Masak Lemak Lala
Selain Udang Goreng Garam Kunyit dengan Kacang Panjang, saya juga menyediakan Masak Lemak Lala yang resepinya saya minta dari tukang masak di gerai makanan Kelantan di Kota Damansara.
Semasa dalam perjalanan ke pejabat pada tengahari semalam, kami singgah makan di gerai masakan Kelantan bernama selera Pantai Timur yang pagi pagi menjual bermacam makanan Kelantan kegemaran saya. Semalam adalah hari pertama saya masuk pejabat selepas balik bercuti dari San Francisco dan Las Vegas. Saya terpaksa mengambil cuti separuh hari sebelah pagi kerana masih tak boleh bangun. Walaupun malamnya mengambil ubat tidur, saya masih tak boleh tidur mungkin sebab lewat mengambil ubat.
Oleh kerana lala adalah kegemaran Aween, saya meringankan mulut bertanya mak cik yang bekerja di situ cara cara memasaknya. Dari apa yang dicerita, saya terus menyalin resepi ke dalam ipad supaya tidak lupa.
Hari ini semasa balik dari pejabat, singgah di kedai runcit dan kebetulan ternampak lala yang agak segar, saya pun terus membeli bahan keperluan untuk membuat Masak Lemak Lala mengikut resepi yang saya salin dari gerai Kelantan tempohari.
Hari ini semasa balik dari pejabat, singgah di kedai runcit dan kebetulan ternampak lala yang agak segar, saya pun terus membeli bahan keperluan untuk membuat Masak Lemak Lala mengikut resepi yang saya salin dari gerai Kelantan tempohari.
Bahan bahan:
Cili padi - ikut pedas yang disukai
Cili padi - ikut pedas yang disukai
1 inci Kunyit hidup
3 bawang merah
2 bawang putih
2 serai - ketuk
2 cili hijau - belah 2
Santan pekat
Santan pekat
1 asam keping
Garam
Gula
Kisar cili padi, kunyit, bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai ketuk.
Masukkan lala dan masak sehingga ianya terbuka dan air agak kering kerana lala mengeluarkan air.
Kemudian baru dimasukkan santan pekat.
Kemudian baru dimasukkan santan pekat.
Masak sehingga naik minyak, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Jika suka, masukkan cili hijau yang dibelah 2 sebagai hiasan.
Angkat dan dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
lauk fav pak mentua QH ni kak...suka sgt dia mkn lala...hihi...nmpk sedap..nti bleh la cuba jugak...
BalasPadamQH, lala ni kegemaran anak bongsu saya. Kalau ke Giant, tak cukup beli satu pack. Nnt dia akan tanya kenapa beli satu pack jer. Malam tadi dia makan dua kali. Lepas sejam masuk makan lagi sekali. Mak cik tukang masak tu cakap " alaaa resepi yang selalu tunjuk kat TV tu". Dalam gitu, dia bagi jer resepi dan cara cara memasaknya. Memang sedap terutama jika kuahnya dibuat pekat pekat.
Padamowh la la... ;)
BalasPadamOwh la la... I like CW, yeaah
PadamThanks for the recipe. I'm super excited to cook this today. My dad's going to smile for this ... :)
BalasPadamThank you
Kak Azie, know what, if aza nak masak apa2 especially yang tak sure mesti cari Azie kitchen. Confirm sedap!
BalasPadamSalam, kak azie.. Terima kasih byk2 sb byk dh resepi kak azie yg sy dah try..Alhamdulillah sedap n jadi.. Nk2 lg mknn klate..hope one fine day bleh kenal kak azie face to face.. Terima kasih lg skali kak azie..
BalasPadamKan
PadamTakda la susah sangat eh, petang ni nak buat untuk menu berbuka la. Tq kak.
BalasPadamsaya peminat azie kitchen....terima kasih kak azie sbb resepi yg dikongsi sgt mudah dipelajari utk org baru kahwin seperti saya...yg penting walaupn resepi nya simple tp hidangan mmng tak mngecewakan....Alhmdulillah,suami saya banyak memberi support utk saya terus bljar memasak...semoga Allah memudahkan segala urusan kak azie
BalasPadamAlhamdulillah. Selamat pengantin baru.
PadamTerima kasih kak azie atas resepi2 yg sedap & senang. Saya minta halal resepi2nya ye❤️
BalasPadam