Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Persinggahan di Dubai Yang Mengubah Persepsi

Percutian Dubai

Saya terpaksa menghentikan seketika catatan siri lawatan ke Las Vegas bagi memberi laluan untuk catatan perjalanan ke Egypt pada 3-11 Mac 2009 kerana Nana Ain, puteri kami akan menamatkan pengajian perubatan di Alexandria University dalam beberapa bulan lagi. Sementara beliau masih di sana, saya ingin menulis catatan ini buat kenang kenangan. Sebelum bercerita berkenaan lawatan ke Egypt, saya kongsikan dulu mengenai persinggahan kami di Dubai sebelum bertolak ke Alexandria dan Cairo.

Kadang kadang saya rasa bersalah dengan Nana kerana sepanjang beliau di sana, itulah kali pertama saya mengunjungi nya sedang ibu bapa kawan kawannya boleh dikatakan setiap tahun ke sana. Biasalah alasan yang diberi ialah kerana ketiadaan cuti. Tapi betulkah itu alasannya? tidak juga kot kerana pada masa yang sama kami sedang membina rumah, jadi memang kena sentiasa memantau kerja kerja pembinaan oleh pekerja Indon yang digaji. Tapi rasanya alasan itu tidak cukup kuat kot kerana saya dan hubby masih setiap tahun bercuti ke luar negara bersama sama dengan syarikat Prudential.

Hmmm apa apa pun hanya Allah sahaja yang Mengetahui betapa saya sebenarnya ingin sahaja bercuti cuti dan melawat beliau di sana tetapi bagaimana pulak dengan anak anak yang lain di sini. hehehe masih cuba mencari alasan.  OK lah berbalik pada lawatan ke Egypt kali ini, memang diluar jangkaan saya pun bila hubby tiba tiba memberitahu yang beliau telah menempah tiket penerbangan ke Egypt melalui Dubai, jadi dia bertanya berapa hari saya ingin berada di Dubai.  Hati gembira bukan kepalang bila mendengarkan Dubai kerana saya memang tidak pernah bermimpi untuk ke Dubai tanpa ada apa apa urusan. Cuma Juita yang sering mengajak kami bercuti ke Dubai. Entah kenapa dalam banyak banyak tempat, dia memilih Dubai sebagai tempat yang ingin dilawati. Mungkin juga disebabkan pengaruh kawan kawan kot.

Percutian Dubai

Kami bermalam beberapa malam juga di Dubai sementara menantikan Nana menghabiskan ujiannya. Di Dubai, kami bertemu dengan Cheq dan Kahar yang kebetulan waktu itu, bertugas di Abu Dhabi. Shopping mall di Dubai memang besar besar dan panjang, rasanya macam nak patah kaki berjalan di dalam satu satu mall. 

Untuk bergerak dari satu mall ke satu mall yang lain juga agak berjauhan dan kena mengambil teksi yang boleh tahan juga tambangnya. Seronok melihat orang Arab yang kaya kaya bershopping, dengan kereta yang besar gah dan yang perempuan pula masing masing membimbit handbag berjenama at least handbag LV.

Gambar gambar di bawah adalah di Deira City Centre iaitu salah satu pusat perniagaan di Dubai, kalau tak silaplah. Berada di sini, tak terasa yang saya sedang berada di bumi Arab tapi sebaliknya seolah berada di negara Pakistan. Rata rata peniaga adalah orang Pakistan. 

Makanan juga makanan Pakistan, barang barang dan kain baju yang dijual juga. Yang paling saya suka, makanan Pakistan di Karachi Darbar yang dibawa oleh Kahar dan Cheq. Tak ada pulak kelihatan orang perempuan yang makan di restoran ini. Memang sedap masakannya terutama kambing. Oleh kerana teringat keenakannya, keesokannya kami mengambil teksi untuk ke sana sekali lagi tapi sayang, masakan kambing yang saya inginkan belum siap kerana kami ke sana awal pagi. Tak ada pilihan kerana sebelah tengaharinya kami perlu bersiap untuk bertolak ke airport sebelah petangnya.   



Kecuali handphone,  lain lain barang berjenama samada sama harga atau lebih mahal dari tempat kita. Harga kunci Baldwin yang saya dan hubby cari cari juga berharga RM7500 satu set. Puas saya menunggu berjam jam depan kedai kunci untuk menunggu kedai dibuka tapi akhirnya frust bila tengok harganya sama sahaja dengan tempat kita. 

Di sana memang pelik sedikit waktu perniagaannya, pada waktu tertentu kedai akan ditutup selama beberapa jam dan buka balik pada sekian waktu.  Itu yang saya terpaksa duduk di depan kedai menunggu ianya dibuka semula.


Percutian Dubai


Lawatan ke Dubai ini telah mengubah persepsi saya mengenai Dubai di mana selama ini saya selalu menganggap Dubai adalah syurga membeli belah bagi kain kain ela yang cantik cantik. 

Ternyata ianya silap, dengan tak banyak kedai yang menjualnya, dengan pilihan yang terhad, dengan harganya, adalah lebih baik saya bershopping di Euro Moda dalam suasana yang mewah. Saya boleh duduk di sofa dan akan ditunjukkan satu persatu kain yang cantik cantik dan tinggal memilih dan membayarnya sahaja.  




Tapi sementara dah ada di Dubai saya belilah juga 4 pasang branded Italian Cotton dan hubby pula menempah beberapa helai kemeja kain linen di Burjuman Shopping Mall yang bukan murah. Sepasang dalam RM400 juga. Maknanya sama harga dengan cotton yang dibeli di Euro Moda. 

Bezanya di sini, banyak pilihan dan cantik cantik tapi di sana, pilihan terhad dan kedainya kecil sahaja. Dikenali sebagai Airlines Shop sebab ramai pilot dan pramugari yang mengunjunginya. Malahan saya bertemu dengan pilot dan beberapa orang pramugari MAS yang sama penerbangan dengan kami juga di situ dan diberitahu itulah kedai kain yang paling besar. 

Hajat hati nak mencari French Lace juga perlu dilupakan. Dulu selalu terbayang yang orang mencari french lace untuk majlis perkahwinan di Dubai.


Percutian Dubai

Walaupun dalam jangkamasa yang singkat, cukup untuk saya mengenali Dubai sedikit sebanyak dan walaupun Dubai mempunyai banyak shopping mall yang besar besar tapi tak ada bezanya di Malaysia kerana semua barang yang ada di sana, ada di Malaysia dengan harga yang sama. Kalau untuk semata mata ke Dubai lagi tanpa mempunyai urusan tertentu, rasanya tidak lah.

OK nanti jumpa lagi di catatan perjalanan di Alexandria pulak...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Persinggahan di Dubai Yang Mengubah Persepsi"

  1. Balasan
    1. Ju, hubby bawa. Ikut jer lah. Siapa tak suka berjalan, kan?

      Padam