Puding Cheese
Dah lama berhajat nak cuba membuat Puding Cheese selepas ternampak puding ini di blog Home Kreation. Dah beli pun biskut cheese semasa ke Giant hampir sebulan yang lepas tapi hajat asyik tertangguh dek keletihan dan kepenatan terutama sekembali dari bercuti.
Jetlag pula hampir seminggu, aduhaai kena terima lah hakikat yang faktor usia juga menyebabkan kelesuan yang agak lama. Pemulihan yang memakan masa. Lepas ini, akan bercuti sekali lagi, dan Insya Allah bersama famili pulak.
Berbalik pada Puding Cheese, akhirnya hari ini selepas balik dari pejabat terus masuk dapur dan berjaya mengatasi kemalasan saya untuk menyiapkan juga Puding Cheese ini.
Malas bukan sebab apa tapi saya tak punya blender kering. Jadi saya terpaksa menghancurkan biskut dengan menggunakan lesung penumbuk sahaja tapi OK juga sebab ianya tidak lah terlalu halus, jadi masih boleh dirasai tekstur biskutnya. Lagi sedap rasanya begini.

Banyak juga terhasilnya puding ini, kalau hanya untuk kami anak beranak, lain kali cukup jer dibuat hanya separuh adunan. Kejadian pun agak cantik dengan menggunakan mould silikon comel comel yang dibeli di Bangsar tempohari. Tapi saya kurang berpuashati dengan gambar yang diambil tengah malam ni, kurang cantiklah. Apa apa pun jom layan resepi dulu...
Puding Cheese
Bahan bahan:
13 gm serbuk Agar-Agar
1 liter air
120 gm gula
3 biji telur
120-150 gm biskut cheese - blend halus
1 sudu besar tepung kastad
400 ml susu cair/susu segar
200 gm susu pekat
50 gm mentega
Cara cara:
Masak serbuk agar agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.
Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tepung kastad. Kemudian masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dalam adunan agar agar tadi dan tutup api apabila mendidih. Akhir sekali, masukkan mentega sehingga sebati.
Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik. Sejukkan sebelum di hidangkan.
alahai comeiinye puding tu bile dibuat kecik2 cmtu...sedap jugak nmpknye tu
BalasPadamQH, comeykan? Hari tu ada beli mould cute mute ni kat Bangsar. Ada juga bentuk love tapi tak ada mood nak ambil gambar tengah malam ni.
Padamrajin nye memuding ni Azie kak Noor kalau memuding ni sendiri buat sendiri makan lah jawabnya anak2 tak suka mama nya sorang je yg suka tunggu hari rajin nak layan sendiri sendiri boleh guna resepi Azie ya hee
BalasPadameee rindunya dengan Kak Noor, my sifu. Rasa lama tak berbicara dengan Kak Noor. Hari ni mood pun tak berapa bagus juga tapi dikuatkan sebab dah lama beli biskut cheese tu. Takut nanti masuk angin pulak. Kalau Kak Noor yang buat, kejadian pasti lagi cantik.
Padamsalam kak azie, gambr x cun ke? Ok je..jnji best..!
BalasPadamNmpk pun cam sedap.....nnti nak try lah...sy pun kene buat half gak nie....sbb anak2 mmg x berapa mkn sngt puding2 cmni.....tu yg jarang skit mmbuatnya....
Asyifa, betul tu. anak anak bukan suka kuih kuih manis atau tradisional. Jadi buat half pun dah OK, kalau sekadar nak merasa.
PadamSalam Sis Azie.kalau puding mmg favorit sokmo...tambah kalau yg sejuk nyaman je terasa apatah lagi dlm cuaca panas spt skrg ni.puding cheese nipun dah lama berkenan tp tak terbuat2 lagi....belum cari biskut cheese.
BalasPadamDear mamasya, kalau cuaca panas, dapat makan puding atau agar agar yang sejuk nyaman, memang sedap kan. Saja nak experiment puding menggunakan biskut cheese ni pun, ya juga.
PadamBiskut cheese brand apa?
BalasPadamBoleh guna brand apa jer. Saya dah tak ingat. Beli kat Giant
Padam