Masak Lemak Cili Padi Ikan Senangin Dengan Petai
Semasa balik dari pejabat semalam, kami singgah di kedai runcit untuk membeli santan dan petai untuk dibuat Masak Lemak Cili Padi Ikan Senangin Dengan Petai. Ikan senangin adalah antara ikan yang saya beli semasa program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) ke Morib, alaaa sama dengan TV3 tu.
Bila hubby minta saya memasak sebab anak anak semua ada, kepala ligat memikirkan menunya. Apabila hubby sendiri mencadangkan masak lemak, kerja saya menjadi mudah. Tinggal balik cari bahan diperlukan dan masak sahaja.
Tapi entah kenapa semalam, 3 kedai runcit kami pergi untuk mendapatkan petai dan hanya kedai runcit ke3, baru jumpa. Itu pun petai yang dah kecut. Biasanya memang sentiasa adalah petai yang dah siap dikupas.
Sedap masak lemak ikan jika dimasukkan sedikit petai dan dimasak dengan kuah pekat. Lebih lebih lagi, jika menggunakan ikan tenggiri. Alahaai anak anak semua komplen sebab kuah masak lemak yang dikatakan terlalu pedas. Rasa bersalah pulak, walaupun saya sebenarnya dah pun mengurangkan bilangan cili padi. Mungkin sebab menggunakan cili padi kampung, menyebabkan kejadiannya begitu.
Ini adalah antara masakan feveret di rumah kami, jadi masakan ini dimasak berulang ulang. Jom layan resepinya...

Masak Lemak Cili Padi Ikan Senangin Dg Petai
5 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
1 asam keping
Sedikit petai - buang kulit
Santan secukupnya
Garam
Cara cara:
Kisar cili api dan kunyit hidup dengan sedikit santan. Masakkan bahan kisar dengan ikan di atas dapur sehingga hampir kering.
Cara cara:
Kisar cili api dan kunyit hidup dengan sedikit santan. Masakkan bahan kisar dengan ikan di atas dapur sehingga hampir kering.
Masukkan santan pekat dan petai. Kacau selalu di atas api perlahan supaya tidak pecah minyak.
Akhir sekali masukkan asam keping dan garam. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.
salam Zie amboi sdpnya ikan senangin berpetai tu pekat lagi kuah nya fulamakkk tingin sangat2 ni kalau dapat lah sepotong wow mmg hilang ngidam ni..
BalasPadamKak Noor, masak lemak yang pekat pekat memang sedap tapi semalam dah terpedas sikit pada anak anak. Lagi lagi kalau menggunakan ikan yang segar
PadamSalam sis.sedapnya tengok masak lemak pekat gini....campur petai lagi....mmg favorit sy masak lemak.tengok JJCM kat Morib tu...besar2 ikannya...lauk yg dipesanpun nampak menyelerakan..
BalasPadamMamasya, di Morib tu ikan semua besar besar dan tak boleh dipotong pulak. Tak pernah tengok ikan kerisi sebsar tu. biasanya kerisi kecik kecik jer kan. Ikan tu kita bawa ke restoran sebahagiannya untuk dimasak. Memang best sangat.
PadamKAK AZIE IKAN KERISI BESAR DI PANGGIL IBU KERISI MMG SEDAP SANGAT LEMAK MANIS ISI NYA MACAM SENAGIN LAH REGANYA MAHAL SBB LIMITED EDITION
BalasPadamkak azie, memang tak perlu letak bawang ke dlm resipi ni?
BalasPadamMasak lemak cili padi stail noghori yg ori, memang tak letak. Tapi kalau nak letak pun boleh. Semua terpulang.
Padam