Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerang Rebus Untuk Aween


Kerang Rebus Untuk Aween

Kalau biasanya saya rebus jer kerang, masuk garam dan bawang, masak bolehlah angkat dan makan, Haaa gitu jer. Tapi kita ni kena sentiasa belajar, belajar seumur hidup lah katakan. 

Jadi saya belek belek lah cara orang lain membuat kerang rebus. Zaiton owner di saloon pasar Taman Tun Dr Ismail yang saya pergi tadi ajar dengan cara merebus air hingga mendidih dan curahkan atas kerang yang telah dibasuh bersih. Itu jer. 


Kerang Rebus Untuk Aween

Kerang Rebus Untuk Aween


Boleh lah makan dengan sambal cuka atau dengan sambal kicap. Saya tak buat pun, tapi kalau nak buat, saya ada share resepi yang saya ambil dari blog Che Mat Gebu. Kami cuma cicah dengan pencicah keropok/makanan laut yang dibawa dari Kelantan.


Kerang Rebus Untuk Aween

Saya borong semua baki kerang yang ada tadi sebab kesian pulak kalau tinggal sikit. Maklumlah kerang ni biasanya orang beli banyak kerana kulit jer yang berat, isi sedikit jer. Lagi pulak terpesona melihatkan kerang kerang tu tersenyum manis. Tapi tahu pulak depa tu, sampai jer di rumah kami, terus semua tutup mulut.  

Bila time nak memasak, barulah mereka mula membuka mulut semula. Saya pun jadi senang hati kerana kerang masih hidup dan pastinya segar. hahaha joke tak berilmiah pulak si Azie malam malam ni. Jom layan lah gambar yang diambil waktu malam kerana saya tunggu Aween balik sekolah sebelum merebus supaya ianya dapat dihidangkan panas panas...



Kerang Rebus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan
3 kg kerang
1 labu bawang besar- dimayang
3 batang serai dititk
Garam secukupnya

Cara-cara
Kerang yang sudah dibersihkan betul betul, dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan bawang besar, serai dan garam. 

Tutup kuali dengan tudung periuk. Nyalakan api dapur yang besar selama 2 minit dengan periuk bertutup. 

Kacau sekali, biar lagi 2 minit atau nampak kerang sudah terbuka. Kemudian siap utk dimakan. Ianya tidak menggunakan air sebagai rebusan kerana kerang akan mengeluarkan air sewaktu dimasak. Rasanya lebih sedap  berbanding merebus cara biasa.


Sambal Cuka 
sumber: CMG

Bahan bahan:
4 - 5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
3 - 4 sudu besar cuka makan
Sedikit air

Cara membuatnya
Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat, tambah garam dan gula, tumbuk sehingga semua sebati. Alihkan ke dalam bekas, masukkan cuka makan dan sedikit air, kacau hingga rata.

Kerang Rebus Untuk Aween

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

16 ulasan for "Kerang Rebus Untuk Aween"

  1. alahai kak Azie..tergoda betul cikwan tengok kerang tu terbukak macam tu....rasa macam nak tolong je korek satu2..then masuk mulut..heheh

    kak Azie asal Kelantan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami ni jarang beli kerang hidup. First time, beli cuma direbus sebab isi kerang diambik untuk dibuat kuah mee kari kerang. Inilah kali pertama memasak untuk dimakan dengan pencicah. Memang syok, kutip satu persatu masuk mulut.

      Saya berasal dari Bachok. CW orang Kelantan juga ke?

      Padam
    2. Kak Azie..Cikwan org Setiu.. =)

      Padam
  2. aduyaiiii kerang lah sedap tu cicah air asam ke kan Zie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, kalau direbus cara di atas tu lagi sedap rupanya berbanding dengan rebus biasa. Kami cicah guna pencicah keropok/makanan laut yang dibeli dari kampung. Sedap pencicah ni.

      Padam
  3. saya suka betul kerang rebus cicah sambal kicap johor + sos pas tu perahkan limau kasturi... makan tak hingat punya.. sedap berapi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana nak buat sambal kicap johor tu? Cuba lain kali jangan rebus tapi ikut cara di atas, lagi sedap

      Padam
  4. nak try cara masak kerang yang ni la.. sbelum ni ina rebuskan aje... ina suka mkn kerang. hiiii ina org terengganu tinggal kat kelantan.. kak azie balik kelantan, meh singah umah ina kat seterpa peringat okeh. :-)

    BalasPadam
  5. kena cuba rebus cara ni pulak..selalu tengok ayah saya rebus biasa tu. Mesti lagi manis rasanya kan..

    Sesal Separuh Nyawa: Kerana Sembelit Dalam Pantang, Fobia Nak Anak Lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga cuba kaedah diajar kawan saya. Tuang air mendidih ke atas kerang yang telah dibasuh bersih.

      Padam
  6. salam kak

    sibuk jer sya nie, semua entry nak komen lak
    cara MIL rebus
    lps bersihkan, masuk kerang & air mcm biasa
    tgh mendidih, dikacau dan tutup api dapur tu
    lps tu terus toskan airnya.
    Kerang yg msak tu akan sama size mcm dlm cengkerang dia
    sya selalu mkn dgn sambal air asam ( sambal belacan + air asam + grm perasa)
    kerang tu kopek2 dan gaul dgn air asam

    perghhhh
    nak g cari ler kerang petang nie
    hihihi

    BalasPadam
  7. Tgk kerang akk tringn pulak...hehehr

    BalasPadam
  8. Asalammualaikum Kak Azie.

    Sedap betul masakan ni. Saya baru 1st time masak kerang rebus begini. Selalunya, mama yang masak. Jadi teringin mau makan so masak sendiri.

    Wow, pujian lah. Sedap sangat2! Alhamdullilla

    BalasPadam
  9. Kerang yg da masak trbkk ke msih trttup

    BalasPadam
  10. Terimakasih byk.. Itulah nama mak2 kan.. Sentiasa di fikiran akan kegemaran anak2.. Semoga di ingati anak2 bila kita dah tua nanti

    BalasPadam