Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Tomato Kukus, Sajian Hari Minggu


Nasi Tomato Kukus

Sebenarnya dah lama saya ingin memasak Nasi Tomato sendiri. Biasanya Nana yang menyediakan Nasi Tomato dan saya pula menyediakan lauk pauk. Oleh kerana petang nanti saya akan berkumpul dan bersantai dengan kawan kawan Kolej Ketiga di rumah Dato' Salehuddin, jadi saya perlu menyediakan hidangan untuk anak anak di rumah. 

Maklum mereka sekarang bukan mahu mengikut kita ke mana mana, apalagi ke rumah kawan kawan. Kalau ke shopping mall, mahulah mereka mengikut. Perjumpaan sepatutnya semalam tapi terpaksa ditunda atas sebab sebab teknikal, kata my hubby. 


Nasi Tomato Kukus

Sedang saya memasak, hubby menjenguk ke dapur dan memberitahu ingin menjemput Encik Fuzi dan Peggy, kawan sepejabat untuk datang makan tengahari bersama. Hmm nasib baik masa tu saya belum lagi menjerang nasi, sempat lah lagi menambah. Tapi seperti biasalah, periuk nasi kami ni kecil. 

Jadi bila memasak dalam kuantiti yang banyak, air macam tak rata dan nasi tak masak sempurna. Panik juga sekejap. Nasib baik teringatkan periuk pengukus yang dibeli baru baru ini. Apa lagi, terus memindahkan nasi dari rice cooker ke dalam pengukus. Jadinya Nasi Tomato Kukus pulak, boleh tak gitu? Apa apa jer lah, yang penting nasi masak.  

Untuk Nasi Tomato hari ini, saya gandingkan dengan Beriani Daging KambingAyam Masak Merah dan Acar Timun. Klik di link untuk melihat resepinya. Tak perlu nak search, lain kali senang nak buat rujukan. Nak citer sat, hari ini saya termalu sebab sebagai tuan rumah, saya makan menambah nambah kerana sedap nyer nasi tomato dengan lauk pauk yang disediakan. Hahaha  masuk bakul angkat sendiri jap...

Jom layan resepi dulu....


Nasi Tomato Kukus

NASI TOMATO KUKUS
sumber: Hanieliza 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan: 
5 cawan beras Basmathi - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato - cincang 
1/2 cawan sos tomato 
2 s/b majerin/minyak sapi 
5 s/b minyak 
Garam secukup rasa 
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan) 
Daun pandan disimpul atau daun sup cincang 

Bahan tumis 
3 ulas bawang putih - hiris 
5 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

Cara cara: 
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. 



Masukkan susu cair, tomato cincang, tomato sos, garam dan gaul rata. Tambah air, daun pandan dan  masak sehingga air mendidih. 

Masukkan beras. Alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.






Apabila nasi telah kering, kacau rata perlahan lahan supaya nasi tidak patah dan hancur. Boleh dihidangkan bersama lauk Beriani Kambing, Ayam Masak Merah dan Dalca atau Acar Timun...

Nasi Tomato Kukus

Nasi Tomato Kukus

Nasi Tomato Kukus



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Nasi Tomato Kukus, Sajian Hari Minggu"

  1. Assalammualaikum kak azie... Nak Tanya.. hidangan nie untuk berapa orang makan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam. Kalau di rumah kami 10 orang pun boleh.

      Padam
  2. Haaa.. ni lagi satu fav dish saya.. dh penah buat tp biasa pair up dengan ayam.masak merah biasa je.. nnti nak try masak beriani kambing tu..

    BalasPadam
  3. salam puan azie...kalau buah tomato tu ganti dgn tomato puree, blh x? nt nak guna brapa byk? tq pn.azie

    BalasPadam
  4. Salam puan azie klau nak masak 3cawan beras bhan2 yg lain semua sama sukatan ke?

    BalasPadam
  5. As salam, Puan Azie. Ada beberapa menu sudah saya cuba. Kebanyakkan client dtg dr semenanjung dan nampak kepuasan dr wajah mereka. Keep it up. Adalaka saya tambah sikit ramuan mengikut cara org kat Sarawak, namun kesedapan yg asli sememangnya dr Kak Azie sendiri. Wassalam.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum pn. azie.. saya dah mencuba resepi pn.. masyaAllah.. seronok tengok baik anak2 mahupun yg dewasa makan bertambah.. mohon halal yea ilmu masakan.. moga pn sentiasa dilimpahi rezki.. syukran!! ❤️

    BalasPadam
  7. Dah try. Memang sedapp. Tq puan azie 😘

    BalasPadam
  8. Guna beras biase boleh x kak

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak Azie.saya mohon guna pakai resepi ya..😊

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum puan. Guna rempah apa utk tumis?

    BalasPadam