Pai Ayam Melbourne
Dah beberapa hari Aween minta saya buatkan pie ayam lagi. Tapi kali ini diberi deskripsi nya, mahu inti basah pekat dan kulit nya mesti berlapis lapis macam mama beli kat ofis tu. Ayam mesti hiris nipis dan letak hanya mushroom dan karot jer. Tak mahu lain lain sayuran.
Ambooi banyak nyer permintaan dia. Bila dikatakan mama tak tahu buat pastri kulit berlapis tu. jawabnya mama belajar lah, cari lah resepi dalam internet. Aduhaaai anak ku, tak sampai hati nak menolak permintaannya. Ini resepi Pai Ayam yang saya sediakan sebelum ini, di SINI
Ambooi banyak nyer permintaan dia. Bila dikatakan mama tak tahu buat pastri kulit berlapis tu. jawabnya mama belajar lah, cari lah resepi dalam internet. Aduhaaai anak ku, tak sampai hati nak menolak permintaannya. Ini resepi Pai Ayam yang saya sediakan sebelum ini, di SINI
Dah 2 malam dia minta saya buatkan pie ayam. Bila saya beritahu mana sempat sebab balik dah lewat, nak kena buat doh lagi. Masih dijawab, balik ofis terus buat doh simpan dalam peti. Lepas tu, mama gi solat dan lepas solat baru buat. Tapi saya minta tangguh sehingga hari sabtu jer supaya tak terkocoh kocoh. Masih nak deal dengan meminta saya mengajar Juita supaya Juita buatkan pie.
Dalam tercari cari resepi, terjumpa pie ayam Melbourne dari blog Teratak Impian yang disalin dari buku masakan Secukup Rasa oleh penyanyi Nora. Kebetulan anak Nora, kawan dengan Aween di sekolah. Dulu saya pernah minta hubby gi beli rempah kuzi Nora di PJ sebab teringin sangat nak makan kuzi Kelantan.
Seperti dijanjikan, akhirnya pagi pagi sabtu, saya membuat pai ayam untuk Aween. Memang sedap sangat pai ayam ini. Cara menyediakannya pun sangat mudah dan cepat. Apakata kita sediakan sendiri di rumah. Boleh jer dibakar menggunakan acuan pie yang besar atau menggunakan acuan pie aluminium yang kecil bersaiz 4 inci tu. Jom layan resepi dulu ...
Pai Ayam Melbourne
Untuk inti pai (filling):
1 cawam isi ayam- hiris nipis
1 cawan cendawan butang- hiris nipis
1 tin sup cendawan butang Campbell
1 tin (kecil) kacang pis
1 biji bawang besar- potong dadu
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
1 sudu besar lada sulah
2 sudu besar mentega/minyak zaitun
1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)
Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)
Untuk pastri :
Untuk pastri :
100 gram tepung gandum
50 gram mentega
secubit garam
2 sudu besar air
Saya guna:
Kulit roti pratha jenama kawan
Cara cara:
Cara cara:
Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.
Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit.
Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai.
Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas.
Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sudu kecil air utk mengilatkannya.
Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan ketepikan seketika.
Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu. Bakar selama 5-6 minit.
Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai.
Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas.
Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sudu kecil air utk mengilatkannya.
Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C.
TIPS:
*Nora galakan menguna kulit/pastri segera kerana ia senang dimasak.Sedap dan menjimatkan masa. Ia boleh dibeli di kedai biasa atau di pasar raya.
*Jangan masak terlalu lama sebab inti pai itu tadi sudah pun hampir masak.
*Sekiranya tidak mahu membuat base pun tidak mengapa. Cukup dgn kulit diatas sahaja
*Sesuai juga utk beginner tetapi mesti ikut arahan dgn betul.
Salam Azie....cantik dan nampak sedap. Hehe saya pun terasa nak makan juga..sungguh mengoda pagi pagi nie .
BalasPadamCK, terima kasih kerana sudi singgah. Gembira pagi pagi terima tetamu. Anak saya nakkan pai yang berlapis lapis macam roti canai. Jadi guna roti pratha, sedap sekali. Mudah pun, tak perlu mencanai pastri macam selalu.
PadamSalam...mohon guna resepi ini utk masakan ye...
PadamSalam kak Azie...
BalasPadamwow....mneggodanya...must try nie....
nmpk sedap pun ye jugak nie....
As salam Asyifa, terima kasih kerana mengunjungi. Memang sedap dan mudah pulak menyediakannya. Jom cuba, nanti jemput kita datang...
Padamsedapnya zie minta lah dua tiga biji kenyang ni kalau makan pai ayam ni kan
BalasPadamKak Noor, bila buat sendiri memang puashati. Boleh makan berapa banyak pun. Lagi jimat dan sedap, kan? Rupanya guna roti pratha untuk jadikan pastri berlapis lapis macam yg my son mahukan tu. klau pastri buat sendiri, tak berlapis macam roti canai.
PadamLama CikWan tak singgah dapur Kak Azie ni. maaf ye kak...harini berkesempatan nak bw..akhirnya sampai jugak. Bertuah si Aween tu..mama melayan je apa yang direquest. akak, pastry segera tu nak dapatkan kat mana ye?
BalasPadamTerima kasih kerana ingatkan kita wp dalam sibuk sibuk. Aween jer yang masih pemakan dalam rumah ni. Yang lain, tak kisah. Apa yang kita sediakan, yang tu lah mereka makan. Kita pun seronok bila dapat memenuhi kehendak mereka. Moga moga nnt bila dah besar, mereka akan ingatkan kita ya, CW?
Padamd5 suker sgt pai nie..nnt nk buat lah kalau ade kelapangan heheheh :D
BalasPadamDZ, memang banyak dipermudahkan hidup kita lah dengan adanya pastri segera ni. Anak kami pulak suka dengan pastri pratha kawan sb dia nak kulit pai yang berlapis lapis. Lagi mudah tapi mahal lah sikit berbanding dengan pastri yang kita buat sendiri. Kalau dah buat, tayang kat blog ya. Nak tengok kejadian hasil tangan DZ pulak. Insya Allah, ada kelapangan nanti tu
PadamSalam Kak Azie, jauh sgguh pai ni dari Melbourne hehe :-)...patut la sedap... Thanks for the recipe kak...mmg marveles & terangkat rasa dia...tp saya buat dlm caserole senang terus potong2 je..
BalasPadamDear Haniza, terima kasih kerana mencuba dan sudi meninggalkan feedback di sini. Kalau buat guna kaserol lagi senang. Tapi my son nak guna bekas kecil kecil pai tu. Katanya senang nak makan. Dia tak suka dipotong potong. Ingat nanti nak buat guna kaserol juga lah, for a change
PadamWelcome Kak Azie...benda yg baik elok kita kongsi :-) Saya dah try a few resepi akak & so far sume menjadi & received a good feedback from Hubby hehe...dia suke sgt2... Thanks a lot for sharing ur recipes kt blog ni.
BalasPadamHubby dan anak anak adalah the best person to be judges sebab kalau tak sedap, mereka akan komen utk diperbaiki lagi di masa akan datang.
PadamSalam perkenalan.Kuih Kak Azie ni berseleralah .Mesti sedap kan...
BalasPadamSalam kenal juga, pai memang kegemaran anak bongsu saya. mmg sedap
PadamMacam best.. nak cube lah
PadamAunty! Nisa ni. Ive tried this recipe. Sedap sgt n so simple. Thanks aunty :-)
BalasPadamHi Nisa, sedapkan? Anak anak aunty cukup suka chicken pie ini. Salam buat hubby Nisa
Padamsist..sist guna roti pratha tu utk base bawah n atas kew?? perlu bake dl ek base bawah tu b4masuk filling??
BalasPadamYa guna atas dan bawah. Tak bakar pun, terus masukkan inti.
PadamMacam sedap je Azie...akan suka juga mkn pie ni....
BalasPadamPada saya pai ini sangat sedap dan mudah menyediakannya
PadamSaya dah try pai ni.....sangat mabeles....sedap sangat.......
BalasPadamAssalam sis...nk tanya, sis bg 2 resepi kan utk kulit? Sis guna dua2 or kulit pratha je utk resepi ni?..confuse le...maklum le saya bdak baru bljr...
BalasPadamBoleh guna mana mana jer yg disukai. Saya guna pratha
PadamFoto untuk nampak menyelerakan. Ada masa lapang saya nak buat untuk anak saya. Terima kasihlah berkongsi resepi ini.
BalasPadamMaksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil
sy x faham... guna roti pratha.. kalau beliroti pratha die punye size kn besar.. mk kene potong ikut acuan ke..??
BalasPadam**husband yg nak try buat... :p :p
Ya. Blh tgk gambar. Kalau lapisan bawah, blh tampal tampal lagi.
Padamhuhu, terbakar saya tengok gmbr pie ayam tu. terus buat kertas kerja kat mama nak buat nnt..haha
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie. Macam mana kak azie lapiskan kulit prata tu? Berapa layer kulit prata kak azie letak? Teringin jgk nak buat pie berlapis mcm kat kedai tu.😅
BalasPadamwahh...akan segera la sy berdesup mencari pastri , nak try jgk buat pie ayam ni... tq utk resepi nya.... sesuai jgk klu wat mlm n bwkn bekal untuk anak ke sekolah kan... :)
BalasPadamsedapnya...tgk inti, terliur jer
BalasPadamTQ KAK AZIE...BANYAK ILMU DAPAT
BalasPadamAda video nk buat pai tu x kak azie
BalasPadamassalamualaikum kak, saya nak tanya berapa hasil pai ayam yang kak azie dapat?
BalasPadam