Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Susu Koktail

Puding Susu Koktail

Semuanya gara gara melawat lawat ke dapur rumah Ummi, hati langsung terpaut pada puding puding yang dibuat dalam acuan yang comel comel. Saya mengajak hubby singgah di Pantry Magic tapi ada jer alasan yang diberikan untuk tidak menghantar saya ke situ. 

Sementara menunggu solat Isyak, saya melayan gambar gambar puding yang sungguh mengancam selera. Hati mula berbelah bahagi, nak buat ke tidak, hmm nak buat ke tidak ni. Hmmm finally decided to make the pudding. Jam dah menunjukkan pukul 9.40 malam. Sabor jer lah.


Puding Susu Koktail

Tapi bila buat apa apa tanpa perancangan, ada jer yang tak kena. Lepas dah masukkan serbuk agar agar ke dalam periuk, baru tersedar yang saya dah terambil serbuk agar agar berwarna hijau. Boleh juga lah. Kiranya Puding Susu Koktail saya ni berwarna hijau lah. 

Oleh kerana dah malam, hajat hati nak ambil gambar besok saja, tu pun selepas saya balik dari pejabat. Aduhai ...mana boleh nak tunggu gitu lama. 

Saya terus masuk dapur mengintai kalau dah ada puding yang sudah boleh dikeluarkan dari acuan. Bila tengok line clear jer, terus capai jer apa apa yang boleh dicapai, ambil kamera dan snap ktik ktik ktik.... gambar pukul 12 tengah malam lah ni.


Puding Susu Koktail

Puding Susu Koktail
Sumber: Ummi
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
½ tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

Cara-Cara
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.

Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.

Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.

Puding Susu Koktail


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Puding Susu Koktail"

  1. WAH... Comelnya u.... Cantik pulak hijaunya...

    BalasPadam
  2. Hahaha comel kan? Asalnya patut berwarna kuning. Tapi terguna serbuk agar agar warna hijau.

    BalasPadam
  3. Hijau pun memikat selera... ..

    BalasPadam
  4. bolehla sy nak try....boleh x kalau sy nak ambil recipes ni...ty

    BalasPadam