Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Romantika d'amor di Eiffel Tower



Hari ini saya nak sambung catatan perjalanan dari entri sebelum ini. Entri holiday ini selain berkongsi pengalaman dan perjalanan tetapi juga untuk mengekalkan memori saya sendiri pada lawatan lawatan yang telah dibuat. 


Kalau sebelum ini, tiada catatan yang dibuat, ianya mula mengikis sedikit demi sedikit dari ingatan. Sekarang ni, saya sibuk sikit jadi dapur kurang berasap. Buat sementara ni, Villa Nur Qaseh jadi pemegang saham di Gulam Mee dan restoran restoran di sekitarnya.

OK nak sambung citer hari kedua di Paris pulak, kami pagi pagi berlepas ke Palace of Versailles, a royal chateau yang terletak kira kira 20km dari kota Paris. Kami menghabiskan masa hampir setengah hari juga meninjau ninjau istana peninggalan raja di zaman silam sebelum Revolusi Peranchis.  Bagi yang meminati sejarah, pasti kagum dengan kemajuan teknologi pada masa tersebut yang diterjemahkan di dalam senibina istana ini.




Balik dari sana, singgah makan tengahari di Restoran Indonesia yang menyajikan masakan Indonesia yang menghilangkan rindu pada makanan melayu. Pelbagai lauk pauk seperti rendang dan masak dendeng juga disajikan.  



Selepas makan tengahari, kami ke Eiffel Tower yang memang dinantikan untuk naik bagi menikmati keindahan pemandangan bandaraya Paris.  Tidak lengkap percutian ke Paris tanpa mengunjungi Eiffel Tower, world famous structure yang berketinggian 300 meter yang juga merupakan simbol Paris sebagai City of Light. Hmm Romantika d’amor, boleh dirasakan aura kasih sayang sepanjang di Paris terutama di Eiffel Tower.
Namun kena berhati hati kerana ramai penyeluk saku di sini terutama semasa bersesak sesak untuk menaiki lift. Mereka sangat pintar sehinggakan dompet yang disimpan di dalam winter jacket juga berjaya diambil tanpa kita sedari.
Malam kami menikmati makan malam di Chef Edonard Restaurant dan seperti  biasa seafood platter, salmon dan apple pie untuk kami.


Bagi mengakhiri lawatan pada hari itu, kami menaiki cruise sepanjang Seine River bagi melihat keindahan monuments dan bridges di Paris. Cantik sungguh Eiffel Tower di lihat di waktu malam apabila lampu dinyalakan. Kedinginan  malam memang tak tertahan tahan lagi, memang sesuai untuk pasangan berbulan madu mengulangi ikrar dan lafaz janji.


OK setakat ini lah dahulu, nanti akan disambung di entri seterusnya ... enjoy


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Romantika d'amor di Eiffel Tower"

  1. Salam k.Azie.gambar2 serta catatan semasa cuti mmg elok di simpan utk kenangan dan kongsi pengalaman terutama tempat menarik dan terkenal spt Paris ni.kisah penyeluk saku kat sana....ada juga sy baca dlm trainpun ada pelancong Msia kena....mmg perlu hati2kan bila tempat ramai gitu.
    re; ohh k.Azie pernah ke Cairo tp sy tak sempat dg Duta lama tp ada jumpa beliau dg wifenya masa dinner di rumah Duta Baru thn lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sekali. Walaupun baru sahaja balik, saya dah lupa nama nama tempat yang dilawati. Jadi terpaksa melihat balik gambar gambar untuk mengingati nama tempat dan tarikh tarikhnya. Betul semasa kami di Paris, banyak sekali kejadian yang menimpa kumpulan kami. Dalam berhati hati pun, seorang demi seorang kehilangan dompet. Ada yang hilang dalam train, atas Eiffel Tower semasa bersesak beratur untuk menaiki lift dsb. Jadi agak stress juga. Mereka memang cekap sehingga dompet yang tersimpan di dalam pouch bawah winter jacket juga boleh diseluk.

      Semasa ke Asfour Crystal showroom di Cairo tersempak dengan wife duta, bila bersembang rupanya Datin berasal dari kampung berhampiran. Terus kami dijemput menghadiri majlis maulidur Rasul, kalau tak silap lah.

      Padam