Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kacang Panjang Goreng Telur


Kacang Panjang Goreng Telur

Semalam semasa menemani hubby dan Aween  ke Taipan USJ untuk mengambil spec RayBan kegilaan dia, juga untuk bersarapan nasi dagang Terengganu di Seksyen 19, juga untuk ke klinik mengambil ubat tidur, juga dan juga untuk menukar duit dollar yang dibawa balik dari US.  Banyak nya juga juga dan juga, jadi saya minta hubby belikan kacang panjang di pasar basah Subang Jaya kerana tiba tiba jer teringin untuk makan kacang panjang goreng dengan telur.


Kacang Panjang Goreng Telur

Masakannya sangat ringkas tapi I likeeeee terutama kalau kacang yang jenis tak berbiji besar tu. Sedap sangat terutama selera kemaruk masakan Malaysia tengah membara nih. Macam bertahun tak jumpa masakan Malaysia. Macam mana nak gi overseas lama lama kalau camni.

Jom layan resepi dulu..

Kacang Panjang Goreng Telur
Kacang Panjang Goreng Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Kacang panjang - hiris
Udang - buang kulit
3 bawang merah - hiris
2 bawang putih - hiris
1 cili merah - hiris
1 biji telur - pukul sikit
Garam

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi dan garing. Masukkan udang dan goreng seketika.

Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga agak lembut.

Tuangkan telur yang telah dikocak dengan garpu. dan kacau rata supaya bersalut dengan kacang.



Masukkan cili hidup, bawang besar hiris dan garam secukup rasa. Bolehlah diangkat sebelum kacang terlalu layu. Biar kacang agak rangup sedikit.


Kacang Panjang Goreng Telur

Kacang Panjang Goreng Telur

Selamat Menjamu Selera my hubby dan anak anak ku...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Kacang Panjang Goreng Telur"