udang galah yang besar besar tu. Jadi udang selain digulai lemak, kebanyakannya digoreng garam kunyit seperti ini lah.

Jom tengok resepi sempoi saya ... Walaupun sempoi tapi ianya sedap kerana kita dapat menikmati keenakan udang sebenarnya. Nikmatnya rezeki Allah di muka bumi ini. Alhamdulillah... Layaannn



Udang Garam Kunyit Dengan Kacang Panjang
Oleh: Azie Kitchen

1 ikat kacang panjang 
Udang secukupnya
2 ulas bawang putih - hiris
1 bawang besar - hiris
1 cili merah - hiris
1 helai daun limau purut - carik
Batang leek - hiris (tak letak pun)
Daun bawang - hiasan
Serbuk kunyit
Garam
Gula

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan udang yang dilumur garam kunyit. Goreng seketika.

Masukkan kacang panjang dan digoreng sehingga agak lembut, baru dimasukkan daun limau purut, bawang besar, leek dan cili merah. Kacau rata.

Masukkan sedikit gula dan sesuaikan rasa garamnya.

Angkat dan bolehlah ditabur dengan daun bawang sebelum dihidangkan.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Udang Goreng Garam Kunyit Dengan Kacang Panjang"

  1. Assalam aunty azie. Saya dah lama mengikuti blog aunty. Seronok dan banyak pengetahuan yang dapat saya belajar. Alhamdulillah sejak mencuba beberapa resepi yang dikongsikan, semuanya menjadi dan sedap. Sebagai orang baru berumah tangga, memang banyak ilmu masakan dan kehidupan yang boleh diamb dari penulisan blog ini. Terima kasih ya. Harap tak salah saya panggil aunty. ��Salam kenal.
    Nur Sabrina. Kg Bakau, Kangar, Perlis

    BalasPadam
  2. assalam..hampir setiap hari masakan sy rujuk azie kitchen😊alhamdulillah menjadi😍

    BalasPadam