Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Belacan dan Ulam Ulaman

Sambal Belacan dan Ulam Ulaman

Haaa ini sambal belacan yang saya buat setelah belajar dari beberapa orang kawan seperti Ziees dan Ita. Saya sebenarnya pernah tengok hubby punya arwah cousin menyediakan sambal belacan yang sangat sedap. 

Tapi bila saya membuat sendiri, saya rasa sambal tu tak kick walaupun penampilannya memang dah menjadi. Itu yang kena belajar lagi bagi menghasilkan sambal belacan yang kick.

Sambal Belacan dan Ulam Ulaman

Ita mencadangkan supaya dimasukkan sedikit budu tapi rumah saya memang tak ada budu walaupun saya orang Kelantan kerana saya bukan menyukai budu. Saya akan makan jika terhidang tapi kalau untuk saya menghidang budu, rasanya tidak lah.

Sambal belacan hari ini saya gandingkan dengan ulam ulaman seperti peria katak, kacang botol dan timun.  Ini lah kali pertama saya membeli peria katak.  Itu pun sebab Razali menghantar mesej bertanya kalau dalam menu saya hari ini ada ulam. Maknanya saya kena sediakan ulaman dan sambal belacan untuk membangkitkan selera tetamu saya.

Sambal Belacan 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi
Sebesar ibu jari belacan
1 sudu kecil garam halus
2 biji limau kasturi untuk perahan
Sedikit gula

Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering. Tumbuk dulu cili merah dan belacan. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi supaya sambal kita nampak warna hijau. 

Sambal Belacan dan Ulam Ulaman

Masukkan garam, air perahan limau dan sedikit gula.
Akhir sekali, hiriskan nipis nipis kulit limau kasturi dan masukkan dalam sambal.


Sambal Belacan dan Ulam Ulaman

Sambal Belacan dan Ulam Ulaman
 
Sambal Belacan dan Ulam Ulaman

Siap untuk dihidangkan dengan ulam ulaman.


Sambal Belacan dan Ulam Ulaman

Nota
Untuk nak tambahkan lagi sedapnya masukkan budu sikit
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Sambal Belacan dan Ulam Ulaman"