Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap


Kuih Akok adalah kuih tradisional yang tersohor di negeri Che Siti Wan Kembang, negeri kelahiranku. Akok yang sedap biasanya lemak, lembut dan berkedut kedut rupanya. Masih ingat lagi kuih Akok yang sedap di jual di pasar Bachok sehinggakan kakak saya order kuih Akok untuk majlis pernikahan beliau. 

Tapi kini nak cari akok yang benar benar sedap di Bachok atau Jelawat, tak ada lagi. Semuanya macam dah short cut, bakar guna oven elektrik jer, bukan lagi dapur kayu dengan sabut seperti dulu dulu.

Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap

Tapi di KL ni, ada tempat yang menjual akok yang sedap. Nak tahu di mana? Tempatnya ialaaah... hehehe kasi suspen sikit. Saya kalau setiap kali ke sini, mesti bungkus 2 atau 3 bungkus akok untuk dibawa balik ke pejabat atau rumah. Dalam kereta tu, tentunya beberapa biji dah missing. Hmm maknanya sedap lah tu.  


Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap

Eh eh lupa pulak, saya belum kasi tahu kat mana tempatnya. Alaaa tu haa depan dengan PPZ kat Chow Kit tu, restoran makanan Kelantan yang famous tersohor tu, Restoran MMZ. Nanti kalau tak nak buat sendiri, gi jer sana dan beli akok, sedap. 

Memang rasa macam akok yang dimasak oleh orang Kelantan di Kelantan lah. Bukan apa, orang Kelantan ni bila berada di KL, masakan Kelantan dah tak jadi macam original masakan Kelantan. Saya pun tak faham kenapa jadi gitu, banyak cut short ke apa ke.

Kuih Akok ni memang sedap, tengok dah berapa kali tu, cakap sedap, sedap. Maknanya betul betul sedap lah dan diet pun gerenti hancuish. Anak anak tak berapa gemar kuih tradisional camni, jadi saya lah tukang menghabiskannya. Takut membazirkan.

Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap
Kuih Akok Kelantan

Bahan-bahan (21 biji)
5 biji telur
200 ml santan pekat - guna santan segar lagi sedap
100 ml air
150 gram gula melaka 
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan - disiat-siat
2 cubit garam halus 


Cara cara:
Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.

Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.

Panaskan oven pada suhu 200C. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan. Panaskan acuan baulu/muffin ke dalamnya. 

Isi penuh acuan dan bakar selama 10-15 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. 


Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap

Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap

Bolehlah dihidangkan dengan teh O sebagai hidangan petang bersama keluarga.

Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap

Enjoy...
 
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

33 ulasan for "Kuih Akok Berkedut Kedut Yang Sedap"

  1. mekasih lg sekali...nie pun salah satu pebret d5 hehhehe mmg jatuh cinta ngan makanan pantai timur nih insyaallah d5 akan cube membuat nyer, pic dia nampak sedap sgt best nyer kalau jd jiran Azie nie hehehhe:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. D5, mai lah jadi jiran saya. Bangla pekerja kontrak belakang rumah pun selalu juga saya hantarkan makanan pada dia. Sehari dua ni pesta makanan Kelantan di Villa Nur Qaseh. Minuman petang nanti, barulah kuih nasional, Karipap Ayam.

      Padam
  2. best2 ...karipap ayam ek d5 br je buat curry puff daging..hik hik hik still takut lg nk buat doh karipap ekkeke takut xmenjadik so guna ape yg ade je dlm freezer tu..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semalam dah siap semua inti dan doh tapi tak sempat mencanainya kerana hubby ajak jalan jalan cari makan ke Morib. Insya Allah, hari ni boleh sambung misi karipap ayam. Wah curry puff daging pun sedap.

      Padam
  3. Kak Azie saya dah cuba memang sedap dan berbaloi2.Keluarga saya mmg suka bangat dengan kuih akok ni,mereka semua kata sedddaaaaaaap.tkasih kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah kerana berjaya menyediakan kuih yang disukai oleh keluarga tercinta

      Padam
    2. kak azie marilah tengok rupa kuih yang As dah buat ni dan komen nanti tau

      Padam
    3. As, maaf baru perasan. Insya Allah.

      Padam
  4. guna telor aym ke telor itik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anis, saya guna telur ayam tapi kalau guna telur itik,lagi sedap

      Padam
  5. tq k.azie sudi kgsi resepi
    nti ejah nak cube buat lah
    ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama. Dah buat, blh lah bagi feedback

      Padam
  6. terima kasih sudi berkongsi resipi. dah try dan memang menjadi dan sedap.suami gembira berbuka puasa.

    BalasPadam
  7. 30 gram tepung gandum tu lebih kurang berapa cawan ye? kami takde penimbang, baru belajar nak wat kuih ni...

    BalasPadam
  8. terima kasih puan..syida dh cuba mcm2 resepi dri blog puan azie..mmg terbaik la..nak2..akok n nasi ayam..fmly mmg suka sgt smpai mnjilat jari..trima kasih sekali lagi krana sudi bkongsi rhsia yg mmg terbaik..nak2 yg mcm syida ni..xberapa pndai sgt nk masak..

    BalasPadam
  9. salam akak..ehheh..macih share resepi kuih akok ni au..,,tp kan akak..lau sy nak pakai mikrowave agak2 menjdi tak kuih sy uh nt,,,xke alamatnye nt kuih len lak yang jadinye..:D

    BalasPadam
  10. acuan tu nak dapat kat mane?? :)

    BalasPadam
  11. salam kak aZie....
    nak try esok,klo berkesempatan....
    nmpk menarik sgt.

    BalasPadam
  12. Ya Allah..azie memang hebattt... tq azie share2 resepi yg sedap2 nihh...

    BalasPadam
  13. Febret niiii... nak kene buat gak ni. Beli kt kedai xsedap. Xkene selera kite. Tenkiu share resepi best ni

    BalasPadam
  14. Kak Azie, resepi akak semua best. Sy nak cuba nanti. Terima kasih sudi berkongsi resepi ini.

    BalasPadam
  15. Sedapnya akok ni... rindu nak makan yg original dr kelate... hujan2 ni lagi best kalau dapat... hehehe. tq kak kongsi resepi ni

    BalasPadam
  16. Salam kak.. masukkn santan tu masa gula melaka panas lg yee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam pinggan tu semua tuk 5 biji telur ye..

      K.aie g la kota nhru.. banyak lg akok sedap.. dkt area jpj tu.. huhuu.. tp kena oder awal kalo x.. mmg abis la. Kitorg sll beli tapau wat balik KL

      Padam
  17. K azie pkai oven mcm mna ye?

    BalasPadam
  18. puan azie pakai acuan elektrik ke? boleh saya tahu jenamanya?

    BalasPadam
  19. Tqvm....memang sedap. Tepung jgn bykkan...nanti keras tak kedut. Kalau pakai arang atau sabut...main api atas....ngam tu.

    BalasPadam
  20. Nak kena cuba ni. Oven biasa boleh ke?

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah menjadi..guna oven biasa je, setkan api atas bawah. Tqvm

    BalasPadam
  22. Salam k.azie..nk tye klu kita pakai acuan cupcake/ acuan muffin kertas bole x?

    BalasPadam
  23. Sedapnya kak azie... Btw kak azie guna bekas muffin nih kena panaskan dulu yer... Brapa lama panaskan.

    BalasPadam