Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puteri Mandi


Puteri Mandi Azie Kitchen

Puteri mandi kalau masa kecik kami panggil Terri Mandi jer mungkin sebab ianya seperti seorang puteri yang sedang bermandi manda kot. Bonda selalu lah buat kuih ni, jadi ianya kuih yang biasa sangat pada saya. Sehingga saya tidak merasakan ianya menpunyai suatu keistimewaan pun. 

Tapi bila dah dewasa, baru terasa ingin makan puteri mandi yang dimasak sendiri. Baru saya merasakan kerinduan pada kuih yang sebelumnya hanya dianggap kuih biasa biasa sahaja.


Puteri Mandi Azie Kitchen

Kuih ini senang di dapati masa bulan puasa di bazar bazar ramadhan. Kalau bulan puasa, saya suka kuih muih yang basah basah seperti kebanyakan kuih muih Kelantan berbeza dengan hubby dan anak anak yang makan kuih biasa samada bulan puasa atau hari hari biasa contoh karipap, putu mayam, laksa penang dsb. 

Saya pula suka macam nekbat, butir nangka, sekaya telur, puteri mandi, sira pisang, lompat tikan yang semua basah basah dan banyak dijual hanya pada bulan puasa. 


Puteri Mandi Azie Kitchen

Sebenarnya saya membuat kuih Puteri Mandi ini bagi menghabiskan baki kelapa parut yang digunakan untuk membuat sambal kelapa Nasi Kerabu Kelantan yang saya buat pagi tadi klik di SINI. Tapi biasalah susah nak cari kelapa parut muda dan yang putih sahaja. 

Tapi bila beli di kedai runcit ni, mereka main parut jer dan nak cari kelapa muda, memang lupakan lah. Itu sebab kejadiannya kurang menarik sikit. hahaha itulah yang saya tanam sendiri pokok kelapa di belakang rumah. Kot nanti boleh dapat kelapa muda untuk dibuat kuih muih dan juga diminum airnya. 

Apa apa pun sangat sedap dan menghilangkan rindu pada kampung halaman. Jom layan resepinya....


Puteri Mandi Azie Kitchen

Puteri Mandi

Oleh: Azie Kitchen
 

Bahan kuih:
1 cawan tepung pulut
½ sudu kecil air kapur
Pewarna
Sedikit air


Bahan kuah:
½ cawan gula
½ cawan air
½ biji kelapa parut
2 helai daun pandan
Garam

Cara-cara:
Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas.

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai. Biasanya warna hijau dan putih.

Sementara itu, didihkan setengah periuk air.

Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya. 



Puteri Mandi Azie Kitchen

Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis teh dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.


Puteri Mandi Azie Kitchen

Puteri Mandi Azie Kitchen

Puteri Mandi Azie Kitchen

Puteri Mandi Azie Kitchen

Untuk kuah, masakkan air, gula, garam dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat.

Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata. Bolehlah dihidangkan ketika sejuk.


Puteri Mandi Azie Kitchen

Puteri Mandi Azie Kitchen


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Puteri Mandi"

  1. rajinnya Azie buat puteri mandi ni kak Noor selalu beli je tu pun time puasa malas sbb sorang je yg makan,anak2 tak reti nak makan lah pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, buat semangkuk jer untuk dimakan sendiri. dua tiga kali ulang semasa masuk dapur, dah habis. Yang penting, dapat menghilangkan keinginan nak memakan puteri mandi

      Padam
  2. Biasanya time bulan puasa lah baru dapat makan kuih ni...Yummy~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, kalau dibuat sendiri, boleh makan bila bila masa jer. Tak payah tunggu bulan puasa. Lagi pun sangat menjimatkan

      Padam
  3. Family mertua dari kelantan nak datang, Boleh cuba resipi ni. Nampak mudah jew. Tapi kan kak boleh ke sy buat awal dan hidang untuk esok.(tanpa bergaul kelapa)

    BalasPadam
  4. assalamualaikum k. azie.. sy byk jgk ambil resepi dri blog k. azie ni kalaw nk msk.. hope k. azie halalkan yep.. klaw nk msak pape je mesti tgk yg k. azie dlu hihi.. alhamdulillah menjadi

    BalasPadam
  5. Thanks kak azie for your sharing...saya suka cuba resepi2 daripada blog kak azie...semuanya sedap2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih juga kerana singgah di blog azie kitchen

      Padam
  6. Kak azie, puteri mandi x sama ke dgn kue badak berendam?

    BalasPadam
  7. Resepi kak azie semuanya best2..dh bnyk sy try buat..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah, selalu follow resipi azie sbb senang & mudah... hehe... mintak halal yer cedok resepi dr sini.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, selalu follow resipi azie sbb senang & mudah... hehe... mintak halal yer cedok resepi dr sini.

    BalasPadam
  10. Mohon share

    BalasPadam
  11. resepi yg best..buat smua mnjadi..rajin @ mls je...tqvm pn azie..

    BalasPadam