Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak II
Yeay yeay akhirnya berjaya. Saya memang tak cepat berputus asa, lagi tak jadi, lagi saya nak cuba sekali lagi. Tak boleh ditunggu tunggu lagi, kalau boleh masa tu juga. Malam tadi macam merajuk juga sebab minta hubby beli tepung kacang hijau tapi dia terlupa untuk singgah di kedai runcit.
Saya tak puashati dengan kejadian Kuih Koleh Kacang yang saya buat beberapa hari lepas. Klik di SINI. Seperti yang saya katakan, tiada cacat cela dengan resepi kerana Ayu membuatnya dengan kejadian yang sangat perfect.
Tapi hari ini saya tak menggunakan resepi dari blog Ayu tapi menggunakan resepi yang diambil blog resepimasakan2. Lepas lepas ni baru nak cuba resepi Ayu kerana saya masih percaya pada resepi itu. Malahan dari apa yang ditulis oleh Ayu, memang sah saya dah tersilap beli tepung kacang hijau yang sepatutnya berwarna kekuningan tetapi saya terbeli yang berwarna putih seperti tepung.
Saya pun tak kenal tepung tu, jadi bergantung jer apa yang diberi oleh adik di City Bakers. Hubby membelinya di Giant yang berjenama Kijang. Terima kasih, Ayu kerana saya telah pun mendapat jawapan kepada persoalan di kepala sebelum ini.
Yang saya tertarik berkenaan resepi ini ialah ianya ditulis sebagai mudah dan sedap. Apa apa yang mudah dan sedap ni memang saya suka. Lagi pulak bahan bahannya disukat menggunakan cawan sahaja. Maklumlah masa saya pun terhad. Sampai rumah tiap hari pun dah agak lewat dan badan pun dah penat kan.
Hari ini macam mana penat sekali pun, saya tetap ke dapur untuk memasak Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak sekali lagi. Alhamdulillah, dengan menggunakan bahan yang betul, saya berjaya menghasilkan kuih koleh yang diidam idamkan. Gembira bukan kepalang dan hati berlagu riang. Hubby pun suka dan kata kuih koleh saya menjadi. Oooh yess. Jom kita layan dulu...
Kuih Koleh Kacang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
Selamat mencuba Resepi Kuih Koleh Kacang Mudah dan Sedap!
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam
Cara-cara
Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sb lebihan minyaknya dalam kuali.
Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.
Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.
Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.
Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.
Selamat mencuba Resepi Kuih Koleh Kacang Mudah dan Sedap!
Azie leh guna santan kotak tak or kena jugak2 santan fresh...suker kuih nie heheheh thanks kongsi resepi...
BalasPadamD5, santan kotak pun boleh. Tapi tadi saya guna santan fresh dan campur sikit dengan santan kotak. My hubby pun suka dan tadi dihidangkan pada ustaz yang mengajar anak anak kami dan nampaknya ustaz pun suka. Saya lagilah suka bila ramai yang suka makan apa yang kita masak.
Padampic dia pun mmg nampak sedap...kalau tahi minyak tu leh jd ke kalau kiter guna santan kotak ek..teringin d5 nk cuba resepi nie...alangkah indah nyer kalau d5 jiran Azie hehehhehhe
PadamD5, best kalau kita berjiran kan? Boleh bertukar masakan terutama bulan Ramadhan ni. Tak berani nak cakap kalau tahi minyak menjadi dengan menggunakan santan kotak. D5 boleh buat eksperimen dan share hasilnya. Rasanya macam OK kerana sekarang banyak kuih muih seperti tepung bingka, kuih talam hanya menggunakan santan kotak jer. Lagipun santan fresh yang dibeli tu, rasanya dah dicampur dengan tepung sebab lain macam jer pekatnya. Ingat tadi nak beli kelapa parut dan perah sendiri santannya.
Padambetul betul betul..hehhehe ty Azie bg tips kat d5 :D...nnt kalau tercube resepi nie d5 post ek :D
PadamYes, dah cuba bagi komen ya
Padamazie D5 dah cube terbaek lah sedap sgt n mudah lak tu thanks ek Azie hehehhe...
PadamTahniah, I tengok kejadian kuih koleh D5 lagi cantik. Mine look a bit dry, may be due to overcooked. Apa apa pun kita telah mencuba dan memecah rekod diri sendiri.
PadamAssalam AzIe,
BalasPadamwah!!!! tahniah dah menjadi dah koleh2 Azie ni..
cantik pun ya..pasti sedap juga..
ha ini baru betul tepung kacang hijau tu..hehehe..
Untuk jawapan tahi minyak memang boleh gunakan santan kotak tu aje..i did that..
dan alhamdullilah menjadi..:)
Terima kasih kerana sudi mengunjungi. Kali ini memang betul tepung kacang hijau goreng. Tapi Ayu punya lagi cantik, permukaan nampak oily and moist. Mine looks a bit dry, Alhamdulillah gembira sangat kerana akhirnya misi tercapai
Padamsalam azie..tq sbb share resipi..akak dah try, izin letak kt blog akak plak ye...
BalasPadamJun, silakan. Nanti saya visit blog Jun
Padamsalam alaik..kak,,
Padamsy baru first time nak cube buat..
em..santan yg mane tok wat taik minyak?
yg 1 cawan pekat tu ke or 2 cawan santan tu??
then,,kukus ke bakar??hehe.
time kasih..;)
Ada ditulis dalam cara cara menyediakannya. 1 cawan santan utk tahi minyak.
Padamsalam kak..
BalasPadamkole kacang akk tu nmpk sedap sgt..seriously cam pro hehe..
i should try once..i will hehe
Kak,santan yg utk tahi minyak tu 1cawan,pastu yg bhn untuk kuih tu santan bpe byk???
BalasPadam2 cawan santan.
PadamMelabu kali ni Kay suka masak.
BalasPadamTengok kuih ni, teringin sgt. First time try xjadi. Bila baca n3 ni, rasanya sbb tepung kot. Beli tepung yg warna putih. So, kena cari tepung yg betul dulu, baru boleh cuba Kali kedua. Tq Azie.
Guna kacang ijau n goreng atas kuali smp garing. Pastu blender n tapis.jd dh tpung kcg ijau ori.lg sdp..cuba lh try.
BalasPadamNak try buat tepung sndiri la...ada tak yg buat kuih utk jual. Berapa harga ya
PadamSalam kak azie... Trima kasih dgn resepi akk nnt saya nk cuba buat kuih ni plak... Dh bnyk resepi akk yg saya cuba semuanya mjadi... Trima kasih dgn ilmu yg akk beri.. Hnya Allah saja yg dpt mbalasnya...
BalasPadamAssalam akk..sy dh try bt..tp nk bt tahi mnyk tu failed..blh ajar lg x? Kurang faham
BalasPadamMasakkan santan pekat sambil terus dikacau sehingga terhasilnya tahi minyak. Guna santan pekat
Padamsy dh cuba sekali..sy amik sket minyak yg wat tahi minyak 2..campur dlm adunan tepung ms kita kacau time dh pekat 2..koleh akn berkilat..
BalasPadamKole kacang kegemaran saya. Nak kalau kuih tu lebik sikit jangan keras
BalasPadamassalam...nak tnye lah...kenapa kole kacang saya merekah ye?
BalasPadamAssalamualaikum Azie, terima kasih dgn resepi, Alhamdulillah menjadi saya buat. Lemak & lembut juga cukup rasa. Saya siap suruh Kakak post kan jugak tepung kacang hijau jenama kijang. Kat cni memang takde cuma yg ada warna putih. Salam dari Perantauan EIRE
BalasPadamsalam sis.. kenapa santan utk tahi minyak saya tk terjadi... dah 2 kali cuba teru tk jadi... bila dia dah kering cuma hangus.. tkde langsung minyak kluar...
BalasPadamWslm. Nak bagi jadi kena guna santan yang diperah dari kelapa parut. Banyak santan dijual segera skrg ni dicampur dg tepung.
PadamSalam..sya nak ucapkan terima kasih pd kak azie..sb semua resepi yg kak azie share yg mana sya buat semua menjadi..alhamdulilah..
BalasPadamAssalamualaikum kak. Saya nak mohon halalkan resepi akak ni. Dah lama saya memang ikut resepi yang ni je. Sampai ada orang nak tempah pula dari saya. Mohon izin dan halalkan ye kak
BalasPadam-ira-
salam kak..sy br cuba hari ini.menjadi tp knp rupa koleh kcg sy tak rata dan rasa sedikit masam.sy pakai tepung kcg cap 2 kambing
BalasPadamAssalam kak. Saya mmg slalu follow entry akak Aziem stiap resepi kuih talam mest sy buat resepi dari Kak Azie dan alhamdulillah smuanya menjadi. Nanti sy nak buat resepi kole kacang akak pulak sbb suami suka.. huhu..
BalasPadammmg jadi....thorbaekkkk....
BalasPadamSaya share puan..t.kasih
BalasPadamThanks Puan Azie... saya try buat and jadi 👍👍👍
BalasPadamSy bru nk menacing harap2 mnjadi
BalasPadamT.kasih pn saya dh buat jadi dn sedap rasanya
BalasPadam