Moist Carrot Cake
Saya memang dah lama teringin untuk membuat kek karot sendiri tambahan lagi selepas melihat Nana membuat kek karot yang sangat sedap dan moist.
Boleh klik di SINI untuk melihat kek dan resepi yang digunakan oleh Nana. Tapi hajat selalu tertangguh kerana setiap kali ingin membuatnya, setiap kali juga bahan bahan yang diperlukan tidak mencukupi.
Boleh klik di SINI untuk melihat kek dan resepi yang digunakan oleh Nana. Tapi hajat selalu tertangguh kerana setiap kali ingin membuatnya, setiap kali juga bahan bahan yang diperlukan tidak mencukupi.
Resepi ini saya dapat dari blog Sleepless in KL yang beliau ubahsuai dan praktikkan resepi dari Allrecipes.com. Berdasarkan feedback yang diberi oleh pembaca lain, memang resepi ini diakui sangat mudah menyediakannya dan sangat sedap. Itu sebab dari banyak banyak resepi yang saya ada, saya memilih untuk mencuba resepi beliau.
Sebelum balik dari pejabat, saya dah menghantar bbm pada Boy minta supaya Juita tolong memarut karot. Memang cepat menyediakannya apabila karot sudah diparut. Yang lain, tinggal sukat dan kacau rata jer. Saya hanya menggunakan hand whisk saja pun untuk menyediakan adunan. Oleh kerana saya menggunakan 2 loyang, waktu membakarnya juga sangat singkat. Jimat masa dan jimat elektrik pun.
Aduhaaai sedap nyer kek ini, lembab, lembut dan gebu walaupun gambarnya nampak biasa. Ye lah, gambar snap pukul 10 malam. Serius... sangat sedap lah, rasanya lebih sedap dari kek di Secret Recipe tu. hahaha jangan marah ye peminat Secret Recipe. Lepas ni tak payah lagi beli kek di Secret Recipe, buat sendiri jer di rumah. Boleh makan puas puas, tak habis boleh frozen sehingga berbulan lamanya. Saya makan selamba jer tanpa rasa bersalah walaupun dah jauh malam... apa citer tu?
Jom lah layan resepinya …
Moist Carrot Cake
sumber: Sleepless In KL
terjemahan: Azie Kitchen
Bahan bahan
4 biji telur
1 ¼ cawan vegetable oil
1 cawan gula
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan all purpose flour
2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 cawan carrot – parut
1 cawan walnut – cincang
Sedikit kismis
Cara cara
Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek tidak melekat di lidi yang dicucuk di tengah kek.
Biarkan sejuk di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan di atas wire rack.
Nota: untuk rujukan sendiri di masa depan, saya menggunakan 2 loyang saiz 9" dibakar pada suhu 160C selama 20 minit sahaja.
Bahan bahan:
½ cawan butter – suhu bilik
8 oz cream cheese – suhu bilik (1 kotak Philadelphia atau 1 tube Tatura)
2 cawan gula icing
1 sudu kecil vanilla extract
Cara cara:
Jika belum masak, tutup oven dan bakar lagi beberapa minit. Lagi lama masa membakar, lagi hilang kelembapan. Jadi membakar seadanya kerana ianya bergantung kepada oven yang digunakan dan saiz loyang.
Kek boleh disimpan di dalam freezer selama 3 bulan dengan cara membalut dengan cling plastic wrap dan dibungkus pula dengan aluminium foil.
Jika kek diletak frosting, masukkan dulu kek di dalam freezer selama 1-2 jam sehingga frosting mengeras sebelum dibalut dengan cling wrap dan aluminium foil.
Bahan bahan
4 biji telur
1 ¼ cawan vegetable oil
1 cawan gula
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan all purpose flour
2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 cawan carrot – parut
1 cawan walnut – cincang
Sedikit kismis
Cara cara
Panaskan oven 175C. Lenser 2 loyang bulat yang diletakkan baking paper bawah dan keliling.
Dalam mangkuk besar, putar telur, oil, gula dan vanilla extract.
Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
Masukkan karot. Kacau rata dan masukkan pula walnut dan kismis.
Dalam mangkuk besar, putar telur, oil, gula dan vanilla extract.
Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan ke dalam adunan yang diputar tadi.
Masukkan karot. Kacau rata dan masukkan pula walnut dan kismis.
Tuang ke dalam loyang. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga kek tidak melekat di lidi yang dicucuk di tengah kek.
Biarkan sejuk di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan di atas wire rack.
Nota: untuk rujukan sendiri di masa depan, saya menggunakan 2 loyang saiz 9" dibakar pada suhu 160C selama 20 minit sahaja.
Frosting
Bahan bahan:
½ cawan butter – suhu bilik
8 oz cream cheese – suhu bilik (1 kotak Philadelphia atau 1 tube Tatura)
2 cawan gula icing
1 sudu kecil vanilla extract
Cara cara:
Di dalam mangkuk sederhana, satukan butter, cream cheese, gula dan vanilla. Putar sehingga sebati dan berkrim.
Sapu pada permukaan kek yang telah disejukkan sepenuhnya. Tabur dengan kepingan badam, jika suka.
Nota:
Bagi memastikan kek moist adalah dengan membakar hanya secukupnya tanpa perlu menunggu masa ditetapkan. Bila aroma wangi keluar dari oven, menunjukkan kek telah masak, boleh buka oven dan check dengan cake tester.
Sapu pada permukaan kek yang telah disejukkan sepenuhnya. Tabur dengan kepingan badam, jika suka.
Nota:
Bagi memastikan kek moist adalah dengan membakar hanya secukupnya tanpa perlu menunggu masa ditetapkan. Bila aroma wangi keluar dari oven, menunjukkan kek telah masak, boleh buka oven dan check dengan cake tester.
Jika belum masak, tutup oven dan bakar lagi beberapa minit. Lagi lama masa membakar, lagi hilang kelembapan. Jadi membakar seadanya kerana ianya bergantung kepada oven yang digunakan dan saiz loyang.
Kek boleh disimpan di dalam freezer selama 3 bulan dengan cara membalut dengan cling plastic wrap dan dibungkus pula dengan aluminium foil.
Jika kek diletak frosting, masukkan dulu kek di dalam freezer selama 1-2 jam sehingga frosting mengeras sebelum dibalut dengan cling wrap dan aluminium foil.
wow sedapnya Zie dah teringin sangat ni tengok gambar carrot cake tu nampak gaya kena cari bahan ni thanks nak copy ya ur resepi tu..
BalasPadamBahan yang digunakan sangat simple. Less is more gitu. Yg penting, ianya sgt sedap.
PadamSiap gambar stepby step lagi... rugi sape tak cuba ni...
BalasPadamOgyep, hari ni bangun pagi terus cari carrot cake dalam peti. Terbawa bawa dalam tidur tu. Pagi ni lagi sedap sebab lebih moist berbanding masa mula mula dikeluarkan dari oven. Aduhai sedap ... yummy yummy.
BalasPadamAssalamualaikum Puan Azie,
BalasPadamSaya ada cuba resepi Vanilla cake Puan last week. Memang sedap sangat2 and gebu. Terima Kasih.
Nanti boleh cuba resepi carrot cake ni pulak. :-)
P/S: ada tak resepi cake pisang yang lembut gebu dan sangat sedap?
-Fiqah-
Vanila xtract tu esen ke
BalasPadamLagi pekat dan mahal. Kalau tak ada, guna jer esen vanilla
PadamAll purpose flour tu tpg gandum biasa ka
BalasPadamYa, tepung gandum biasa
PadamHi Azie. Thanks for translating my modified recipe and adding step-by-step pics. I will add a link to your site, okay?
BalasPadamMimi
P.S. Saya selalu parut carrot tu kasar sikit. Somehow saya rasa ia akan buat kek tu lebih gebu.
Salam, k.azie, nk tanya ni..carrot tu kena tos @ keringkan dulu ke?-yan-
BalasPadamsaya dah cuba resipi ni. ramai yg puji sedap mcm secret recipe. hehehe
BalasPadamthank you for the recipe. :) sangat membantu!
Terima kasih atas feedback
Padamakk kalau nk kukus boleh tk?
BalasPadamSuraya,
PadamBoleh juga jika mahu dikukus
Terima kasih banyak2..sebab puan sudi share banyak resepi.. Saya dah try carrot cake, new york cheese cake, marble cheese cake, nasi kerabu.. Mcm2 resepi dari puan dah saya cuba.
BalasPadamCuma boleh tak puan bg tips, macam mane nak elakkan kek yg gebu and mekar lepas dibakar tu jadi kecut dah turun selepas kek sejuk...
assalamualaikum
BalasPadamsalam..nak tnye gune acuan brape inch??
BalasPadamWslm, saya guna 2 saiz loyang 9 inci
PadamSalam. Kak Azie, antara resepi ini dengan resepi kek karot Nana Ain -Keeper Receip tu, mane lg ok? :)
BalasPadamWslm. Pada saya sama sedap tapi saya lebih suka resepi Nana sebab itulah resepi yang lebih kerap digunakan. Parut karot kasar kasar supaya kek menjadi lebih cantik dan berwarna
PadamSalam Azie. Terima kasihh atas resepi ini. Saya dah cuba resepi ini. Mmg moist dan soft wp dah masuk peti sejuk.
BalasPadamBestnyer....nak kena try ni
BalasPadamKak azie. Kalau guna mini oven boleh tak? Suhu yang sesuai berapa ye?
BalasPadamDa try.. tp terlebih masa dlm oven.. so kek, jadi kering x moist.. tp lepas ni nk try lagi..
BalasPadamsedap giler!!!
BalasPadamTq for resipi
assalam...
BalasPadamkarot parut tu perlu diperah x...
tkut ia tenggelam masa masak..
Lina M.Nor
Wslm. Tak perlu. Parut kasar lagi sedap.
PadamAssalamualaikum. Dah cuba resepi ni dan menjadi. Family and kawan2 semua suka. Thank u for sharing the recipe! Besok projek buat carrot cake 3 biji. Bawak balik kampung :)
BalasPadamKak Azie,
BalasPadameverytime i tengok your blog, sure akan cair air liur kebab semua gambar and food look very nice.
and the recipes also senang nak follow. Keep posting kak azie. i surely will try this carrot cake soon!
Kek sedap tapi gula utk frosting tu manis sgt sbb 2 cwn..maaf ya
BalasPadamAssalam kak...nak tanya walnut cincang tu kena bakar dulu tak sebelum masuk dalam adunan tepung tu?
BalasPadamKnp sy buat adunan mcm cair eh...esp lps masuk carrot
BalasPadamTak sepatutnya jadi macam tu
PadamKalau kukus brape lame ye? walnut perlu disangan dulu ke?maaf sy baru belaja
BalasPadamsalam...
BalasPadamsudah lama teringin buat kek ni...cuma x pasti guna whisk @ mixer
Salam. Vegetable oil boleh digantikan dengan bahan yang lain tak?
BalasPadamWslm. Guna minyak apa apa pun boleh
PadamTq..share recipe...
BalasPadamKalau kukus, berape lame ye? Walnut perlu dipanggang dulu ke?
BalasPadamSaya belum pernah kukus. Kukus jer hingga masak. Tunggu dsn cucuk dg lidi. Bila tak melekat, tandanya dah masak. Ia bergantung pada dapur dan pengukus.
PadamAssalamualaikum. Saya suka belajar buat kek refer wall kak azie. Mmg sedap. Terima kasih sudi berkongsi ilmu. Mohon halalkan segalanya. Semoga kak azie diluaskan lagi rezeki..
BalasPadamAssalamualaikum..tmh ksh puan share resepi...nak tanya..utk apa letak serbuk kayu manis? Kalu x letak ada perbezaan rs?
BalasPadamAssalamualaikum.. walnut kne grill dlu ke?
BalasPadamAssalaimualaikum Cik Azie yg pemurah ...akak nk tanye sikit jika x nk guna walnut blh ganti dg kekacang yg lain ?...TQ
BalasPadamassalammualaikum k.azie.. tq kak sbb akk la sy pndai masak.. sbb resepi akk sngt2 simple.. n ari ni saje usha2 kot2 ada resepi kek yg mudah n seng, skli jmpe respi kek carrot ni(sbb sy hantu kek) :) n tq tau kak sbb curah kan ilmu n bg kami2 yg bru nk masuk dapur ni lagi rajin nak ke dapur..
BalasPadamkak azie...saya selalu guna resepi kakak untuk kek...terima kasih kak azie.Semua resepi kakak sedap betul😘
BalasPadamSalam kak, terima kasih atas recipe. Saya dah try sangat sedap & moist. Kalau recipe ni saya kuus jadi x agaknya?
BalasPadamHi kak. Camne nak tau kek tu dah masak lom? Sbb bila check macam dah masak je. tapi kek tu rasa cam dah kena kukus, rasa cam padat. kenapa ya kalau cam tu?
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie. Saya dah cuba. Alhamdulillah.Terima kasih byk atas perkongsian resepi yang sangat sedap ni. Moga lebih luas lagi berkat rezeki dan ilmu Kak.
BalasPadamAslm..k azie..kalo veg oil gantikan pure butter boleh ker? Contoh butter cup
BalasPadamwslm. boleh. Buttercup bukan pure butter tau.
Padam