Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Moist, Dense Heavy Cream Pound Cake


Moist, Dense Heavy Cream Pound Cake

Hari ini memang tak ada cadangan untuk memasak apa apa pun kerana badan tak sihat. Entah macamana masa membelek belek dalam peti ais, terpandang beberapa kotak heavy cream. Alamak, dah hampir tamat tempoh. 

Saya pun terus mengambil ipad dan google resepi yang menggunakan heavy cream sebagai bahannya. Haaa ada beberapa resepi yang ditemui. Saya terus salin 2 resepi dan hari ini saya membuat kek yang dikenali sebagai Moist, Dense Heavy Cream Pound Cake. 

Tertarik dengan apa yang ditulis sebagai the best pound cake ever yang menyebabkan kita tak akan mencuba mana mana resepi pound cake selepas mencuba resepi ini. Saya sangat teruja....

Kek ini boleh diletak apa apa icing atau spread atau peanut butter. Atau boleh juga dibuat lemon frosting dengan menggunakan gula dan jus lemon. Lihat bahan dan cara membuat Lemon Glaze di bawah. Atau boleh dimakan begitu sahaja terutama bagi yang sukakan plain kek. Untuk kali ini, saya memasukkan 3 sudu kecil jus lemon dan tidak meletakkan apa apa frosting pun.  

Adunan ini sangat besar saiz nya. Ianya menghasilkan 2 biji kek menggunakan loyang silikon dan 1 loaf pan. Kalau untuk sekali makan bagi keluarga saya sendiri, boleh dibuat setengah adunan sahaja. Kek ini boleh disimpan di dalam freezer untuk dimakan di masa masa hadapan. Boleh dibungkus dengan plastic wrap dan kemudian masukkan dalam aluminium foil sebelum disimpan di dalam freezer.

Satu yang saya notis berkenaan kek ini ialah ia dibakar dalam oven yang tidak dipanaskan terlebih dahulu. Pada mulanya, saya agak ragu ragu takut kek menjadi bantat, saya baca berulang kali resepi dan confirm memang betul begitu...tak perlu dipanaskan oven sehingga dimasukkan loyang kek.

Jom layan resepi dulu....

Moist, Dense Heavy Cream Pound Cake

Moist, Dense Heavy Cream Pound Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3 cawan gula kaster
1 cawan butter - suhu bilik
7 biji telur gred A
3 cawan tepung kek - ayak
1 cawan heavy whipping cream
2 sudu kecil vanilla extract

Opsyenal
1 sudu kecil maple extract/butter extract/almond extract; atau
2 sudu kecil jus lemon/Jus oren (saya guna 3 sk jus lemon)

Cara cara:
Putar gula dan butter sehingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji dengan terus diputar setiap kali dimasukkan.

Masukkan 1 ½ cawan tepung kek dan gaul rata. Masukkan heavy cream dan kacau lagi.

Masukkan baki tepung dan akhir sekali vanilla extract dan lain lain perisa opsyenal, jika suka.

Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser butter dan ditabur tepung atau guna 2 loaf pans.

Letakkan loyang ke dalam oven sejuk dan kemudian on oven pada suhu 180C.

Bakar selama 60-70 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang. Saya bakar hanya selama 50 minit menggunakan loyang silikon dan loaf pan.

Simpan di dalam bekas kedap udara atau aluminium foil.
 
Lemon Glaze

1/3 cawan jus lemon
2 cawan confectioners' sugar
2 sudu besar mentega - cair
1 sudu besar air

Cara cara
Di dalam mangkuk, satukan jus lemon dan gula. Masukkan butter dan air dan dikacau rata.

Tebuk lubang di atas permukaan kek dan tuangkan glaze di serata permukaan atas kek.

Moist, Dense Heavy Cream Pound Cake


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Moist, Dense Heavy Cream Pound Cake"