Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak
Masa kecil kecil dulu bila makan Kuih Koleh dengan Tahi Minyak, memang saya akan mengutip tahi minyak. Sedap sekali rasanya. Walaupun resepi ini tidak ada cacatnya, sedap juga tapi ianya tidak menepati kuih koleh yang saya makan sejak dari kecil di kampung saya sehingga kini. Saya tak tahu kalau resepi yang saya ambil ini adalah resepi dari mana tetapi ianya bukan resepi Kuih Koleh Kelantan yang saya idam idamkan. Sebagai che mek molek, saya memang tahu merasa kalau kuih muih itu rasa seperti kuih ori Kelantan. Nampaknya saya kena merisik lagi resepinya dari orang orang tua bila balik kampung nanti. huhuhu cedih cedih sekali.
Entah kenapa dua tiga hari ini saya memang keterlaluan penatnya sehingga balik rumah jer, terus terlelap dulu. Jadi bila badan penat, lagilah mood nak membuat kuih tak sepenuh hati walaupun teringin nak membuatnya juga. Keinginan minda dan keupayaan tubuh badan tak selari. Tadi terpaksa minta talian hayat, kena panggil Juita tolong mengacau tahi minyak di atas dapur kerana saya rasa letih sangat untuk terus berdiri. Last last dah terlebih garing pulak kejadian tahi minyak nya.
Terima kasih pada Ayu dari Curlybabesatisfaction, yang telah sudi memberi komen yang membantu saya untuk memperbaikinya. Dari komen Ayu, rasanya saya dah tersalah guna tepung kacang hijau. Menurut Ayu, tepung kacang hijau yang digunakan berwarna kekuningan sedangkan yang saya guna adalah berwarna putih. Sekarang dah dapat jawapannya, seterusnya kenalah cuba sekali lagi... Klik di SINI untuk melihat percubaan kali kedua membuat Kuih Koleh Kacang.
Kuih Koleh Kacang Dengan Tahi Minyak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan A
3 cawan santan pekat
1 daun pandan
1/2 sudu kecil garam
Bahan bahan B
Bahan bahan B
300 gram tepung kacang hijau
4 cawan air
1 sudu kecil brown colouring
Bahan bahan C
Bahan bahan C
420-450 gula melaka (guna 260-300)
1/2 cawan air
Bahan bahan D
Bahan bahan D
1 1/2 cawan santan kelapa
Secubit garam
Cara cara:
Cara cara:
Satukan bahan B dan ketepikan selama 2 jam atau semalaman. Boleh jer jika ingin terus dibuat pun.
Masak bahan C sehingga larut, sejukkan dan tapis. Ketepikan.
Masak bahan D sehingga menjadi tahi minyak dan ketepikan.
Satukan bahan A, B dan C. Kacau rata. Kemudian masakkan atas api sederhana dengan selalu dikacau selama 15-20 minit atau sehingga nampak pecah minyak dan berkilat.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit minyak. Ratakan dan tabur dengan tahi minyak dinatasnya.
Sejukkan kuih sebelum dipotong.
Nota:
cukup untuk 1/2 adunan jika untuk keluarga kami sahaja kerana 1 adunan menghasilkan koleh yang agak banyak.

asslm Kak Azie...sedapnya kuih koleh kacang tu...kuih fav QH ni tau...hritu ade buat tp jd la...
BalasPadamakak dh beli lum mjlh jelita jun 2012...psl review blog kita...hihi...QH dh dptkn dh...hihi
Oh tahniah QH, nnt saya tengok sebab saya jarang beli Jelita. Bila ada benda menarik baru dibeli. Dalam majalah LAMAN dan NONA bulan Julai, Insya Allah ada gambar kami.
PadamKuih koleh ni pun jadi tapi saya tak mahu kuih koleh yang licin macam dodol. Saya nak yang kuih koleh ori Kelantan
Assalammualaikum Kak Azie, terima kasih sharing resepnya. Saya telah mencoba, hasilnya sedappp.
BalasPadamAssalamualaikum..haa sy punya koleh pun jadi tpi xmenepati rasa yg dinginkn..rupanya punca tepung sy pun warna putih hihi..d negara sejuk ni susah nk dpt bhan yg exactly mcm.kat Msia..Tapi akn terus mncari tepung tu..Tq kak Azie sbb sama juga mencari punca kekurangan dlm pembuatan ni
BalasPadam